Tuesday, February 17, 2009

Upin Ipin

Hari ahad lepas (15/2/09) kami sekeluarga pegi tengok wayang cerita Geng.
Mulanya ingat nak tengok hari sabtu, skali full. Jadi sya terus je booked online tiket untuk hari ahad,tayangan jam 5pm

Punyalah ramai orang kat dalam panggung, penuh.
Memang best cerita ni. Pujian harus diberikan pada anak-anak muda kita yang berjaya buat cerita ni. Enjoy menonton. Anak-anak sya pun lekat kat kerusi, tak bangun tak buat hal. Kusyuk mereka tengok. Yang kelakar masa adegan upin ipin kena keja dengan ular tu, anak sya yang kecik, Marsya...menyorok belakang kerusi. Sya angkat dia riba kan, dia siap tutp muka dengan tangan. Tengok cerita dari celah2 jari.. "Tatut" katanya..hehehehe

Bila adegan dikampung tu, rasa macam kita pun ada disana. Seronok tengok yerlah teringat masa kecik-kecik, main guli. Walaupun sya bukan asal orang kampung sebenarnya.

Dialog yang sya masih ingat ialah
"Eh Upin, apa kau buat tu?" "Jatuh jatuh jatuh" "Jangan Upin, ingat masa depan!!"
hehehe..ni dialog masa mereka nak jatuh dari bukit semasa meluncur upih atau kulit kayu..tak perasan lak.

Memang cerita ni berjaya lah capai target mereka nak 10juta collection.
Sya beri 7 bintang.....best gilerrrrr


Semua anak-anak sya pergi tengok wayang pakai baju Upin Ipin..siap amik gambar lagi dekat poster Upin Ipin.

Monday, February 2, 2009

3Hari 2Malam di Felda Titi, Jelebu.











Pada CNY lepas, kami bercuti ke rumah makcik sya kat Jelebu. Kami bertolak kesana pada hari ahad 25/1/09 dan balik pada 27/1/09.

Ramai juga yang pergi, lebih kurang 6 buah kereta lah kesana

Saje jer kami bercuti kesana sebab makcik sya cakap dah musim durian kat Jelebu tu.

Jadi kami selama 3 hari kenduri durian, sarapan durian. snek durian, lunch pun ada juga terselit durian.

Lupa jap diet sya hehehehe. Gambar durian pun lupa nak amik, disebabkan seronok benor makan..4 bakul lah durian hari tu. Ada yang buat tempoyak 2 bakul, pastu 1/2 bakul buat wajik, 1/2 bakul buat kuat durian. Lagi 2 bakul makan beramai2. Nikmat sungguh rasanya..hehehehe ..oopppss..tapi tiap2 pagi sya skipping tau 200x + workout mcm lunjes, squat, wokout utk triceps & biceps..makan, makan jugak. exercise tak lupa yer.


Malam akhir tu kami buat BBQ. Pagi2 sya dah gi pasar beli ayam untuk BBQ & nuggets untuk budak2 makan nanti. Adik sepupu sya beli ikan talapia besar 20 ekor. Sedap betul kami makan malam tu
Pada hari akhir tu 27/1/09, kami beramai-ramai mandi sungai kat belakang rumah makcik sya.
Sya anak beramak, umie & adik2 sya, makcik pakcik, adik2 sepupu dan anak2 sedara sya, kami berendam kat sungai
Tengok lah kami semua buat perangai, siap shampoo kepala ramai2 kat sungai.


Kami masing-masing mana lah biasa mandi sungai. Tu yang jadi macam ni telatah. Makcik pakcik sya pun dah jadi macam budak2...siap kami main lawan apung badan lah, lawan berenang..hehehehe..mana ada berenang nyer..air cetek..sangkut kat pasir jer lah keja nya.



Sya rasa cuti CNY kali ni seronok sangat. Walaupun tak travel jauh2 seperti biasa, tapi cuti kali ni paling mengembirakan

Dah lama sya tak bercuti dengan adik2 & parents sya macam ni.

Kali ni lebih seronok sebab makcik, pakcik & nenek sya pun ikut sekali.

Insyaallah kalau ada rezeki lagi, kami nak bercuti ramai2 macam ni .

Penyampai Hadiah Anak-anak







Pada 15/1/09,ialah hari penyampaian hadiah anak-anak sya; Izzati & Danny.



Izzati & Danny masing-masing dapat no.1 pada periksa tahun lepas.
Disebabkan tahun lepas kesuntukan masa, maka sekolah buat majlis penyampaian hadiah tahun ni.
Hadiah yang mereka dapat berupa buku, peralatan sekolah.
Ok lah buat pembakar semangat mereka untuk belajar lagi
Sebenarnya anak2 sya baru tahun lepas sekolah kat sini. Tahun sebelumnya mereka sekolah kat sek.bukit tinggi.
Jadi tahun 2008 mereka baru bersekolah kat kg, bukan apa senang mereka balik kerumah MIL.