Friday, January 23, 2009

Elliptical

Yessss..akhirnya yang ditunggu-tunggu dapat juga. Semalam petang elliptical yang shya beli dari 9/1 akhirnya sampai juga kerumah.


Dah rasmikan semalam. Berpeluh-peluh semalam, lencun baju semua. Best sangat guna elliptical ni. Semalam juga marsya tersepit kat pengayuh elliptical tu. Dia dudk macam kat stepper tu mcm naik motor, Pastu benda tu bergerak, melalak dia kaki tersepit kat tepi tu. Kesian lak tengok. Kejap jer..pastu dia lagi naik



Semalam masa workout meleleh peluh masuk mata pedih woo...masuk mulut.masinn..hehehe..telan jer..peluh sendri..



Timbang yang dapat percuma tu pun sampai gak. Timbang ni kat tempat jarum tu boleh pusing untuk setkan ketinggian kita, pastu ada penanda samada kita gemuk ker, ok ke. Best gak timbang ni




Nampaknye sekarang shya kena lebih kuat exercise..elliptical dah ada..tak leh malas-malas lagi..

Yesss..Shya nak kurus...Nak Kurus..



Thursday, January 22, 2009

Nak Kurussss

KURUSSSSSSS

Berjaya kah sya kurus. Entah lah, adakalanya sya rasa macam tak kan berjaya jer, sebab macam mustahil berat sya boleh capai angka 5. Namun bila sya tengok kejayaan member-member forum yang dh kurus, baru sya percaya bahawa sya juga boleh kurus

Sebenarnya lama dah sya nak kurus, dari sebelum kawin. Dulu masa zaman anak dara sya penah makan Healthy Image, pastu sya penah cuba CNI nyer produk..semua tak leh jalan. Bila dah dekat nak tunang dan kawin, sya amik ubat doktor, Ionamin. Mulai dari tu sya dalam setahun mesti adalah 3 kali pegi amik ubat tu. Biasa sya makan dalam 3 bulan jer. Pastu bila tahun depan berat naik baru sya pegi beli lagi. Sampai last 2 year sya masih begitu. Doktor tu mmg dh kenal sya, Bila sya datang amik, dia kata dah lama tak datang..sya ckplah ni berat dah naik semula tu yang datang beli.Last year sya ada makan Totalimage & JDM..JDM ni ada baki lagi 1 kotak tak abis. Entah bila nak minum JDM tak tahu lah.

Sebelum mengandung no.4 berat sya dalam 63-65kg. Namun lepas bersalin sya tak kurus. Seluar jean masa sebelum mengandung no.4 antara 31 @ 32 jer. Namun kini..huaaaa....huaaa..nangis sya

Masalah sya lebih pada punggung & peha. Lebar sangat. Mungkin juga sebab sekarang sya dah jarang bergerak masa ofis. Dulu project banyak selalu gak gi site, skrg dah jarang sesangat. Kalau gi site buat measurement, jauh gak lah sya kena jalan..maklumlah nak mengukur jalan & longkang..kalau 1 side dah 1km..patah balik dah 2km..tengahari terik lak tu.

Kini sya dah tekad untuk kurus. Sya memang teringin nak kurus. Dalam 2 minggu lepas sya penah merajuk dgn hubby sebab sya tengok dia mcm tak berapa support sya nak kurus. Pastu hubby kata " Apa ayang ingat abang suka ker tengok ayang gemuk. Abang tak suka tau. Abang pun nak tengok ayang kurus". Terharu sya, sebab hubby sokong sya. Sekarang bila sya workout kat rumah, hubby tak penah halang atau marah.

Sya pun dah puas kena sindir & kena kutuk pasal gemuk ni. Sekarang sya nak buktikan kat orang yang kutuk bahawa sya juga boleh kurus. Sya dah taknak hiraukan jelingan atau pertanyaan orang yang pelik bila tengok sya makan tak ambil nasi. Biar lah mereka, yang pasti sya nak kurus.

Sorri lah yer..sya lepas kan tension sebenarnya ..& luahan perasaan apa yang sya rasa sekarang.

Wednesday, January 21, 2009

Complex Carbs

Natural complex carbohydrates food list

Complex carbs (carbohydrate) foods are basically those in wholegrain form such as wholegrain breads, oats, muesli and brown rice. Complex carbs are broken down into glucose more slowly than simple carbohydrates and thus provide a gradual steady stream of energy throughout the day. Natural carbs are also a better choice when losing weight on the G.I diet plan.


All carbohydrates are broken down to glucose to produce the energy molecule ATP (adenosinetriphosphate). The efficiency of this whole process also depends on many vitamins and minerals. Most natural, complex carbohydrate sources such as those listed in the table below naturally provide many of the vitamins and minerals needed for energy production. Simple, refined carbs found in many processed, convenient foods tend to be devoid of these natural nutrients, therefore there is a greater risk that some of the energy will be converted into fat and stored. This is often the case even if the calorie content of the simple carb is lower than the calories in the complex carbohydrate source. Natural complex carbs are often devoid of additives and preservatives unlike many processed simple carb sources.

The food list below shows many natural complex carbohydrate foods that are frequently used to produce food products or meals. Most foods or products that contain a large portion of these staple ingredients are usually a good high complex carbohydrate source. The best way to provide the diet with complex carbohydrates is to consume foods in their most natural state such as oatmeal, bran and brown rice.

Bran
Wheatgerm
Barley
Maize
Buckwheat
Cornmeal
Oatmeal

The food list below shows good sources of complex carbohydrates.

Pasta
Macaroni
Spaghetti
Brown rice
Potatoes
Other root vegetables
Wholemeal breads
Granary bread
Brown bread
Pitta bread
Bagel
Wholegrain cereals
High fiber breakfast cereals
Porridge oats
All bran
Wheetabix
Shredded wheat
Ryvita crispbread
Muesli
Cassava
Corn
Yam
Oatcakes
Peas
Beans
Lentils

Weight loss progress often slows due to a lowered metabolism. Increase metabolism before cutting calories and very low calorie diets wont be necessary

A good complex carbohydrate intake is essential to exercise effectively and make each workout more effective in losing body fat!

Source : http://www.weightlossforall.com

Thursday, January 15, 2009

5 PERKARA YANG ANDA TIDAK TAHU TENTANG SAYA

5 PERKARA YANG ANDA TIDAK TAHU TENTANG SAYA

Thank Bim sebab tag sya. Jap tengah dok pikiaq apa lah benda yang orang tak tahu yer. Sya ni memang fail bab-bab mengarang ni. Sebab tu masa bercinta tak penah tulis-tulis surat. Ok yer ni sya senaraikan 5 perkara tersebut:-

1. Terjun Dari Tingkat 2..

Hehehe..jangan terkejut, tapi memang sya penah terjun dari tingkat 2 rumah. Masa tu sya tingkatan 3, bilik sya terkunci. Jenuh sya jerit panggil orang suruh buka pintu. Umie sya buat tak tahu jer, Dia siap kata padan muka sya sebab suka sangat kunci pintu. Dah nya sya geram sangat, tu yang sya panjat tingkat terjun keluar. Sya jatuh terduduk atas tanah. Sakitnya punggung tuhan ajer lah yang tahu

Tapi side effect dari sya jatuh tu lama tau. Sya menanggung sakit punggung hampir 2 tahun. Lepas tu masa sya mengandungkan anak sulung, sya sakit teruk. Tulang tongkeng ni sakit sangat, dari awal mengandung hinggalah nak bersalin. Bayangkan sya tak leh duduk tegak. Kalau duduk atas kerusi atau lantai, sya kena dudk senget. Pastu tu kalau dah duduk nak bangun kena orang papahkan. Kalau kat ofis, nak bangun sya kena pegang meja baru boleh bangun. Sakit sangat, sampaikan mengais sya tiap2 hari.

Yerlah lagi besar perut kitakan lagi melentik pinggang ni, tu yang buat sakit sangat belakang sya. Nasib sya dapat bersalin normal.

2. Sya mengandung seksa

Yup, sepanjang 4 kali sya mengandung, tak penah sekali pun sya merasa proses kehamilan yang senang. Semua anak sya mabuk teruk hingga ke 6 bulan. Pastu sya akan sakit kat pubic area. Sampaikan sya nak pakai panties pun seksa, sya tak leh angkat kaki. Sya akan duduk, masukkan seluar tu dari kaki mcm ni, angkat jari kaki masukkan seluar, pastu angkat tumit lak, kasi masuk yg belakangnya, Pastu baru lah tarik perlahan2 keatas.

Bila dah sakit kat pubic area tu, nak jalan memang payah. Sampaikan arwah tok hubby kata dia cukup kesian tengok sya bila mengandung, seksa sangat rupa sya nak jalan.

Tapi alhamdulillah sya bersalin senang. Semua sya tak lama dalam labour room. Paling lama sya kat labour room 4 jam, tu pun sebab induce, masuk labour room memang tak sakit apa2 lah.

3. Anak lahir 1hb (1/10/98, 1/9/06, 1/8/03)

3 anak2 sya lahir 1hb. Secara kebetulan due date anak no.3 & 4 pada 1hb. Jadi sya pun malas nak tunggu lama2, sampai jer due date, terus sya minta induce. Sya ni lak jenis beranak lambat, semua over due. Senang nak ingat tarikh lahir anak2 sya.

4. Sombong..ermmmm

Ramai orang kata sya sombong. Sebab nya kenapa tau:
a) Sya payah nak senyum
b) Muka sya bengis
c) Mata sya suka menjeling..hehehe
d) Sya tak ramah ( masa mula2 jumpa org, dah kenal baru ramah..cerita hingga tak
ingat dunia)
Tapi sya tak sombong tau. Sya ni tak ramah lah, tak reti nak bercerita dengan orang. Lagi-lagi orang tua. sya tak pandai nak mulakan cerita. Tapi kalau dah kenal memang sya ramah. Sya ni pun gila2, jadi kalau sesiapa yang jumpa sya kat luar tu, jangan lah takut nak tegur. Tegur jer sya kenal kan diri, insyaallah sya akan jawab :)


5. Mengandung masa study

Sya penah amik part time study, masa semester akhir sya mengandung. Jadi sya bersalin, cuti 2 minggu jer, pastu sya pegi kelas dalam pantang. Sya belajar hujung minggu jer, dan kelas hari sabtu hingga 10.30pm. bayangkanlah, orang yang dalam pantang, dengan berbaju sejuknyer, dengan stokin, param satu badan, masuk kelas..hehehe..nasib baik sya tak bentan.

Ni jer lah yang sya nak kongsi dengan member2 semua. Sya tak tahu nak tag sapa lagi, sebab sya tak ramai member blog..member2 blog sya Bim, Maira, Eynda, Posh jer..yang lain sya belum add lagi..tak sempat..maklumlah masuk blog siang jer..kat rumah x net line lagi.

Tuesday, January 13, 2009

Update berat

Pagi ni sya timbang dengan birthday suit, berat sya ada penurunan skit. Berat sya dah 69.7kg, kurang 500gm dari hari Isnin, sebab pagi semalam sya timbang berat 70.2kg.

Sya masih kawal pemakanan. Sya memang masak asing untuk diri sya. Kalau sya menumis pun sya akan guna olive oil. Sya juga workout hampir setiap hari.

Semua yang sya lakukan ni adalah kerana impian sya untuk kurus demi Hubby sya. Dia pun kata teringin tengok sya kurus, sebab semenjak kawin tak penah sya benar2 kurus.

Pic Sya dan Hubby






Sambil anak-anak mandi, sya sempat ambik pic dengan hubby. Hubby sya ni memang payah nak senyum. Tu pun kena paksa, baru dia senyum. Semyuman dia tu, senyum buat2. Sabor jer lah hubby ku sorang ni.






Sya saje nak amik pic sorang. Ni pic semasa buat detox dengan berat 70.4kg.














Sehari di Paradesa Rucotta

Ahad lepas pakcik Sya ajak makan kat rumah dia. Jadi sehari suntuk kami lepak kat rumah pakcik di Kondo Paradessa kat Damansara.


Makan tengahari Nasi Dal, Kuah Dal, Kambing Masak Rempah, Daging dendeng, Acar. Tapi sya tak makan banyak. Hanya makan kuah dal jer, sebab sya tengah detox 2 hari.


Lepas makan, 4pm anak2 nak mandi kolam lak. Seronok sangat budak-budak tu. Marsya sampai menggigil, masih tak nak naik. Sudahnya dari hari isnin, Danny dan Marsya demam. Ni semua pasal seronok mandi kolam hehehe.
Nasib baik Qimie tak kena attack asma, dia pun sama mandi tak ingat nak balik.
Lepas mandi, makan lak lagi kat rumah pakcik sya tu. Makan mee rebus. Sya sekali lagi tak leh makan banyak. Sya hanya makan tauhu + bawang goreng + kuah jer. Kami makan malam kat sana gak

Monday, January 12, 2009

Program 2 hari detox, dah selamat sya buat. Sya minum 4 jam seperti yang disarankan, makan pun sya kontrol, cuba elakkan makanan yang tak boleh masa detox. Alhamdulillah berjaya juga, walaupun ahad ada makan skit daging 3 ketul.

Semasa proses detox ni, perut sya tak lak rasa memulas atau sakit. Pagi2 seperti biasa sya membuang. Cuma sya dahaga. Sya banyak minum air dan banyak kencing.

Sya nak tengok seminggu lepas buat detox ni ada tak perubahan. Nanti lepas seminggu sya akan update apa perubahan kat diri ni.

Nasib lah sya amik 2 hari nyer program, Kalau pi amik 7 @ 14 hari nyer, puihhh..teruk..
Yerlah makan semua kena jaga. Hasil tenusu, daging, nasi , roti atau apa2 yang dibuat dari tepung tak leh makan.

2 hari ni pun rasa payah gak, sebab sya biasa pagi2 makan cereal dengan susu. Pastu tengahari sya makan roti. jadi bila detox ni kena ganti menu,tu yang payah.Sya banyakkan makan buah.

Walaupun dah abis buat detox, makan sya tetap kontrol. Sya memang tak makan nasi, sya gantikan dengan bihun atau roti. Pastu daging merah sya kurangkan. Sya makan ayam pun, kulit memang sya buang. Tu yang hubby bising bila sya bersihkan ayam. Abis semua kulit, lemak sya buang. Sya juga makan ikan. Sekarang sya akan masak asing untuk sya. Untuk hubby & anak2 masak biasa, cuma untuk sya selalunya sya grill atau kukus. Biasanya hubby yang banyak memasak. Sebab bila sya dah exercise, hubby yang masak. Thanks To My Hubby for very supportive.

Saturday, January 10, 2009



Semalam juga sya dah pegi Fitnees Concepts. Sya beli Elliptical. Mulanay sya ingat nak tunggu hujung bulan. Sekali pegi saja sana, tengok ada yang murah, sya belilah. Nak kata murah sangat tak der lah. Harga asal RM1400.00, tapi ada discount jadi RM1100.00. Tapi elliptical tu tak der stok, kena tunggu minggu depan baru boleh hantar. Jadi minggu depan lah baru dapat




Hubby pun beli gak. Beli Dumbbell Set 10kg 2. Membeli Elliptical & Dumbbell ni semalam dapat lah 2 barang percuma iaitu 3lb dumbbell 2 dan timbang jarum. Timbangtak der stok. Nanti Dapat skali dengan Elliptical


Sya juga beli buku ni
Baru mula nak baca. Ni semua sya lakukan sebab azam sya untuk kurus tahun ni
Semoga sya berjaya capai azam sya.


2 Day Complete Body Cleansing Program


Malam semalam sya pegi GNC sebab nak beli Detox. Tapi kat GNC sini takder detox yang sya nak macam yang sya tengok kat website GNC. Jadi sya belilah yang ada kat GNC tu.

Cara nya ialah campurkan 4 penutup Complete Body Cleansing dengan 4oz air. Kemudian minum. Cleansing ni kena minum setiap 4 jam. Program cleansing ni untuk 2 hari. Jadi sya mulakan hari ni (10/1/09).
Sya juga kena jaga pemakanan selama 2 hari ni.
Food yang kena avoid ialah :
Sugar
Dairy Pruduct
Wheat
Gluten
Coffee
Yeast
Food additives & preservatives
chocolate
High-fat foods
Foods yang boleh :
Fruit
Vegetables
Rice
Other Grains
Beans
Nuts & Seeds excepts peanuts & peanut butter
Oil
Tea
Water
Lemon Water
Pure unsweetened juices
Semasa dalam proses detox ni, sya perlu minum air minimum 8 gelas.

Thanks Honeyponey

Pagi semalam masa Sya masuk Forum, sya terima satu PM. Rupanya dari Honey. Honey beri nasihat dan peransang untuk sya kuruskan badan. Kata-kata perangsang dari Honey, telah manikkan lagi semangat sya untuk kurus
Terima Kasih Honey, Sya amat-amat hargainya

Wednesday, January 7, 2009

Update diet

Diet masih diteruskan. Namun penurunan berat masih tak memberansangkan. Nampaknya kena ubah diet. Sya akan kuatkan semangat untuk kurus pada tahun ni. Dah benci sangat tengok pic sya, buruk, badan tak cantik.

Sya masih lagi workout, samada gi gym atau kat rumah. Hubby dan anak2 pun dah faham, maklumlah mereka pun asik complain sya gemuk.

Tak banyak yang boleh sya update tentang diet ni. Sekarang pun tengah sibuk kat ofis, jadi memang tak sempat nak update blog.