Friday, August 28, 2009

Ramadhan Ke-7

Salam semua. Semalam hingga pagi ni hujan kan..lebat sungguh. Hujan rahmat tu..

Semalam sya tak dapat pergi bazar yang selalu pergi,sebab hujan. Jadi kami hanya singgah bazar berhampiran rumah sya. Beli kuih jer,Beli popia & badak berendam. Sampai rumah cepat-cepat sya masak. Semalam sya ingat nak masak speghetti skali tgk tak de stok lak, jadi gantikan dengan macaroni.Sos sya gunaprego cendawan, letak ayam cincang, tambah italian herbs & sosej saje..siap..hehe

Tapi 11pm HB masak sayur,goreng tempe & ikan goreng sebab Hb nak makan nasi jugak. SYa lak tak kisah tak makan nasi. Hb mesti nak makan nasi..ermmm..nasib dia rajin masak..

Sahur lak sya hanya masak nasi goreng kampung & telur dadar..ni kes malas nak masak lah...mengantuk sesangat sya rasa. Malam tadi sakit kepala & sya makan panadol tu yg bangun pagi 4.30am,sebab mata tak leh nak bukak. Oklah tu ada gak benda panas untuk HB & anak-anak makan.

SYa sekarang memang liat lah nak letak pic..mesti tak meriahkan blog kalau tak de pic..bukan apa..mood tu tak de lah...

Ni sekarang project nak gunting baju kurung anak2. Asik terganggu jer..Baru gunting lengan, Marsya datang mengacau. Payah sungguh. Insyaallah Sabtu & Ahad ni sya kena habiskanjuga menggunting semua baju. Sebab 1 minggu akhir puasa sya nak buat kuih lak. SO kena siapkan jahit baju sya & anak2 dalam 2 minggu ni. Harap2 sempat lah sya siapkan semua. Nasib buat baju kurung jer..sebab tu jer pun yang tahu,,,hehehe

Thursday, August 27, 2009

Ramadhan Ke-6

Lama sungguh sya tak mengomel kat sini. Bukan apa, tak de idea nak cerita apa. Padahal pic banyak gak snap. Nantilah next sya cerita pasal hubby wat bumbung belakang umah. Pic kat Hb lah pulak

Ramadhan kali ni sya cuba untuk buat yang terbaik..Insyaallah...

Disebabkan kami kerja, jadi memang tak masaklah untuk berbuka. Biasanya kami akan beli kuih2 dan juadah ringan2 di Bazar Ramadhan.Bak kata orang, wat lapik perut. Then lepas solat barulah masak. Yang makan pun hanya Hb & anak2 jer..sebab sya memang jarang makan berulang bulan puasa.

Sahur sya bangun 4am untuk sediakan makanan..masak sayur, panaskan lauk masak malam tadi, buat air. Bila semua dah siap barulah sya kejut HB & anak2.

Itulah rutin bulan Ramadhan ni

Letih, memang letih, sebab sya tidor lambat. Tapi sya puas hati, sebab dapat sediakan semua untuk keluarga sya. Lagi satu jiran sya ni selalu bagi juadah berbuka, segan lah pulak kalau sya tak masak apa2 kan. Sebab tu kalau sabtu & ahad, sya masak lebih sikit, mesti ada kuih2.

Masa hari pertma puasa, sya berbuka kat rumah umie sya, berkumpul adik-beradik. Lama sungguh tak dapat berkumpul semua adik-beradik. Kecoh jadinya rumah umie. Sya tengok muka umie dan bapak ceria je. Gembira.

Oklah..stop sini dulu..sebabnya ni wat posting dari office..mampus bos masuk claim tak siap lagi..patutnya hantar hari ni..sya tangguh hantar esok...hehe

Nanti2 kalau boring sya mengomel lagi ekk..sebabnya sya keja kat office sorang2...bosan tau..sunyi jer...

Friday, August 21, 2009

SELAMAT BERPUASA

SYA MENGUCAPKAN SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA BUAT SEMUA SAHABAT. MAAFKAN JIKA ADA KESILAPAN DAN KESALAHAN SYA.

SEMOGA RAMADHAN INI MEMBERI KEBERKATAN KEPADA KITA SEMUA

Monday, August 3, 2009

Wan Hazim Zulhaqimie





Sya nak cerita sikit pasal Qimie.
Qimie anak ketiga dari 4 adik beradik. Lahir kat klinik Bersalin Razif Norana, Klang.
Qimie ni sya bersalin on duedate dia, sya minta induce, sebab dah tak larat bawa perut..hehehe.
Lagi 1 nak tarikh 1hb, senang nak ingat. Sya selalu kena false signal. Tu yang minta bersalin dari dr.

Hari 1/8/09, Hari jumaat. Pagi-pagi memang ada appointment dengan Dr, untuk check-up. Lepas c-up, cakap dengan Dr, nak bersalin hari ni. Dr check bukaan, dah ok. So Dr kata boleh masuk ward, Tapi Dr suruh pi lunch dulu.

Lepas lunch sya pun daftar kan diri untuk bersalain..hehehe..

Procedure macam selalu, check-in, pilih pilih. Sebabkan bilik belum dapat lagi, depa letak sya kat open ward sekejap. Tukar uniform then masuk ubat utk poo-poo. Lepas masuk ubat, sya pun pi lah toilet. Tak nak lak poo-poo, jenuh tunggu.Lepas semua dah selesai, sya gi balik kat katil.

Skali nurse suruh masuk labor room, tapi HB belum datang lagi, sbb amik beg & barang2. Nurse ckp tak pe, nanti depa inform HB.

Sya pun melangkah dengan berat kaki. Seriau pun ada sebenarnya. Yer lah , tak sakit apa2, tup-tup nak beranak. Dah target mesti sakit lebih ni..hehehe

Bila dah masuk labor room, seperi biasa, sya diinduce, masuk drip. Pastu sorang Dr ni masuk, Dr apa lak namanya , lupa lah, Dr india, Dia cuba nak pecahkan air tuban, tapi tak boleh katanya. Hb dah ada dengan sya.

Hampir 2 jam sya tunggu, tak juga rasa sakit nak bersalin. Siap sya tak kasi Hb gi Solat, yerlah masuk wad dalam 1pm, ingatkan dalam 2 jam settle. Skali dah dua jam, abuk tak tak rasa.

Then bila Dr tukar shif masuk Dr. lain, skali sya bgtau lah air tuban belum pecahkan. Dr tanya nurse kenapa tak pecahkan, nurse bgtau, 1st Dr kata tak leh pecahkan masa ida cuba. then 2nd Dr ni pun trylah pecahkan, senang jer.Tau2 dah basah..hehehe...

Bila air tuban dah pecah barulah mula rasa sakit. Dalam 1 jam lepas air tuban pecah, rasa sakit dah mula menggila. Tapi bukaan belum besar lagi. Nurse inect kat peha ni, depa suruh tidor. Lepas inject tu, lelap lah sekejap, tapi sekejap jer. Then mulalah pertarungan.

Sakit dah mula rasa, ada sorang senior nurse india ni, dia baru jer lepas tengok sya,dia keluar sekajap. Masa tu sya dah rasa sakit sangat. Masuk nurse melayu, dia tengok sya dah sakit, dia pun terus sheck bawah..tehnnn.. Full..

Nurse ni dengan tenangnya suruh sya teran bila rasa sakit, meanwhile dia pasang besi untuk letak kaki kita. Bila dah siap letak palang tu, kaki sya pun diltakkan kat palang tu. Katil bawah pun dibuka. Dr masuk. Sya ingat lagi nama dr ni. Dr Arissa. Kecik jer Dr ni. Rendah. Bersalin kali ni Dr tak gunting, Dr nak suruh normal, tak yah gunting bawah. Sya pun meneran lah, Payah sungguh nak keluar. Skali dr suruh teran kuat2..sya pun sekuat tenaga teran lah..

Sekaliiiii..bedebus anak sya keluar..bukan sikit2..sekali keluar satu badan, terbang . Nasib Dr sempat sambut. Yer lah baby dah lah licin kan. Dr sambut anak sya betul2 atas riba dia..Nasib Dr ni cekap. Mengucap Dr. Siap Dr kata " Anak awak terbang lah." hehe..dalam sakit tu sempat Dr wat lawak

Sya ingatkan besar lah anak sya ni, sebab payah nak keluar, skali setakat 2.90kg jer. Yg besar kepala hehehe..tu sebab jenuh nak teran. Qimie selamat dilahirkan 4pm.

Dah abis bab bersalin, sya nak cerita bab yang mencemaskan

Genap seminggu umur qimie satu insiden yang hampir meragut nyawa dia berlaku. Masa tu tengahari, dalam 2pm. Sya baru sudah bagi Qimie minum air masak sebab cuaca panas & sya makan jamu, tu yang sya bagi dia air masak gak. Lepas tu sya buka bedung Qimie, sya letak dia atas tilam, sya masa tu kat ruang tamu. qimie kat atas tilam atas lantai, sya baring atas sofa. Skali sya pandang Qimie, dia mengiring kekanan, membelakangkan sya, sya tengok tangan dia terangkat2. Sya pubpusingkan dia, tup2 sya tengok air keluar dari mulut dia. Qimie hampir lemas. Cepat2 sya angkat qimie, sye tepuk belakang dia, air keluar dari mulut Qimie, Sya dah gabra. Masa tu hanya tinggal sya dgn bapak, bapak lak ada kat bi.lik atas. Sya tonggeng Qimie atas kaki sya, sambil tepuk belakang dia. Sya panggil nama Qimie

Yang sya sedih, bila tengok muka & mata Qimie. BIla sya panggil dia buka mata, then tuup semula. Lidah dah terkeluar. Sya call Ummi di kedai, minta balik rumah . Ummi kata ya..Then sya teruskan panggil & tepuk qimie. Dalam 5 minit ummi tak sampai jugak. Sya dah hampir histeria tengok anak. Sya call lagi ummi meraung dah masa tu. Minta ummi balik cepat. Rupanya nya lepas sya call yg pertama tu, ummi boleh sambung makan lunch, dia ingat tak de apa2. Bila sya call kali kedua, menjerit2, baru ummi bergags balik. Dalam 5 minit ummi sampai dgn adik sya. Terus amik Qimie dari sya, ummi & adik sya bergegas ke Klinik. Sya tinggal kat rumah menangis sorang2. Sya call Hb, dah tak leh cakap apa lagi. Sya cuma ckp, Qimie2,then menangis. Hb terus balik dari ofis kat Gombak ke klang. Tak tahu berapa laju Hb bawa, tak sampai 30min Hb sampai rumah. Sya suruh Hb ke Klinik

Hampir 2 jam Qimie kat klinik. Bila balik, sya terus ambil anak. Syukur Qimie selamat. Dr kata Qimie hampir lemas. Syukur masa tu sya tak tidor. Itu yang banyak kes, baby meninggal sebab lemas susu. Sejak dari itu Sya memang jaga bila lepas bagi Qimie susu or air. Sebab lepas kejadian tu, ada 3 kali juga qimie muntah susu lepas dia minum.



Ni pic Qimie masa masuk Hospital Pantai Klang Tahun 2008, sebab kena asma. Kiranya 2 kali dah Qimie masuk wad sebab asma. Qimie kena 1st attack masa umur 3 tahun. Puncanya dia berendam lama dalam air yg sejuk kat Jeram Toi, Jelebu. Balim dia kena attack. Dah nasib lah pulak dia sorang kena asma dalam keluarga. Qimie kiranya teruk jugak dulu kena attack. Syukur sekrang dah kurang. Sekarang kami masih mencari ubat yang mujarab untuk hilangkan asma Qimie. Moga 1 hari nanti, qimie sembuh dari Asma ni.

Aktiviti Ahad 2/8/09

Hari ahad kami tak kemana-mana. Sebab sabtu dah jalan-jalan, maka ahad hanya dok rumah jer.Bila dah kat rumah, apa lagi aktiviti sya, memasak jer lah.

Untuk breakfast, HB buat cekodok. Then kami keluar pergi beli lauk basah

Untuk Lunch sya masak Udang masak Lemak nyonya, sayur tumis dan ikan goreng.



Lepas dah siap untuk lunch, sya mulakan pulak projek buat cupcake untuk Qimie bawa ke sekolah isnin. Jika 1/8/09 sya buat marble kek, jadi kali ni sya buat coklat cake kukus lak. Jimat elektrik sikit, kalau tak mau En HB jegeh bijik mata tengok bil..heheh..




Disebabkan kukus dah siap tengek atas dapur, sya bancuh sekali adunan Apam Indon..ni sya dapat dari Myr. Sedap gak apam ni.


Jadi kesimpulannya, hari Ahad aktiviti sya hanya untuk menaikan berat badan jer lah..hehehe. Nasib tengah red flag. Minggu ni kena diet & workout semula. Kalau tak mau macam belon naik berat badan ni.

HAPPY BIRTHDAY QIMIE (1/8/09)

Sabtu 1/8/09, merupakan Birthday anak sya yang no.3, Qimie ke-6tahun. Tahun ni sya tak buat apa-apa majlis or makan2. Sya hanya buat cup-cake jer.

Memang sya letih & mengantuk sangat hari tu. Yer lah Sya mula buat cupcake tu pukul 12am sabtu tu. Siap letak cream pukul 6.30am. Then terus mandi sebab nak kerja. Mengantuk sesangat. Tapi demi anak kan, korbankan segala rehat.

Kami hanya tiup lilin kat rumah MIL sya jer. Sebabnya lepas tu kami terus keluar, bawa anakanak gi Mines. Tu yang adik sya call tanya tak buat makan2 ker, sebab pakcik sya dan adik2 sya semua pergi rumah ummi sya, lepak sana. Yhen pakcik sya tanya dgn adik sya, mana sya, tahun ni tak buat makan2 ker, kalau tak biasanya setiap birthday anak2 sya akan masak..hehehtahun ni untuk Qimie tak de lah masak2. Letih.

The Mines Shopping Complex

Petangnya kami terus ke Mines. Tak masuk Wonderland pun, hanya kat shopping compleks jer . Then untuk seronokkan birthday boy, kami naiklah bot, keliling tasik.





Ni sya bagi sekolah tadika Haqimie, untuk kawan-kawan dia. Tahun ni kan last dia sekolah tadika. Insyaallah tahun depan dah Tahun 1.


PaintBall


19 July lepas, company HB ada buat match Paint Ball. HB joint. Pagi2 lagi kami dah keluar untuk pergi tempat game ni. Kat kepong kalau tak silap. Lupa sebenarnya..maklumlah dah lama..

HB kalah..Tapi yang tak bestnya, habis baju kami semua kena color peluru tu. Kami yang diri kat luar pun kena, apakan lagi yang main. Tension betul. Balik rumah rendam & basuh baju anak-anak...abis bertompok2 macam kena klorok. Padahal hanya rendam dengan sabun jer. Yang mana part kena color tu semua turun warna. Bertompok-tompok.

Selangor Juara Liga Super


Layan jer lah yer..lambat nak update..bz sangat kebelakangan ni

Sya kan penyokong Selangor, jadi memang selalu lah pergi tengok match kat stadium.
Ni masa Selangor jadi Juara Liga. Bangga sehhh..yer lah pertama kali julang Piala Liga.

Lepas ni nak buru Juara Piala Malaysia. Nak rekod 4 piala tahun ni.

Selangor Boleh...hehehe