Thursday, August 27, 2009

Ramadhan Ke-6

Lama sungguh sya tak mengomel kat sini. Bukan apa, tak de idea nak cerita apa. Padahal pic banyak gak snap. Nantilah next sya cerita pasal hubby wat bumbung belakang umah. Pic kat Hb lah pulak

Ramadhan kali ni sya cuba untuk buat yang terbaik..Insyaallah...

Disebabkan kami kerja, jadi memang tak masaklah untuk berbuka. Biasanya kami akan beli kuih2 dan juadah ringan2 di Bazar Ramadhan.Bak kata orang, wat lapik perut. Then lepas solat barulah masak. Yang makan pun hanya Hb & anak2 jer..sebab sya memang jarang makan berulang bulan puasa.

Sahur sya bangun 4am untuk sediakan makanan..masak sayur, panaskan lauk masak malam tadi, buat air. Bila semua dah siap barulah sya kejut HB & anak2.

Itulah rutin bulan Ramadhan ni

Letih, memang letih, sebab sya tidor lambat. Tapi sya puas hati, sebab dapat sediakan semua untuk keluarga sya. Lagi satu jiran sya ni selalu bagi juadah berbuka, segan lah pulak kalau sya tak masak apa2 kan. Sebab tu kalau sabtu & ahad, sya masak lebih sikit, mesti ada kuih2.

Masa hari pertma puasa, sya berbuka kat rumah umie sya, berkumpul adik-beradik. Lama sungguh tak dapat berkumpul semua adik-beradik. Kecoh jadinya rumah umie. Sya tengok muka umie dan bapak ceria je. Gembira.

Oklah..stop sini dulu..sebabnya ni wat posting dari office..mampus bos masuk claim tak siap lagi..patutnya hantar hari ni..sya tangguh hantar esok...hehe

Nanti2 kalau boring sya mengomel lagi ekk..sebabnya sya keja kat office sorang2...bosan tau..sunyi jer...

1 comment:

somuffins said...

Selamat Hari Raya untuk Sya dan keluarga. Beraya dimana??