Friday, December 26, 2008

MENU SIHAT

MENU SIHAT
Apakan dia menu sihat
Menyediakan semua jenis zat makanan yang diperlukan oleh seseorang bagi meningkat dan mengekalkan kesihatan mengikut keperluan pemakanan individu tersebut.

Bagaimanakita menyediakan menu sihat
Rancang menu kita
Memasak makanan yang sihat
Ubahsuai resepi kita

Bagaimana kita merancang menu
Pelbagaikan jenis bahan makanan yang mengandungi karbohidrat, protein dan lemak.
Gunakan kombinasi masakan mengandungi protein haiwan (ikan, daging atau ayam-itik) dan protein tumbuhan (kekacang).
Gunakan kombinasi bahan makanan yang pelbagai warna seperti lobak merah (oren), bayam (hijau) dan labu manis (kuning).

Bagaimana kita memasak dengan sihat
Gunakan daging tanpa lemak. Buang lemak yang melekat pada daging dan ayam.
Gunakan kuali tidak melekat atau ketuhar gelombang mikro.
Rebus, kukus atau bakar makanan, dan kurangkan menggoreng.
Tambah sedikit sahaja garam dalam masakan. Kurangkan penggunaan bahan-bahan perencah yang bergaram seperti sos tomato, kicap dan sos tiram.
Elakkan menggoreng semula sebarang makanan.
Gunakan tisu tebal untuk menyerap lebihan minyak/lemak selepas digoreng.
Buang lebihan minyak dalam masakan berkuah seperti sup dan kari.
Lebihkan sayur-sayuran dalam masakan

Bagaimana kita mengubah suai resepi
Minimumkan penggunaan minyak dalam masakan
Gantikan santan kelapa dengan susu rendah lemak atau santan cair
Gunakan bahan-bahan perencah semulajadi seperti bawang merah, daun saderi, kayu manis dan daun limau purut untuk menambahkan perisa makanan.
Jangan tambahkan gula dalam jus buah-buahan.

Piramid Makanan

PIRAMID MAKANAN
PengenalanPengambilan makanan yang sihat dapat memastikan bahawa tubuh badan dan otak kita dapat menerima semua nutrien yang mencukupi bagi membolehkan ianya berfungsi dengan baik.
Piramid Makanan Malaysia digunakan sebagai panduan dalam penyediaan makanan sihat.

Berapakah kuantiti makanan yang seharusnya diambil?Anda perlulah mengambil makanan mengikut sajian makanan yang telah disarankan oleh Piramid Makanan Malaysia.

Setiap individu mempunyai saiz sajian yang berbeza-beza mengikut tahap aktiviti fizikal masing-masing. Contohnya, seorang atlit atau seseorang yang aktif dalam sukan memerlukan saiz sajian makanan yang lebih besar berbanding mereka yang kurang aktif.
Berapakah kalori yang diperlukan?Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia (RNI) boleh digunakan sebagai panduan dalam mendapatkan jumlah kalori harian yang diperlukan oleh seseorang.

Kegagalan dalam mematuhi panduan tersebut boleh mengakibatkan berlakunya masalah kekurangan berat badan, berlebihan berat badan dan kegemukan / obesity.
Rancanglah Menu harian anda dengan baik bagi memastikan makanan yang anda ambil itu dapat memenuhi keperluan kalori harian anda.

Bagaimana dengan makanan snek?Pengambilan makanan snek juga turut membekalkan nutrien dan tenaga kepada kita. Namun, pengambilan makanan snek perlulah hanya dijadikan sebagai makanan tambahan kepada menu utama dan bukannya sebagai pengganti kepada menu utama tersebut.Piramid Makanan Malaysia turut menyarankan jenis-jenis makanan snek yang boleh diambil oleh kita.

Adakah makanan segera itu baik?Makanan segera boleh diambil sebagai sebahagian daripada sajian sihat harian anda.
Namun, makanan segera kebiasaannya adalah tinggi dalam :
Kalori.
Lemak.
Kolesterol.
Natrium.
Protein.

Makanan segera juga mempunyai kandungan gentian dan vitamin yang rendah.
Hadkan pengambilan makanan segera sehingga 1 hingga 2 kali sebulan serta makan dan pilihlah makanan segera dengan bijak.

www.infosihat.gov.my

Pemakanan Untuk Penurunan Berat Badan

Pemakanan untuk Penurunan Berat Badan

Penurunan Berat Badan
Jika anda mengurangkan pengambilan kalori sebanyak 500 kkal sehari , anda boleh menurunkan berat badan sebanyak 0.5 kg seminggu.
Dalam sebulan,anda akan kehilangan berat badan sebanyak 2 kg hingga 4 kg.
Pengurangan berat badan yang disarankan adalah sebanyak 10% daripada berat badan asal dalam masa 6 bulan.


Sekiranya penurunan berat badan melebihi 10% dalam masa 6 bulan , anda akan;
- Berisiko tinggi mendapat batu hempedu
- Elektrolit tidak normal
- Kekurangan nutrien
- Peningkatan asid urik
- Kehilangan protein dan otot


Selepas 6 bulan,penurunan berat badan akan statik dan anda tidak akan mengalami penurunan berat badan lagi.
Ini adalah kerana ,apabila berat badan anda menurun , tahap metabolisme juga menurun kerana kehilangan otot-otot.
Oleh yang demikian, adalah penting untuk menggabungkan DIET dan SENAMAN dalam proses penurunan berat badan .


Pengurusan Pemakanan Untuk Berat Badan Berlebihan


Objektif Pengurusan Pemakanan :-
- Untuk menurunkan berat badan
- Untuk mengekalkan berat badan yang normal.
- Untuk menghalang peningkatan berat badan .
- Untuk mengurangkan risiko darah tinggi , diabetis mellitus dan penyakit jantung .
- Untuk meningkatkan kualiti kehidupan,berasa lebih sihat dan bertenaga.
- Untuk mengurangkan pengambilan kalori.
- Untuk mengurangkan berat badan , anda perlu mengurangkan pengambilan makanan secara berperingkat dengan teratur · Pastikan anda mengikut Panduan Pemakanan Malaysia. · Cuba kurangkan pengambilan hasil bijirin , ubi ??? ubian, ikan , ayam , daging dan kekacang. ·

Kurangkan pengambilan kalori dengan ;
menggunakan sedikit minyak semasa memasak
mengurangkan penggunaan gula seperti gula pasir , gula perang , madu dan gula yang tersembunyi dalam makanan dan minuman.
meningkatkan pengambilan serat seperti sayur ??? sayuran , buah ??? buahan dan hasil bijirin seperti oats kerana makanan ini akan menyebabkan anda berasa kenyang dalam jangkamasa yang lebih lama.
minum air kosong dengan banyak sekiranya mengambil makanan tinggi serat


Indeks Jisim Tubuh ( BMI )
Indeks Jisim Tubuh adalah satu pengukuran yang digunakan untuk menentukan samada berat badan anda normal atau tidak .Indeks Jisim Tubuh yang normal ialah dari 18.5 hingga kurang daripada 25.
BMI =

Berat (kg) Tinggi ( m ) x Tinggi ( m )

Jika BMI anda adalah

Kurang daripada 18.5
Kurang Berat Badan

18.5 hingga kurang 25
Normal

25 hingga kurang 30
Berlebihan Berat Badan

30 atau lebih
Kegemukan / Obesiti

Contoh Menu untuk Penurunan Berat Badan
Saranan Pengambilan Diet seharian bagi warga emas lelaki adalah 2000 kkal dan warga emas perempuan adalah 1800 kkal.
Sekiranya anda ingin menurunkan berat badan , saranan pengpagibilan diet seharian ialah 1200 kkal hingga 1500 kkal .
Dapatkan nasihat Pakar Pemakanan atau Dietitian untuk menentukan keperluan anda

Contoh Menu 1200 kkal
Sarapan(7.00 - 7.30 pagi)
2 keping roti mil penuh + 1/4 sudu teh marjerin lembut + 2 hiris tomato + salad
1 cawan susu rendah lemak

Makan Tengahari(12.30 - 1.00 tgh)
1 cawan nasi putih / 2 cawan bubur nasi
1 mangkuk sederhana sup sayur
1 keping ikan tenggiri kukus
1 biji limau
1 gelas air kosong

Minum Petang(3.30 - 4.00 ptg )
3 keping biskut krim kraker
1 gelas air kosong


Makan Malam( 6.30 - 7.00 ptg )
1 cawan nasi putih / 2 cawan bubur nasi
1/2 cawan kailan tumis
1 mangkuk sederhana tom yam ( 1 ketul peha ayam ) + 1/2 cawan ( bunga kobis + lobak merah+ seleri + tomato )
1 potong tembikai.
1 gelas air kosong

Penurunan Berat Badan - Kekal Sihat Dan Cergas
Penurunan berat badan terbukti dapat menurunkan tekanan darah bagi individu yang berlebihan berat badan. Anda perlu mengawal pengambilan makanan anda berdasarkan Panduan Pemakanan Untuk Penurunan Berat Badan. Lakukan senaman secara teratur.

Dipetik Dari : www.infosihat.gov.my

Wednesday, December 24, 2008

Pic

Pic terbaru dengan Hubby & pic anak2.









Tapi sya tak pandai sangat lah, baru belajar buka blog ni

Update

Lama betul tak update blog ni. Lecehlah kat rumah tak de coverage streamyx. Nak update berat & ukurlilitlah.
Mula Diet pada 10/11/08, Berat : 73kg, Waist : 34", Hips: 46", Arm: 12"
30/11/08, Berat : 71.6kg, Waist : 32", Hips: 44", Arm: 12"
16/12/08, Berat: 71.6kg, Waist 31.5", Hips: 43.5", Arm: 11.5", Dada: 36"

Tuesday, December 2, 2008

Last saturday 29/11/08 is our 11th Anniversary. Tak sangka, dah 11 tahun kami kawin. Tak celebrate besar2, just pi stay a night kat Renaissance KL, then mlm tu tinggal anak2 kat room, kami gi dinner ber-2, actually ber-3, si marsya ikut skali. Nanti letak pic lah.