Thursday, April 23, 2009

Berat Ku Turun Lagi

Pagi ni sya timbang, berat sya dah turun ke 65.5kg. Alhamdulillah syukur ada juga penurunan. Maklumlah sya penah sangkut kat 67kg hampir 1.5bulan.

Sya mula diet & workout dari 10/11/08 dengan berat 73kg. Tapi masa tu syatka betul-betul jaga diet lagi. Workout pun buat 3kali seminggu jer. Itu sebabnya berat sya lambat nak turun.
Ni yang menyebabkan berat sya nampak laju sikit penurunannya bila :
1. Sya dah mulakan workout pagi dengan ikut DVD Jillian Micheal (Thanks Honey kerana kenal kan pada JM, Thanks Bim kerana bagi cd percuma tu)

2. Sya juga jaga diet sya. Sya lebih banyak makan makanan yang kukus dah panggang. Goreng-goreng sya kurangkan. Lauk lemak say tak ambil langsung

3. Sya dah mula makan nasi. Beberapa bulan lepas sya tak makan nasi langsung. Ganti dengan oat. Tapi nampaknya tak berapa menjadi. Jadi sya makan nasi semula. Selalunya makan beras perang. Kadang-kadang saje sya makan beras biasa, tapi hadkan 1 senduk sahaja.

4. Sya juga ikut nasihat Honey untuk trick badan. Yer sya tukar-tukar workout JM1,JM2 &JM3, buat elliptical interval training. Makan ada hari sya biar berat ni naik. Alhamdulillah menjadi trick tu, badan sya turun dengan banyak juga iaitu 2kg selama sebulan. Sepatutnya saya target hujung bulan ni kena turun 65.8kg, alhamdulillah sya dah capai lebih dari itu tak sampai hujung bulan

Dengan penurunan ni sya lagi bersemangat nak kurus. Sya nak turunkan lagi berat badan ni. Sya target nak capai 55kg by october 2009.

No comments: