Saturday, October 31, 2009

Kena Attack Lagi


Mata kuyu kan..
sebabnya Qimie kena attack athma lagi hari ni

Susah hati sungguh lah Qimie ni..
Dalam bulan ni dah 2 kali kena attack.
Esok dah lah QImie ada Hari Penyampaian Hadiah Dan persembahan
Kesian lak dia,
Dah tiap2 hari dia buat latihan
tup-tup kena attack lak
Tahun lepas pun Qimie tak dapat buat persembahan sebab kena attack
Ni kena juga

Tapi kesian lak kalau tak kasi dia pergi
Dah lah tahun ni tahun akhir dia kat tadika
Kami akan hantar jugak lah esok dia
Kami akan inform cikgu qimie tentang keadaan dia

Dah sakit-sakit ni asik memerap jer
Nak tidur pun nak atas riba sya
Ni baru bagi makan ubat..
ubat athma,kahak,selsema,batuk dan demam
amik ko 5 jenis ubat sekali makan
ni kalau tengok nafas QImie ketat @ susah nak bernafas
kenalah sya bagi dia inhaler

Ada yang kata kasi makan hati unta
Mana lah nak cari hati unta

Thursday, October 29, 2009

Rumah Ku Syurga Ku

Hari ini tak tahu nak tulis apa..Bila sya belek-belek camera tengok ada sygua ambil gambar ruang tamu dan ruang makan rumah sya.

Ok lah hari sya tepek gambar rumah sya lah kat sini. Rumah sya ni tak de lah besar mana. Rumah teres dua tingkat je. Cuma sya rasa bangga sebab kami berjaya membeli rumah ni masa usia kami suami isteri masih muda lagi

Sya masih ingat lagi, kami bayar wang pendahuluan rumah ni 2 hari sebelum sya bersalinkan anak no.2 iaitu pada tahun 2000. Masa tu sya berumur 25 tahun. Duit muka dari hasil simpanan sya. Bakinya baru kami suami isteri berkongsi. Untuk pengetahun semua, sya dengan suami kongsi bayar segala-galanya. Macam duit kereta & rumah, kami akan bayar sorang separuh. Insuran anak-anak pun kami tanggung bersama.

2 tahun kemudian rumah ni siap. Lewat sedikit dari jangkaan. Yang seronoknya, rumah sya phase 1 lewat siap, phase 2 siap awal. Yang phase 2 kena bayar beribu2 jugak lah untuk dapatkan kunci. Sya pulak dengan suami dapat hampir 12ribu claim sebab developer lambat siap..hehe..itu pun bila kami semak S&P baru perasan ada clause tersebut. Kami pun apa lagi, siapkan kerta kerja , bersama kiraan lewat berapa hari, berapa kami dapat. Mulanya developer berkeras tak mahu bayar sebanyak mana yang kami claim. Kami bawa kes ke Tribunal Pengguna. Masuk mahkamah, kami menang. Ada ke alasan developer mereka hanya nak bayar 20% dari tuntutan kami kerana merasa dalam proses memohon kelulusan extension of time dari Syarikat Perumaha Negara. Hakim tak setuju dengan mereka. Jadi Kami dapatlah tuntutan yang sepatutnya kami dapat.

Rumah sya ni ada lah buat sikit renevation. Tapi semua HB sya buat sendiri. Kami tak mampu nak buat sekali arong, yang kami ada kepandaian &kemahiran.Maklumlah seuami isteri kerja contractor.jadi HB ambil keputusn renovate sendri. Tapi tak lah cantik mana.Buat sikit2. Sya tak kisah. Biarlah orang mengata , bagi kami, kami ikut kemampuan.



Ni ruang tamu. Jangan tak caya, langsir dan sarung kusyen tu semua HB sya jahit yer. Langsir tu sya kirakan & ajar macamana nak gunting dan sambung, Hb jahit. Sya belajar dari mak sya yang memang pernah buka kedai langsir.

Nampak tak PC tu..kat situ lah selalu sya lepak malam2. Kalau tak kat situ, sya guna lappy. Sya sedang berjinak-jinak dengan sesuatu yang memerlukan kami online. Maklumlah nak tambah pendapatan. Nanti sya ceritalah apa yang kami buat yer.
Ni ruang menonton. Sebenarnya atas ada ruang keluarga, tapi Hb tak nak. Hb nak biar menonton kat bawah. Ruang atas tu Hb jadikan tempat letak barang2 sekolah anak. Tv atas pun jarang guna. Hanya Qimie yg rajin guna untuk main PS2.


Ni ruang makan. Sya sebenarnya lebih suka letak kat dapur. Tapi Hb tak nak. Hb lak suka dapur lapang.

Ni jer lah buat masa ni. Nanti2 sya tepek pic dapur lak ye.

Harap jangan ada yang salah sangka yer. Niat sya hanya nak berkongsi kehidupan sya dengan rakan-rakan. Takkan lah bila rumah banglo baru boleh tunjuk kan. Rumah teres pun boleh gak kan.kan..kan.

Wednesday, October 28, 2009

Catcheye

#-* STICKY ENTRY*-#


Sya ni tak pernah join apa..kali ni nak join Catcheye lah

Apa dia Catcheye..lebih kurang Nufnang gak lah..Nak tahu lebih lanjut klik sini..


Jom lah ramai-ramai join..Semua Rakyat Malaysia Dialu-alukan..

Sya ni orang dah ramai join Nufnang..sya tak jugak..bukan apa hari tu halfway tengah fill untuk join pastu pc hang, langsung senyap..Nanti2 sya nak join gak lah

Buat masa ni Jom kawan-kawan join CATCHEYE...

Tuesday, October 27, 2009

Kemas Sawang

DIsebabkan nak kembalikan mood berblog...sya kemas sawang dan rumah ni..hehe

Kita tukar cat dan langsir ekkk...

Nanti2 kalau rasa boring, kita pi SSF..deco lagi rumah ni yer...
-deleted-

Monday, October 26, 2009




Nak masukkan cerita ni lama dah sebenarnya..dah basi dah pun..hehe

Raya hari tu sya pergi Pasir Gudang..mungkin ada yang tau kot, sya ni dibesarkan di Pasir Gudang. Umur 18 baru kami sekeluarga pindah semula balik Klang

Lama dah sya tak ke Pasir Gudang..Hampir 12 tahun..Kali ni pun sebenarnya tak rancang nak beraya ke PG..semua ni kerana bawa mertua nak tengok adik ipar masuk hospital..Dah alang2 gitu sya pergilah PG

Sya bawa anak2 tengok tempat sekolah sya dari sekolah rendah hingga menengah..

Dan sya juga akhirnya jumpa jumpa kawan family sya yang rapat..lama sya tak jumpa mereka dari sya pindah ke Klang..dah 16 tahun..akhirnya jumpa juga..
Korang perasan tak sape makcik & anak lelaki kat dalam pic ni..
Tak tahu nak letak tajuk apa...sebab lama sungguh tak update blog
macam2 jadi..sya lak tu asik sakit jer..migrain lah, demam lah..

Lagi satu sekarang sya online guna celcom broadband..punyalah slow nak letak gambar..tu yang wat liat nak update blog

Tadi sya benar2 gram dengan Razak, kawan yang menipu sya
Dia dengan Bongkaknya email lat hb sya & cakap yang dia tak kan bayar duit kami sebanyak RM6600..Ya Allah menggigil sya menahan marah dengan RAZAK ni

Sya dah tak tahu nak wat apa2..

Ya Allah Kau berilah petunjuk pada Hambamu ini...