Saturday, December 19, 2009

Azam Dan Impian


Kini Tahun baru Hijrah telah melangkah...tinggal tahun baru masihi pulak menanti untuk menyapa..

Apakah semua azam dan impian kita dah tercapai

Tidak..ye itu jawapan Sya
Tak semua tercapai..
Bukan tidak berusaha untuk mencapai
Dah berusaha
Namun tidak cukup
Ada yang Sya terleka
Ada yang Sya usaha habis-habisan
Namun tak semua kita dapat capai

Tidak mengapa..
Mungkin belum rezeki Sya lagi
Insyaallah
Akan Sya usaha lebih kuat lagi tahun baru ni
Takkan sya lupakan impian yang belum tercapai
Bagi yang dah tercapai
Syukur Alhamdulillah

Tahun ni begitu banyak dugaan yang Sya dan suami hadapi
Dengan masalah rumahtangga..masalah kerja..masalah keluarga
Dengan kejadian rumah dimasuki pencuri
Dengan Arwah Bapa mertua meninggal
Dengan masalah kesihatan

Namun semua ini ada hikmahnya
Benar kata semua..
Allah tidak akan menduga kita umatnya lebih dari yang kita mampu

Allah menduga kami dengan masalah rumahtangga dengan kehadiran orang ketiga
Dan hikmahnya..kami lebih rapat & menghargai satu sama lain lebih dari sebelumnya
Ini semua asam garam rumahtangga

Allah duga kami dengan ditipu kawan sendiri..wang kami hingga kini tidak dapat
Dan hikmahnya...Allah tunjukan siapa kawan siapa lawan..
Dan Allah bukakan kami lain pintu rezeki

Allah duga kami dengan kecurian
Hanya Allah yang lebih mengetahui..
Kami hanya berdoa moga Allah gantikan kami dengan yang lebih baik..

Allah duga sya dengan masalah kesihatan
Mungkin Allah nak beri peluang menghapuskan dosa2 sya..
Dan mahu menjadikan sya Umat Islam yang lebih beriman..InsyaAllah

Hanya satu harapan sya..
Semoga tahun baru ini menjadi tahun yang lebih baik dari sebelumnya
Semoga tahun baru ini menjadikan sya umat Islam yang lebih baik,lebih beriman..

Amin

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1431

Tuesday, December 8, 2009

Al-Fatihah


Sya nak memberitahu bahawa
Bapa Mertua Sya dah kembali kerahmahtullah
Pada hari Isnin, 7 dec 2009, jam 3.20pm
Majlis kebumi akan diadakan pada pagi 8 Dec 2009, jam 8am

Harap rakan-rakan dapat menyedekahkan Al-fatihah kepada Arwah Mat Said b. Sukardi.


Saturday, December 5, 2009

Keputusan


Setelah dipikir, dikaji..akhirnya
Sya mengambil keputusan untuk berhenti kerja

Sebenarnya Dr kat Hospital Pantai ada bagi cadangan
1. Tukar kerja lain..ermm nak tukar kerja mana lagi..sama jer semua...
Selagi kerja construction line tetap stress yang sama

2. Berhenti kerja..,mulanya memang tak nak ..tapi bila sakit kepala ni makin teruk, tak baik2..
masuk je kerja, sakit migrain datang lagi..baik sya berhenti
HB memang tak kasi, sebab hutang banyak,..maklum lah semua berhutang..tanggungjawab banyak..

Tapi sya terpaksa berhenti..
Dari asik MC jer..buat orang marah..
Baik kita tarik diri

Tapi sya tak duduk diam je kat rumah
Sya buat Forex

Yerr..sya sebenarnya dah hampir 1/2 tahun jadi trader
Sya trader forex
Alhamdulillah
Modal sya kecik je..maklumlah RM tak banyak..
Sya mulakan dengan modal RM370.00 untuk 100usd
Buat masa ni bolehlah dapat sehari 100usd...
kadang-kadang ada gak rugi
yerlah perniagaan mana yang tak rugi
kita belajar dari kesilapan dan kerugian
ini semua menjadikan kita matang

Kerana itulah sya berani ambil keputusan ni..

Lagi satu sebab kenapa sya nak resign kerana kesihatan MIL & FIL

Sekarang bapa mertua sya dalam keadaan tenat juga
FIL sya sakit barah hati
dah tenat juga
sedih sya tengok keadaan Abah
nanti kalau ada pic sya letak ye

MIL sya jaga FIL kat rumah sekarang
MIL sya pun dah tak sihat
2 minggu lepas MIL masuk hospital

Jadi sya kena amik tindakan ni
Kerana anak2 semua sekolah kat kg HB
balik sekolah transit kat rumah MIL
kesian pada MIL sya
penat dia nak jaga suami..nak jaga cucu
lagi adik ipar sya baru bersalin..nanti anak dia pun bagi MIL sya jaga
Biar lah sya berkorban

Yerlah..sya menantu..walaupun anak2 sya tu cucu dia juga..tapi lain lah rasa
kita yang tak sedap hati
bila kakak HB dok kata kesian mak dia penat jaga abah & cucu
sya terasa
yg cucu lain tu dari anak perempuan dia.
yer lah seperti yg sya penah cerita dulu suami sya ni kesian
malas lah nak cerita lagi..buat sakit hati

Insyaallah tahun depan sya jadi suri rumah sepenuhmasa
Sya harap kawan-kawan dapat doakan sya yer
Semoga keputusan sya ini tepat
Sya lakukan pengorbanan ni semua kerana keluarga dan kesihatan diri
Doakan rezeki sya murah ya..setelah musibah yang melanda