Monday, May 18, 2009

Ahad (17/5/09)


Hari ahad semalam merupakanHome Sweet Home.
Sya duduk rumah jer. ada jemputan kenduri pun sya tak pergi.
Salah satu sebabnya sebab semalam (sabtu) sya masak2 untuk celebrate birthday Danny.
Jadi hari ni penat sikit. Hari ni hari mengemas.
Nasib ada anak-anak..Izzati mengemas rumah siap menyapu & mop lantai.
Danny pun kena kerah tenaga tolong kakak dia mengemas.
Kemudian kena jemur baju

Sya pulak mengemas dapur dan memasak
Lunch kami makan soto baki semalam
Lepas makan sya mulakan project buat donut
Qimie yang nak sangat makan donut ni
Jadi tak nak hampakan permintaan anak2 lah katakan, jadi sya punlah donut
Satu adunan dapat banyak gak lah, sebab sya guna acuan kecik.
Ni sya buat 35 biji donut, baki doh tu sya buat kan Pizza
Sya masak inti pizza..sya main campak jer bahan nya.
sya tumis daging ayam dangan daum bawang dengan olive oil..
pastu sya letak spageti sos, sya campur kan dengan rempah kari ayam
dah garing sikit sya letak italian herb dan perasa..siap
Hubby yang buat kan pizza tu..
Hubby letak dalam dulang tu pastu dia letak inti..sebab yang ada kat rumah hanya cheesedale, jadi itu jer lah yang sya letak kat pizza
Hubby terlebih rajin siap letak cheese kat tepi konon nak buat pizza stuff crust lah tu..
bakar dalam 30minit dengan suhu 180 c..

Donut tu nampak macam banyak..sekali adap jer habis..adalah simpan 2 ketul untuk Marsya sebab dia tido..
simpan dalam peti ais.pagi tadi sya makan separuh donut tu..walaweii..lembut lagi lah..betullah resepi tu kata tetap lembut walaupun simpan dalam peti ais.

Dah makan donut, makan pizza lak..semua makan petang tu..licin semua..heheheh
Lari lagi diet minggu ni..mana tak berat sya dah naik semula ni, asik masak & makan jer.
Abis tu anak-anak tengah ada seleran nak makan, buat kan jer lah ikut selera meraka..

No comments: