Friday, May 22, 2009

Perasan Tak

Cuba tengok kat Marsya..ada perasan apa-apa tak



Tak perasan ke..ni pic dekat sikit..perasan tak..



Ni haaa....nampak kan...
Patutlah petang semalam tengok dia kusyuk jer kat H/bag sya
Rupanya dia pakai celak...
Bukan main lagi...agaknya dia selalu tengok kita pakai eye liner kat bawah & atas kelopak mata..


Kalau dah perempuan,perempuan jugak
Tu sebenarnya Marsya siap pakai lipstik..
Nasib tak dikoreknya lipstik tu..

Wednesday, May 20, 2009

Hangin betul

Hangin betul hari ni
nak tahu kenapa

Tengahari tadi bergegas sya balik rumah PIL
sebabnya pukul 1.20pm izzati call bagitau Danny tak nak pergi sekolah
menjerit sya kat danny
mana tak nya
hari ni exam, paper math lak tu
sya pun apa lagi, jadi F1 lah balik rumah PIL
seret dia bawa pergi sekolah
pastu ikut hantar dia sampai dalam kelas
nasib exam baru mula

Bertuah punya anak
Alasan tak nak pergi sekolah
pencil case tak bawa
yang geram nya
orang kat rumah tu semua tak boleh call sya ker
inform yg Danny tak nak pergi sekolah
mengamuk lah sya
abis semua kena marah
dengan Hb pun kena marah dengan sya
padan muka dia
sape suruh Parents dia tak call sya

Lepas geram kat sini lah

BEAUTY AWARD

Beauty Award



Dapat award ni dari POSH..Thanks POSH..bikin wa jadi perasan CANTIK..hahahaha

Syarat nak terima syarat ni:
1.pastikan jantina anda perempuan - Tulin nyah..dari lahir memang Burg_r..bukan sos_j..hehehe

2.copy award n paste kat blog anda - Dah tepek pun..

3.nyatakan 7 sebab kenapa anda bangga jadi perempuan - ok nak perasan cantik jap yer

7 sebab kenapa saya bangga menjadi perempuan/wanita

1. Kerana sya boleh bergaya dengan baju yang pelbagai fesyen..orang lelaki mana ada banyak fesyen hanya tu jer..rugi2...
2. Kerana sya pernah jadi rebutan orang lelaki..hehehe..namun hanya HB ku yang bertuah dapat merebut hati ini..cewahhh..
3. Bila berjalan jer mesti orang pandang..yang perempuan pandang dengan jeles, yang lelaki pandang jeles sebab kenapalah bukan mereka yang dapat sya..hahaha
4.Masa mula-mula masuk kerja ramai member lelaki nak tolong ajarkan.. :)
5.Hubby jaga sya betul-betul sebab takut kena rembat dgn orang lain
6.Cepat kahwin..yer lah umur 22thn dah kawin..rugi oo sapa kawin lambat
7.Hubby sayang sya selalu..kerana hingga kini sya tetap jaga ketrampilan..yelah nak maintain BEAUTIFUL

4.pass award ni kat girlfriend aku yg cun melecun ni:-

1)RL
2)Bim
3)Maira
4)Yun
5)Kaseh

Ini jer kot..sebab yang lain dah kena quote

Monday, May 18, 2009

Terima Kasih Cikgu


Sya nak cerita sikit kenangan masa sekolah sya
Sya rasa tak banyak yang indah
Sebab sya ni tak bijak sangat masa sekolah rendah. Malas yang lebih

Sya masa sekolah rendah memang budak nakal.
Sya pernah melawan cikgu sya. Masa tu sya pun tak tahu kenapa sya benci sangat denga cikgu Ashikin tu..Sya tiap0tiap hari tak buat homework dia , sya melawan dia.
Hingga satu hari sya kena panggil dengan Cikgu Besar..Sya masik ingat lagi nama cikgu tu..Cikgu Nasir
SYa ni jenis tak reti takut..pergi selamba jer jumpa Cikgu besar tu
Tapi sya benar-benar selute cikgu Nasir tu
Dia tak marahkan Sya
Sebaliknya dia cakap dengan sya secara lembut
Kami lebih banyak berbual.
Cikgu nasir tanya tengtang background sya
Kami berbual-bual
Dalam bualan tu Cikgu Nasir selitkan nasihat buat Sya
Kendur juga sya
Dari hari tu sya dah tak melawan cikgu lagi

Lagi seorang cikgu yang sya ingat sampai sekarang ialah CIkgu Latif
Cikgu ni memang best & sempoi
Dari sya Darjah 1 dia suka mengusik sya
Cikgu Latif ni jugak lah yang cadangkan pada pihak sekolah untuk lantik sya jadi pengawas
Pada mulanya mana2 cikgu yang tak suka sya, tak setuju
Tapi cikgu Latif ada missi dia tersendiri
Kata cikgu latif, tujuan dia lantik sya jadi pengawas ialah supaya sya berubah
Berubah jadi pelajar yang baik..tak melawan cikgu & buat homework
Sebabnya ialah kerana.....

Cikgu Latif nampak potensi sya..Sya tak pernah turun kelas, sya dari darjah 1 hingga 6 duduk kat kelas no.1, Sya aktif sukan, segala jenis sukan sya masuk..lumba lari, netball, handball
semua sya masuk
Sya tahu ni pun setelah nak habis darjah 6, cikgu latif beritahu
Memang hakikatnya Cikgu Latif berjaya
Sya dah jadi budak baik sikit..hehehe..tak nakal macam dulu..gaduh & bantai budak lelaki..melawan cikgu..
Bila kenang-kenang semula, Ganaz jugak ni dulu
Nasib dah naik sekolah menengah sya jadi baik, berjaya melanjut pelajar hingga kerja yang bagus sekarang

Dikesempatan ni Sya nak ucapkan Terima Kasih Pada
CIKGU NASIR, GURU BESAR SEKOLAH KEB.PASIR GUDANG 1
DAN
CIKGU LATTIF, dulu juga mengajar di SKPG1

Dan pada semua cikgu-cikgu yang pernah mengajar sya di
SEK.Keb Pasir Gudang 1, Sek. Men. Pasir Gudang 1.


Hadiah Hari Guru


Hari ni dan esok anak-anak ada sambutan Hari Guru di Sekolah Kebangsaan & sekolah agama
Jadi mereka request nak bagi hadiah pada cikgu mereka
Malam selepas solat maghrib kami keluar pergi cari hadiah untuk bagi cikga Izzati & Danny

Ini lah hadiah yang dibeli..Izzati nak 8 hadiah & Danny 6 untuk bagi cikgu mereka

Dah beli tugas Ummi & abah lah kena balutkan hadiah tu semua.
Nak buat camne kan..layan jer lah

Yang pastinya anak-anak sekarang ingat Hari Guru,
Sya terus terang sya katakan sya hanya ingat tarikh hari guru bila sya melahirkan Danny..hehehe
Itu pun bila ada yang kata tarikh lahir Danny sama dengan Hari Guru..
Baru lah sya ingat..hahaha
Terukkan sya..mana taknya..
Dulu setiap kali ada sambutan hari guru mesti sya ponteng sekolah
Lepas tu sya tak pernah bagi hadiah pada cikgu sya
Lagi satu dulu mana ada sambutan besar-besaran macam ni.
Seingat sya masa sekolah menengah baru ada sambutan hari guru

Walau apa pun syukur sekarang anak-anak dah pandai hargai cikgu mereka walaupun ummi & abah yang kena keluar RM untuk belikan hadiah itu semua

Ummi Yun Bagi Baju Baru




Adik sya, baru balik dari Jogja U tempat dia study bawa
Dia belikan anak-anak saudara baju.
Lelaki dapat T-shirt, yang perempuan dapat baju gaun ni.
Cantik juga buat dari kain batik.
Potongan baju tu cantik
Marsya tak sabar-sabar nak pakai juga semalam, walaupun sya cakap pakai bila nak jalan.
Layan jer lah yer picca anak darezz kecik ni melaram

Ahad (17/5/09)


Hari ahad semalam merupakanHome Sweet Home.
Sya duduk rumah jer. ada jemputan kenduri pun sya tak pergi.
Salah satu sebabnya sebab semalam (sabtu) sya masak2 untuk celebrate birthday Danny.
Jadi hari ni penat sikit. Hari ni hari mengemas.
Nasib ada anak-anak..Izzati mengemas rumah siap menyapu & mop lantai.
Danny pun kena kerah tenaga tolong kakak dia mengemas.
Kemudian kena jemur baju

Sya pulak mengemas dapur dan memasak
Lunch kami makan soto baki semalam
Lepas makan sya mulakan project buat donut
Qimie yang nak sangat makan donut ni
Jadi tak nak hampakan permintaan anak2 lah katakan, jadi sya punlah donut
Satu adunan dapat banyak gak lah, sebab sya guna acuan kecik.
Ni sya buat 35 biji donut, baki doh tu sya buat kan Pizza
Sya masak inti pizza..sya main campak jer bahan nya.
sya tumis daging ayam dangan daum bawang dengan olive oil..
pastu sya letak spageti sos, sya campur kan dengan rempah kari ayam
dah garing sikit sya letak italian herb dan perasa..siap
Hubby yang buat kan pizza tu..
Hubby letak dalam dulang tu pastu dia letak inti..sebab yang ada kat rumah hanya cheesedale, jadi itu jer lah yang sya letak kat pizza
Hubby terlebih rajin siap letak cheese kat tepi konon nak buat pizza stuff crust lah tu..
bakar dalam 30minit dengan suhu 180 c..

Donut tu nampak macam banyak..sekali adap jer habis..adalah simpan 2 ketul untuk Marsya sebab dia tido..
simpan dalam peti ais.pagi tadi sya makan separuh donut tu..walaweii..lembut lagi lah..betullah resepi tu kata tetap lembut walaupun simpan dalam peti ais.

Dah makan donut, makan pizza lak..semua makan petang tu..licin semua..heheheh
Lari lagi diet minggu ni..mana tak berat sya dah naik semula ni, asik masak & makan jer.
Abis tu anak-anak tengah ada seleran nak makan, buat kan jer lah ikut selera meraka..

Birthday Danny (16/5/09)


Happy Birthday Danny
16/5/09 merupakan birthday Danny yang ke-9 tahun.
Tak belikan hadiah lagi. Sya hanya masak soto dan buat kek saje untuk dia.
Picca nanti sya letaklah sebab camera tak bawa.
Tak buat party apa2 pun, cuma ajak Ummi sya & adik2 datang rumah malam tu.


Friday, May 15, 2009

Kemaruk....

Entah apa yang merasuk kat sya dua tiga menjak ni lah..nak tau apa sya buat malam tadi..
Taraaa

Sya buat Bun Pandan..ikut resepi dari blog Dapur Tanpa Sempadan.
Sya buat guna hand mixer jer..nak tunggu KA lambat benor tabung gajah nak penuh..hehehe
sebabkan adunan ni lembik sikit jadi sya masukkan dalam loyang muffin..lagi satu sepatutnya atas roti ni letak kaya, tapi sya lupa beli kaya,jadi masa makan tadi anak2 sya letak jem jer..
memang lembut roti ni..ni buat malam tadi siap pukul 11pm..Senang jer cara nak buat, campak kan semua bahan dalam mixer tu..Tapi sya tak makan roti ni, saje buat untuk Anak-anak


Sebelum tu sya buat Banana Choc chip Muffin..Yang ni sya makan..hehehe..2 ketul sekali..

Malam ni nak buat yer..rasanya nak buat jelly buah atau pun puding jagung..kemaruk betul sya ni kan..manalha taknya berat badan slow nak turun..dah dekat 2 minggu dia dok kat situ jer berat ni..



Tuesday, May 12, 2009

Marsya Bergaya



Marsya dah lama minta nak sunglasses. Hari Sabtu malam sya kemas-kemas almari jumpa lah pulak kakak dia punya. Lama betul sunglasses tu dari izzati umur 5 tahun, sekarang dia dah 11 tahun. Apa lagi tukar hak milik lah nampak gayanya. Jadi Marsya punya pulak. Save duit ummi tak yah beli baru..hehehe


Layan jer lah picca Marsya bergaya dengan sunglasses baru dia. Yang bestnya malam pun dia pakai jugak..hehehe

Qimie demam

Sebenarnya dari hari isnin minggu lepas Qimie dah tak berapa sihat. Bila petang jer mula dia demam. Sya hanya bagi makan ubat jer. Hari rabu sya saje bagi dia minum air kelapa. Sekali hari khamis petang lepas balik keja sya terperanjat tengok muka Qimie. Terbakar..macam kena sunburn..

Sya tanya dia ada main panas ker..ye lah Qimie ni memang aktif, tak reti duduk diam, selalu main basikal roung kawasan rumah nenek dia. Tak jawabnya.

Jadi malam tu sya bawa pergi klinik..haa..sah Qimie kena demam campak..doktor pun kata demam campak..Malam tu abis keluar semua campak dia..mengerutu kulit Qimie. Letak lah ubat dari klinik kat dia..


Marsya tengok abang dia macam ni..ada ke dia kata abang dia macam ZOMBI Kg Pisang..sabor jer lah budak kecik tu..Mengamuk abang dia bila adik cakap macam Zombi..

Hari ni tengok dah surut campak dia. Esok bolehlah gi sekolah .

XTVT hari Ahad

Hari ahad semperna hari Ibu, sya rajin sikit..hehehe,
Masak nasi lemak untuk sarapan, kari ayam,ulam timun sambal tempoyak untuk lunch makan kat rumah ummi, buat cup cake lagi. Lupa lak nak amik gambar lauk, yang ada hanya gambar cup cake jer.


Sya buat 2 jenis cup cake iaitu carrot & banana cupcake..pastu letak butter cream cheese. Lupa diet hari tu..hehehe


Dah siap letak kat kek, Marsya makan cream tu macam tu aje..sedap benor lah tu..hehehe..Anak2 dara semua sibuk nak menolong. Biar lah..belajar dari kecik

Petang tu kami pi JJ Bukit Tinggi...



Ada promo Sustagen. Anak-anak semua join game kat situ. Dapat lah depa sorang satu goodies bag. Dalam bag tu ada radio, sample susu & pamplet.

Hari tu sya pakai baju baru..hehehe

Baju ni pakai dengan legging & inner hitam..selamba jer pakai macam ni..hehehe..Biarlah nak malukan apa, yang penting aurat tutup. Hubby pun kata ok pakai macam tu.

Saturday, May 9, 2009

SELAMAT HARI IBU


SYA INGIN MENGUCAPKAN :

SELAMAT HARI IBU BUAT SEMUA RAKAN-RAKAN BLOG DAN RAKAN-RAKAN FORUM


LUV U ALL..MUAHHHHH...

Friday, May 8, 2009

Ummi


Entah kenapa pagi ni hati sya tiba-tiba sayu jer bila dengar Aznil kat Radio Era. Topik pagi ni semperna hari ibu. Sya teringat pada ummi sya. Jadi posting kali ini sya tujukan khas buat ummi yang paling sya sayangi, Pn Zaleha...

Ummi...
Pagi ni Yong rasa sayu sangat. Yong sendiri tak tahu kenapa ummi. Mungkin kah kerana Hari Ibu yang bakal disambut ahad ni...mungkin yer..
Namun sebenarnya Yong Rindu sangat pada Ummi...
Yong rindu nak makan masakan Ummi
Yong rindu nak tidur dengan Ummi
Yong rindu semua yang Yong lalui dulu dari kecik hingga dewasa

Ummi..
Banyak dugaan yang kita tempuh yer selama ni
Dengan hinaan orang pada Ummi
Dengan orang dengki pada Ummi
Dan juga perbuatan ipar-duai pada Ummi
Hanya kerana ketegasan Ummi dibenci oleh ipar-duai
Namun Ummi tetap sabar dan tabah

Ummi..
Yong tahu Ummi susah nak besarkan kami
Masih ingat lagi kan, semasa kita pindah ke Klang dari JB
Masa tu kita benar-benar berada dibawah
Dengan segala hutang..duit tak cukup
Ummi meminjam dari orang..orang hina ummi kerana tak dapat bayar pada waktu yg ummi janjikan
Namun ummi tetap juga selesai kan hutang itu walaupun lambat
Yong tahu Ummi bangun tiap-tiap hari pukul 4am untuk buat nasi lemak
Nasi lemak itu untuk Ummi tumpang jual di kedai india di Andalas
Aid pula pagi-pagi kayuh basikal lebih kurang 3 km ke Andalas untuk hantar nasi lemak sebelum ke sekolah tiap-tiap pagi..
Duit nasi lemak sebanyak RM200 itulah Ummi kirim pada Yong tiap-tiap bulan sebagai belanja Yong masa belajar di Ipoh ..
Memang tak cukup Ummi..hingga tiap-tiap bulan hampir 2 minggu Yong akan ikat perut..
Yong tak ada duit untuk makan..
Yong masih ingat lagi bila kawan-kawan Yong beli makanan kat kedai, Yong kirim kat kawan-kawan beli nasi kosong letak kuah saja, kena RM1.00..
Kerana yong kena jimat sehingga ummi kirim duit bulan depannya..
Bila kawan2 yong makan, yong akan masuk bilik air basuh baju sambil menangis..
Bila kawan2 dah habis makan, baru Yong keluar bilik air & makan nasi kosong
Sebab yong segan.
Itu pun sehari sekali jer Yong makan Ummi
Yong tak nak minta duit, kerana yong tahu Ummi pun tak ada duit

Ummi
Masih ingat lagi kan masa Yong mula-mula kahwin
Sham kena berhenti kerja sebab company tutup
Yong mengandung, hingga hampir melahirkan pun satu barang yong tak dapat adakan
Ummi tolong siapkan sarung tilam, sarung bantal, belikan tilan untuk anak yong
Salwa tolong belikan baju, diaper untuk anak yong
Yong benar-benar terharu
Sebab dikala susah, hanya Ummi dan adik-beradik yong sahaja yang menghulurkan bantuan..
Dari pihak sana..ermmm...tak usah lah nak kenang, buat menambahkan lagi sakit hati
Kesian yong lihat Sham pada waktu itu..sudahlah tiada kerja, tak dapat sediakan peralatan anak, keluarga tak membantu..
Namun Allah tu Maha kaya, seminggu nak melahirkan, Sham dapat duit insuran kerana kemalangan 3 tahun sebelum kamu kahwin..rezeki anak yer Ummi


Ummi
Bila Bizz Ummi berjaya ada pula yang dengki
Ummi dibuat orang, hingga hampir lumpur sebelah badan ummi kerana ilmu hitam yang orang kenakan pada ummi
Namun ummi tetap tabah
Ummi redha dengan semua ini kan
Hingga lingkup Bizz ummi..
Habis semua kena lelong
Habis semua barang kemas Ummi gadai
Namun Ummi tetap tabah

Yong benar-benar sanjungi Ummi
Yong tak sekuat Ummi
Yong tak setabah Ummi
Yong tak tahu bagaimana hidup Yong tanpa Ummi

Ummi
banyak nasihat yang Ummi beri pada yong
Disaat yong hadapi masalah rumahtangga..ummi lah tempat yong mengadu
Walaupun ada kala nya kita tak sependapat..namun Yong tetap hargai & sanjungi Ummi

Ummi
Yong tahu tiada nilai segala pengorbanan yang telah ummi berikan pada kami
Tiada apa yang dapat membalas segala susah payah ummi
Maaf Ummi Yong tak dapat bagi emas berlian, wang berjuta, kekayaan pada Ummi
Namun Yong Janji, selagi Hayat dikandung Badan, Yong akan cuba sedaya upaya untuk membahagiakan Ummi..

TERIMA KASIH UMMI..
Kerana Melahirkan Yong
Kerana Membesarkan Yong
Kerana Memberi Pelajaran Pada Yong
Kerana Mendidik Yong hingga Yong Jadi seperti sekarang
Kerana Bersusah Payah Mencari wang Untuk menyekolahkan Yong
Kerana Bersusah Payah menguruskan majlis perkahwinan Yong dengan keadaan kita yang susah waktu itu
Kerana bersusah payah menjaga Yong selama berpantang melahirkan 4 orang anak
Kerana bersusah payah masa yong selalu sakit pinggang dari kecik hingga kini
Untuk segala-gala nya Ummi

Dah tiada kata-kata lagi yang dapat mengambarkan betapa besar pengorbanan, kasih sayang yang Ummi berikan pada kami



Monday, May 4, 2009

Tag From Lybeau

Tag From Lybeau

Th
e Rules are simple.

  1. Use Google Image to search the answers to the questions below.
  2. Then, you must choose a picture in the first page of result and post it as your answer.
  3. After that tag 12 people.
Q.1 : THE AGE OF YOUR NEXT BIRTHDAY?


Q.2 : PLACE I LIKE TO TRAVEL THE MOST?


Q.3 : My Favourite Food?


Q.4 : NICKNAME THAT I HAVE ?

Q.5 : MY FAV COLOR?


Q.6 : THE CITY I LIVE NOW?


Q.7 : THE PLACE I WAS BORN?

Q.8 : MY COLLEGE MAJOR


Q.9 : MY BAD HABIT?


Q.10 : MY HOBBY?


Q.11 : MY WISH ?
Tak de sapa sya nak tag sebab RL dah tag..hehehe..


Kau Tabahkan Lah Hati ku Ya-Allah

Mengapakah manusia tidak pernah rasa gembira melihat rumahtangga orang lain bahagia. Entah dimana silapnya, dari minggu lepas sya dihujani dengan pelbagai dugaan & cubaan dalam rumahtangga. Sabtu lepas ada mahkluk yang ingin melihat sya & Hb berantakan. Pelbagai fitnah dia kirimkan melalui sms ke hp sya. Entah darimana dia perolehi no hp sya.

Apa faedah yang dia dapat dengan sms pelbagai cerita buruk tentang Hb sya. Apa yang dia mahu sebenarnya. Apa yang dia sakit hati melihat sya dengan Hb bahagia. Apa yang dia mahu sebenarnya...

Bila sya tanya siapa dia, tak mahu jawab. Sya call no hp dia, tak berjawap. Mau saje sya letak no hp dia disini untuk kawan-kawan sya call dia dan tanya apa yang dia mahu.

Sms tu katanya dari seorang lelaki, tapi dari gaya sms, sya tak rasa ia seorang lelaki. Gaya penulisan sms tu gaya seorang perempuan.

Namun Allah telah beri kekuatan pada sya. Alhamdulillah hati sya sedikit pun tak sakit dengan sms tu. Sya dan Hb tidak sedikitpun bergaduh kerana Sms tu. Malahan kami semakin rapat & mesra kerana sms tu.

Entah lah sya sendiri tidak tahu dari mana sya dapat kekuatan ini. Hati sya tenang membaca sms itu. Tidak sedikit pun sya naik marah atau gabrah membaca sms itu. Ya, Allah memang maha penyayang lagi maha mengetahui. Diberi Nya kekuatan & kesabaran pada diri sya.

Setelah hampir 12tahun kami berkahwin, ini lah kali pertama sya dapat sms seperti ini tentang Hb sya. Namun hanya sya yang kenal sia suami sya. Hampir 12 tahun kami tidur bersama, susah senang, kenapa sekrang ada yang tidak senang dengan kebahagiaan kami. Apa kepuasan yang dia dapat kerana cuba porak peranda kan rumahtangga kami..

"YA ALLAH, KAU TABAHKAN HATI KU, KAU KUATKAN LAH IMAN KU DEMI MENEMPUHI DUGAAN IN. KAU BERIKAN LAH KETENANGAN KEPADA KU, KAU BERIKANLAH HIDAYAH DAN PETUNJUK MU KEPADA KU. KAU TUNJUKANLAH PADA KU KEBENARANYA. SESUNGGUHNYA TIDAK PERNAH SEKALI PUN AKU MERASA IRI DAN SAKIT HATI KEPADA MANA UMAT MU ATAS KEBAHAGIAAN & KESENANGAN MEREKA. NAMUN MENGAPA ADA YANG TIDAK SENANG KEPADA KU. NAMUN AKU REDHA YA-ALLAH, JIKA INI DUGAAN YANG INGIN KAU BERIKAN PADA KU UNTUK MENGUJI SEJAUHMANA KEIMANAN KU PADA MU YA-ALLAH. AKAN KU TETAPKAN IMAN KU HANYA PADAMU YA-ALLAH. AMIN YARRABBALALAMIN...."