Wednesday, March 18, 2009

Tanda-Tanda Sakit

Risalah ini bagus untuk semua....... .....
Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri :-

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).
i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.
Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG
Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
i) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
ii) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
iii) Bersin
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. Batuk
a. Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG..
c. Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONG
i) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku
di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
ii) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
i) Bibir pucat
a. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
ii) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
i) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
iii) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
i) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT Berpeluh :
a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL :
Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM :
Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR :
Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR :
Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas .Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN
A. KEPALA.
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
i) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.
E. BISUL TERJADI DI KEPALA
Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
F. RASA PENING YANG MEMUSING
Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/ LIDAH
a. LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b. MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT .
Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

18. KENCING
a) KERAP KENCING ; Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang
b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

19. BUANG AIR BESAR
a) CIRIT-BIRIT/ KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADAN
a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT :
Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
i) Sistem jantung yang lemah.
ii) Sistem saraf otak yang lemah.
iii) Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

Tuesday, March 17, 2009

6 kinds of Food that Keeps You Young

6 kinds of Food that Keeps You Young

1.Olive Oil

Four decades ago, researchers from the Seven Countries Study concluded that the monounsaturated fats in olive oil were largely responsible for the low rates of heart disease and cancer on the Greek island of Crete . Now we know that olive oil also contains polyphenols, powerful antioxidants that may help prevent age-related diseases.

2.Yogurt

In the 1970s, Soviet Georgia was rumored to have more centenarians per capita than any other country. Reports at the time claimed that the secret of their long lives was yogurt, a food ubiquitous in their diets. While the age-defying powers of yogurt never have been proved directly, yogurt is rich in calcium, which helps stave off osteoporosis and contains 'good bacteria' that help maintain gut health and diminish the incidence of age-related intestinal illness.

3.Fish

Thirty years ago, researchers began to study why the native Inuits of Alaska were remarkably free of heart disease. The reason, scientists now think, is the extraordinary amount of fish they consume. Fish is an abundant source of omega-3 fats, which help prevent cholesterol buildup in arteries and protect against abnormal heart rhythms.

4.Chocolate

The Kuna people of the San Blas islands, off the coast of Panama , have a rate of heart disease that is nine times less than that of mainland Panamanians. The reason? The Kuna drink plenty of a beverage made with generous proportions of cocoa, which is unusually rich in flavanols that help preserve the healthy function of blood vessels. Maintaining youthful blood vessels lowers risk of high blood pressure, type 2 diabetes, kidney disease and dementia.

5.Nuts

Studies of Seventh-Day Adventists (a religious denomination that emphasizes healthy living and a vegetarian diet) show that those who eat nuts gain, on average, an extra two and a half years. Nuts are rich sources of unsaturated fats, so they offer benefits similar to those associated with olive oil. They're also concentrated sources of vitamins, minerals and other phytochemicals, including antioxidants.

6.Blueberries

In a landmark study published in 1999, researchers at Tufts University 's Jean Mayer Human Nutrition Research Center on Aging fed rats blueberry extract for a period of time that in 'rat lives' is equivalent to 10 human years. These rats outperformed rats fed regular chow on tests of balance and coordination when they reached old age. Compounds in blueberries (and other berries) mitigate inflammation and oxidative damage, which are associated with age-related deficits in memory and motor function

Thursday, March 12, 2009

Definition

Ni member diet nn paste kat forum tadi..jadi sya copy letak sini lah..senang nak refer

BMR
is the largest factor in determining overall metabolic rate and how many calories you need to maintain, lose or gain weight. BMR is determined by a combination of genetic and environmental factors, as follows:

Genetics: Some people are born with faster metabolisms; some with slower metabolisms.


Gender: Men have a greater muscle mass and a lower body fat percentage. This means they have a higher basal metabolic rate.


Age: BMR reduces with age. After 20 years, it drops about 2 per cent, per decade.


Weight: The heavier your weight, the higher your BMR. Example: the metabolic rate of obese women is 25 percent higher than the metabolic rate of thin women.


Body Surface Area: This is a reflection of your height and weight. The greater your Body Surface Area factor, the higher your BMR. Tall, thin people have higher BMRs. If you compare a tall person with a short person of equal weight, then if they both follow a diet calorie-controlled to maintain the weight of the taller person, the shorter person may gain up to 15 pounds in a year.


Body Fat Percentage: The lower your body fat percentage, the higher your BMR. The lower body fat percentage in the male body is one reason why men generally have a 10-15% faster BMR than women.


Diet: Starvation or serious abrupt calorie-reduction can dramatically reduce BMR by up to 30 percent.Restrictive low-calorie weight loss diets may cause your BMR to drop as much as 20%.


Body Temperature/Health: For every increase of 0.5C in internal temperature of the body, the BMR increases by about 7 percent. The chemical reactions in the body actually occur more quickly at higher temperatures. So a patient with a fever of 42C (about 4C above normal) would have an increase of about 50 percent in BMR.


External temperature: Temperature outside the body also affects basal metabolic rate. Exposure to cold temperature causes an increase in the BMR, so as to create the extra heat needed to maintain the body's internal temperature. A short exposure to hot temperature has little effect on the body's metabolism as it is compensated mainly by increased heat loss. But prolonged exposure to heat can raise BMR.


Glands: Thyroxin (produced by the thyroid gland) is a key BMR-regulator which speeds up the metabolic activity of the body. The more thyroxin produced, the higher the BMR. If too much thyroxin is produced (a condition known as thyrotoxicosis) BMR can actually double. If too little thyroxin is produced (myxoedema) BMR may shrink to 30-40 percent of normal. Like thyroxin, adrenaline also increases the BMR but to a lesser extent.


Exercise: Physical exercise not only influences body weight by burning calories, it also helps raise your BMR by building extra lean tissue. (Lean tissue is more metabolically demanding than fat tissue.) So you burn more calories even when sleeping.

Wednesday, March 4, 2009

Kuih Tradisional

Kalori untuk kiuh tradisonal

Apam Balik 100gm 281.8 kcal
Bingka ubi kayu 100gm 221 kcal
bubur kacang hijau 80gm 76 kcal
cekodok pisang 71g = 3-4 pieces 181 kcal

depending on the

size)

cucur badak 29gm(1 pcs) 77 kcal
cucur udang 54gm(1pcs) 143.4 kcal
donut 75gm (1pcs) 268.2 kcal
kerepek ubi kayu 11gm (1pcs) 48.2 kcal
kuih apam 27gm (1pcs) 52.1 kcal
apam gula hangus 50 gm (1pcs) 159 kcal
kuih bangkit 3 gm (1pcs) 12.7 kcal
kerepek bawang 4gm (1pcs) 20.1 kcal
Buah Melaka 15gm (1pcs) 31 kcal
buah rotan 3gm (1pcs) 12.1 kcal
kuih kapit 4gm(1pcs) 17.1 kcal
kuih karas 8gm (1pcs) 43.1 kcal
kastard jagung 93gm (1pcs) 108.6 kcal
kasturi 72gm (1pcs) 177.7 kcal
kaswi 103gm (1pcs) 166.6 kcal
keria 38gm (1pcs) 90 kcal
ketayap 65gm (1pcs) 140.3 kcal
koci pulut hitam 82gm (1pcs) 163.6 kcal
kuih lapis 87gm (1pcs) 131.8 kcal
lompang 86gm (1pcs) 117.5 kcal
peneram 55gm (1pcs) 255.6 kcal
Kuih sagu+gula melaka 92gm (1pcs) 130.4 kcal
Seri muka 99gm(1pcs) 192.2 kcal
Talam seri kaya 122gm (1pcs) 181.5 kcal
talam ubi kayu 93gm (1pcs) 151.5 kcal
tat nenas 5gm (1pcs) 22.2 kcal
tepung pelita 74gm(1pcs) 101.3 kcal
kuih tiram 14gm(1pcs) 73.8 kcal
lepat pisang 93gm (1pcs) 190.3 kcal
lepat ubi 85gm(1pcs) 177.1 kcal
pau ayam 85gm(1pcs) 203 kcal
pengat pisang 50gm (1 hidangan) 103.1 kcal
pulut panggang 83gm(1pcs) 184.8 kcal
putu bambu/piring 66gm (1pcs) 171.3 kcal
char kue 70gm (1pcs) 291.3 kcal


Untuk ingatan diri sendri..sebab sya memang suka makan putu bambu, apam balik, penderam, kuih karas dan koci.
Tapi semua tinggi kalori. Kena tukar ni..nak makan apa ekkk...sesekali boleh kot

Tuesday, March 3, 2009

Aku Merapu

Hari ni hari nak merapu. Tension seh keja sekarang. Ermm nak luah kan pun buat sakit hati. Bosan giler keja ni. Keja bawah Cha Ya Nun Alif ni memang menyakitkan hati.

Kalau tak kerana ekonomi merosot nak juga sya cari keja lain. Tapi almaklumlah kan construction pun tak ok sekarang. Tak macam dulu-dulu, senang jer QS nak cari keja. Lagi-lagi sya more to infra work more than 10 yrs. Tapi kalau diberi peluang handle building project insyaallah boleh sebab kita bukan tak penah buat, mungkin amik 2 weeks untuk recalled semula.

Lagi nak bebel pasal kawan sya ni. Dia ni sya dah kenal dari sekolah menegah. Skali tu dia datang klang ajak masuk MLM, sya pun masuk lah. Sebabnya tengok company tu ok dan ramai dah berjaya. Sekali Rm dah invest banyak K, member ni hilang. Yang tak sedapnya RM6K ada lagi kat member sya ni. Kita call dia tak jawab, sms tak jawab. Hilangkan diri mcm tu jer. Senang-senang jer ambil RM orang macam tu. So sya contact lah member-member kat Pasir Gudang , rupanya member ni memang dah kena boikot dengan member-member sekolah yang lain. Sebab suka menipu.

Manalah sya tahu cerita laghu tu, sebab sya dok Klang, member-member kat Pasir Gudang pun tak nak inform sebab mereka tak nak burukkan kawan sendiri. Akhirnya sya jadi mangsa penipuan kawan sendiri. Nampak gayanya sya kena turun Pasir Gudang juga sebab nak cari member ni. Nasib sya masih ada kawan-kawan yang baik. Kami memang rapat dari sekolah hingga kini. Mereka semua akan membantu cari PENIPU ni.

Sekarang ni sya makin susah nak percaya orang. Dah terkena banyak kali.

Dah tak tahu nak merapu apa lagi. Ok lah nak sambung buat keja yang membosankan kan. Kalau ikut hati yang jahat nak jer aku mandrem CHA YA NUN ALIF ni..geram.Mentang-mentang lah bos pun kaum dia, sayang kat dia, dengar kata dia aje. Yang geram nya, dgn sya je dia minta macam2 breakdown, dengan QS kaum dia tak lah dia minta breakdown costing macam kat sya. Sya siap tanya QS lain, mereka kata tak penah buat lak breakdown macam tu. Gerammmmmm. Nasiblah kita ni tak bodoh, Allah bagi je petunjuk macamane nak buat. Tu yang dia tak puas hati, lepas selesai satu,satu lagi dia create hal nak kenakan kita.

Monday, March 2, 2009

Insiden Di Tesco Klang

Malam semalam, lebih kurang pukul 9 malam, kami pergi ke Tesco Klang. Ingat nak cari rantai basikal anak sya yang no.3 tu,lepas cari kat Giant takde

Masa kami sampai, parking penuh. Maklumlah hari hujan, ramai yang masuk nak parking kat dalam. Kami pun nampak lah satu family ni tengah letak barang dalam kereta. Hubby pun berhenti tepi, bagi signal, Tunggulah hingga family tu abis punggah barang dari 2 troli mereka. Lepas dah tu, kereta tu pun mengundur nak keluar. Dekat 4 kali tertangguh kerana kereta lain tak bagi jalan. Akhir nya ada satu kereta proton iswara aeroback biru ni jalan dgn laju dan stop. Lepas kereta family tu keluar kami pun nak jalan lah masuk parking, Kereta Iswara biru ni dengan selambar terus masuk parking yang kami dah tunggu hampir 10 minit tu.

Hubby syapun apa lagi keluar kereta lah, tanya orang tu kenapa masuk sedangkan kami dah beri signal & tunggu lama. Sya pun keluar. Orang dalam kereta tu satu keluarga melayu. Pemandu lelaki tu keluar dengan selamba dua kata dia dah jalan dulu, maka dia masuk lah. Sedangkan kami dah tunggu lama dia yang datang dari belakang terus selamba masuk parking. Sya memang benggan. Sya pergi kat dia marah kan. Lelaki tu dengan berlagak marah kan kami pula. Anak-anak mereka keluar, Sya cakap baguslah tunjuk perangai kurang ajar depan anak2.

Isteri lelaki tu mulanya nak keluar, sekali masuk semula dalam kereta. Sya pergi kat kereta dia cakap, malu aku kalau dapat suami macam ni, kesian kau jadi bini pada lelaki kurang ajar. Sya cakap kat anak-anak dia, kesian korang dapat bapak kurang ajar macam ni. Tak heran kalau satu hari anak-anak ni jadi kurang ajar, sebab bapak mereka tunjuk perangai mcm tu. Hilang malu sya gaduh dengan orang mcm tu. Semua orang pandang. Sya cakap kau memang lelaki kurang ajar, lelaki tu tunjuk tangan simbol kurang ajar pada kami.

Akhirnya kami tak jadi pergi Tesco, geram sangat. Yang lagi sya geram, orang melayu, bangsa kita sendri yang buat perangai macam tu. Mana pergi adap kesopanan orang melayu. Bukan kah kita semua dah diajar untuk sopan, berlajar beratur & bersabar, jangan potong barisan, macam2 lagi lah adap sopan yang dah diajar. Kenapa bila dah beranak pinak berkeluarga boleh jadi macam tu. Lagi satu lelaki tu kan seorang ketua keluarga, boleh dia tunjuk tauladan yang tak elok pada anak-anak dia.

Selangor VS Kelantan

Sabtu lepas 28/2/09, Sya dan Hubby pergi Stadium Shah Alam tengok Bola. Kami memang selalu pergi berdua tengok bola. Biasanya kami kalau pergi naik motor, senang nak balik, kalau naik kereta sah-sah kami akan sangkut. Bila naik motor TZM ni rasa macam bercinta semula..hehehe..Seronok juga dapat berdua naik motor dengan Hubby.

Masa pergi, hujan renyai. Basah jugalah kami berdua. Kami duduk kat tempat VIP, dekat dengan tempat wartawan & penyokong Kelantan

Berlaku insiden tak menyenangkan masa masa kedua perlawanan. Setelah selangor berjaya menjarang gol kedua, penyokong Kelantan mula bertindak ganas. Mereka naik ketingkat atas dan baling air batu, botol air mineral yg masih berisi & bangku tempat duduk kat stadium tu dikopak dan baling kebawah. Ramai yang kena air batu & botol air tu termasuk suami sya. 2 kali suami sya kena.

Masa tu semua dah tak tangok game lagi, masing2 sebuk pandang kebelakang & tengok atas. Ye lah takut kalau kami pun kena objek yg dilemparkan. Nyaris seorang budak kecil kena bangku yg dipemparkan, nasib bapa dia sempat tarik budak tersebut, kena sikit kat bahu. Bayangkanlah kalau bangku tu kena tepat atas kepala budak kecik yg sya rasa baru tadika tu, mesti berdarah kan. Kecoh juga, sebab ramai penyokong Selangor mula memanjat naik keatas Y gaduh dengan penyokong Kelantan. Polis & FRU pun ramai yang naik untuk huraikan keadaan. Kata abang ipar suami sya yang bertugas polis mlm tu, lepas game berlaku juga pergaduhan kat luar stadium. Nasib kami dah balik awal

Kami tak tunggu sampai habis game, lagi 15 minit sya ajak suami balik, sebab takut benda buruk lagi berlaku. Kami dah lah parking motor kat tempat ramai penyokong Kelantan, takut mereka apa2kan. Tapi sya masih sempat lah tengok jaringan ke-3 tu masa tengah jalan nak keluar. Selangor menang 3-0

Tapi sya benar-benar kecewa denga sikap penyokong kedua-dua belah. Kenapa perlu bergaduh, mana pergi sikap kesukanan. Kenapa terbawa2 sikap kenegerian hingga kedalam sukan. Manalah bangsa melayu nak maju kalau hal remeh pun boleh jadi gaduh mcm ni.

Morib




22/2/09 kami pergi Morib. Sya sebenarnya baru pertama kali pergi Morib ni, maklumlah sya besar kat Johor, balik klang pun dah abis sekolah, lepas tu sambung belajar & kahwin..jadi memang tak pernah ke Banting ni
Jadi Ahad tu saja lah kami bawa anak-anak berkelah. Kami pasang khemah, buat BBQ. Anak-anak lah seronok. Main pasir lah, mandi sekejap jer. Tempat yg sya pegi tu takde pantai. Jadi bila air pasang bahaya. Lain kali kalau pergi nak ke bahagian yg lagi satu, situ baru ada pantai.


Hari SUkan





Lama sya tak update blog..bukan apa masa takde.Kat ofis sibuk, balik rumah dah malam, memang tak menyempat.
Pada 15/2/09,anak sya sukan, buat kat stadium Matsushita Shah alam. Ni lah pertama kali sya pegi stadium tu.
Anak sya tahun ni masuk 1 acara jer, tahun lepas dia masuk 2 acara. Tahun ni Izzaty hanya masuk 4x200. Dapat no.3, oklah ada juga hadiah dia spt
Izzati ni memang aktif sukan & badan beruniform. Dia minat sukan macam sya juga. Sya pun masa sekolah selalu masuk lumba lari, main netball, bola baling hingga wakil daerah.
Anak sya yg sulong ni selalu masuk apa2 pertandingan kat sekolah dia. Macam tahun lepas segala jenis kuiz dia masuk, macam hadiah dia bawa balik. Dulu izzati ni pemalu, syukur sekarang dia dah berani.

Sya pun sempat gak posing hehehe..