Monday, May 4, 2009

Kau Tabahkan Lah Hati ku Ya-Allah

Mengapakah manusia tidak pernah rasa gembira melihat rumahtangga orang lain bahagia. Entah dimana silapnya, dari minggu lepas sya dihujani dengan pelbagai dugaan & cubaan dalam rumahtangga. Sabtu lepas ada mahkluk yang ingin melihat sya & Hb berantakan. Pelbagai fitnah dia kirimkan melalui sms ke hp sya. Entah darimana dia perolehi no hp sya.

Apa faedah yang dia dapat dengan sms pelbagai cerita buruk tentang Hb sya. Apa yang dia mahu sebenarnya. Apa yang dia sakit hati melihat sya dengan Hb bahagia. Apa yang dia mahu sebenarnya...

Bila sya tanya siapa dia, tak mahu jawab. Sya call no hp dia, tak berjawap. Mau saje sya letak no hp dia disini untuk kawan-kawan sya call dia dan tanya apa yang dia mahu.

Sms tu katanya dari seorang lelaki, tapi dari gaya sms, sya tak rasa ia seorang lelaki. Gaya penulisan sms tu gaya seorang perempuan.

Namun Allah telah beri kekuatan pada sya. Alhamdulillah hati sya sedikit pun tak sakit dengan sms tu. Sya dan Hb tidak sedikitpun bergaduh kerana Sms tu. Malahan kami semakin rapat & mesra kerana sms tu.

Entah lah sya sendiri tidak tahu dari mana sya dapat kekuatan ini. Hati sya tenang membaca sms itu. Tidak sedikit pun sya naik marah atau gabrah membaca sms itu. Ya, Allah memang maha penyayang lagi maha mengetahui. Diberi Nya kekuatan & kesabaran pada diri sya.

Setelah hampir 12tahun kami berkahwin, ini lah kali pertama sya dapat sms seperti ini tentang Hb sya. Namun hanya sya yang kenal sia suami sya. Hampir 12 tahun kami tidur bersama, susah senang, kenapa sekrang ada yang tidak senang dengan kebahagiaan kami. Apa kepuasan yang dia dapat kerana cuba porak peranda kan rumahtangga kami..

"YA ALLAH, KAU TABAHKAN HATI KU, KAU KUATKAN LAH IMAN KU DEMI MENEMPUHI DUGAAN IN. KAU BERIKAN LAH KETENANGAN KEPADA KU, KAU BERIKANLAH HIDAYAH DAN PETUNJUK MU KEPADA KU. KAU TUNJUKANLAH PADA KU KEBENARANYA. SESUNGGUHNYA TIDAK PERNAH SEKALI PUN AKU MERASA IRI DAN SAKIT HATI KEPADA MANA UMAT MU ATAS KEBAHAGIAAN & KESENANGAN MEREKA. NAMUN MENGAPA ADA YANG TIDAK SENANG KEPADA KU. NAMUN AKU REDHA YA-ALLAH, JIKA INI DUGAAN YANG INGIN KAU BERIKAN PADA KU UNTUK MENGUJI SEJAUHMANA KEIMANAN KU PADA MU YA-ALLAH. AKAN KU TETAPKAN IMAN KU HANYA PADAMU YA-ALLAH. AMIN YARRABBALALAMIN...."

No comments: