Friday, July 17, 2009

Rabu 15/07/09- Tayar Kereta Ku DiKempiskan Orang

Hari Rabu lepas, sya cuti kerana ada hal pukul 10am.
Jadi pagi-pagi selepas hantar anak pergi sekolah, sya terus pergi breakfast kat McDonald Kota kemuning.
Sebelum tu sya isi minyak dulu dan beli surat khabar..yerlah breakfast sorang-sorang mesti boring. Baik baca paper
Sya kat McDonal dalam 45minit..then perut rasa memulas lak..skali pergi tandas kotor.
Terus sya tak jadi masuk toilet kat McD0nald tu.
Sya terus drive ke Kesas, sebab sya nak pergi Shah Alam. Kat Highway tu ada petrol statsion dan tandas awam kan, jadi tuju ke situ lah..nak membuang hajat..hehe
Sya berhenti kat tandas sebelah shell..then settle..
Sya lepak dalam kereta dulu..dalam 9.15am baru lah sya pergi rumah orang yang sya janji tu
Sya kat situ sehari..dari pagi hingga petang
Then lepas keluar lunch, ada yang tegur,,tayar kereta sya kempis
Pelik jugak sya..rasanya pagi tadi check elok jer
Sya pun pergi lah pam dulu kat Esso..masa sya bukak penutup tiub tu untuk isi angin, sya perasan ada satu getah kecik disumbat dalam tiub tu..menyebabkan tak boleh pam. Sya pun korek dan tanggalkan getah tu, sebab sya pelik, kat tayar lain takde pun getah kecik tu.
Lepas dah boleh pam, sya pergi semula kerumah tu.
Malam balik rumah sya cerita pada HB sya..terperanjat Hb sya..dia kata itu orang aniya tu..
Taktik orang untuk aniaya pemandu perempuan. Mereka kempis kan tayar.
Perempuan kan cepat gabrah, jadi mereka harap, bila sya tengok tayar kempis, sya akan stop tepi jln. Mungkin masa tu mereka akan bertindak
Syukur sya perasan tayar tu kempis masa tengahari. Cuba masa balik malam baru sya perasan, tak tahu lah apa terjadi.
Sya rasa orang tu dah tengok sya dari McDonald lah , then mungkin dia follow sya ke Shell, agaknya masa sya masuk toilet tu dia buat kerja. Yerlah sya parking kat kawasan rehat..kiri kana kereta sya ada kereta lain parking.

Jadi lepas ni sya akan lebih berhati-hati, sebab sya selalu keluar pergi site, drive kesana-sini sendiri.