Friday, April 24, 2009

Puding Roti

Malam semalam lebih kurang pukul 10pm, sya buat puding roti. Ni gara-gara sya perasan roti yang ada tu expired hari ni, 23/04/09. Ada lagi 8 keping. Dah malam-malam sapa pula nak makan roti sebanyak tu. Jadi sya pun mulakan lah projek buat puding roti. Senang je

Bahan-Bahan:
10 keping roti (sya guna 8, so lembik sikit bila dah masak)
2 cawan susu segar( Sya guna susu HL)
1/2 cawan gula(sya guna brown sugar)
2 biji telur
Serbuk vanila(sya tak letak sebab susu HL ni dah perisa vanila)

Semua bahan tu kecuali roti sya masuk jer dalam blender..hehehehe..ni kes malas nak keluarkan hand mixer.

Roti tu sya koyak-koyakan, letak dalam loyang. Lepas tu curahkan semua bahan yang dah pukul dalam loyang roti tu. Akhir sekali sya letak kat atas 3 sudu kecik butter, taburkan kismis dan cinnamon powder. Bakar dalam oven dengan kepanasan 170, selama 50min.

Hanya ni yang dapat sya selamatkan dan ambil gambar. Sebabnya pagi tadi bila sya masuk dapur, puding ni dah tinggal 1/4 jer,3/4 lagi dah selamat anak dara sya potong untuk bekal dia dan adik-adik. Patut sya buat sos dia.Tapi dah macam tu, tak payah lah. Makan dia je pun dah sedap.

Thursday, April 23, 2009

MakeOver Blog

Hehehe..hari ni sya buat makeover blog..dah jemu tengok rupa yang sama. Tu yang sya ubah. Ok ker ha buat macam ni.

Nasib rupa ni tak leh ubah, agaknya kalau boring mau ubah gak, buat makeover. Tu yang jadi kes orang buat plastic surgery .

Berat Ku Turun Lagi

Pagi ni sya timbang, berat sya dah turun ke 65.5kg. Alhamdulillah syukur ada juga penurunan. Maklumlah sya penah sangkut kat 67kg hampir 1.5bulan.

Sya mula diet & workout dari 10/11/08 dengan berat 73kg. Tapi masa tu syatka betul-betul jaga diet lagi. Workout pun buat 3kali seminggu jer. Itu sebabnya berat sya lambat nak turun.
Ni yang menyebabkan berat sya nampak laju sikit penurunannya bila :
1. Sya dah mulakan workout pagi dengan ikut DVD Jillian Micheal (Thanks Honey kerana kenal kan pada JM, Thanks Bim kerana bagi cd percuma tu)

2. Sya juga jaga diet sya. Sya lebih banyak makan makanan yang kukus dah panggang. Goreng-goreng sya kurangkan. Lauk lemak say tak ambil langsung

3. Sya dah mula makan nasi. Beberapa bulan lepas sya tak makan nasi langsung. Ganti dengan oat. Tapi nampaknya tak berapa menjadi. Jadi sya makan nasi semula. Selalunya makan beras perang. Kadang-kadang saje sya makan beras biasa, tapi hadkan 1 senduk sahaja.

4. Sya juga ikut nasihat Honey untuk trick badan. Yer sya tukar-tukar workout JM1,JM2 &JM3, buat elliptical interval training. Makan ada hari sya biar berat ni naik. Alhamdulillah menjadi trick tu, badan sya turun dengan banyak juga iaitu 2kg selama sebulan. Sepatutnya saya target hujung bulan ni kena turun 65.8kg, alhamdulillah sya dah capai lebih dari itu tak sampai hujung bulan

Dengan penurunan ni sya lagi bersemangat nak kurus. Sya nak turunkan lagi berat badan ni. Sya target nak capai 55kg by october 2009.

Thursday, April 16, 2009

Merapu Lagi

Lama sungguh sya tak update blog...kesibukan yang teramat sangat..
Ada jugak jengah-jengah blog..baca blog orang lain...

Banyak sungguh peristiwa berlaku minggu lepas...yang paling sedih pun ada..kiranya berita buruk bagi keluarga MIL sya...Kesian tengok MIL..dah tua-tua kena dugaan hebat macam ni. Hubby pun kesian sya tengok..suggul jer muka dia..Hubby sya macam stress sangat..Ketara kat muka Hubby..Nak buat camne..dugaan datang tanpa kita duga...esok kami semua berdebar tunggu keputusan..minta-mintalah nasib menyebelahi ..kalau tak..tak tahu camne MIL nak hadapi...

Nak crita jugak pasal progress diet ni...nanti sya update khas utk perkembangan diet..Bim minta picca transformasi..tapi tak de picca masa betul-betul gemuk..sebab malu amik picca masa gemuk..insyaallah sabtu ni compile semua picca lah, bagi Bim..

Oklah nanti sya post untuk progress diet lak ekk