Saturday, October 30, 2010

Cerita Yang Tak Sedap Untuk Dikongsi

 Jangan salah sangka bila ada yang baca posting sya "Mengapa..Mengapa"
Ia tidak ada kena mengena dengan diri Sya 
Sebenarnya sya menulis berdasarkan pemerhatian
Memerhati orang disekeliling sya

Ada cerita yang sya nak kongsikan sebenarnya
Cerita yang sebenarnya tak sedap untuk dikongsi
Tapi hanya untuk direnung dan difikirkan

Kisah ini mengenai seorang kenalan sya
Biarlah sya gelar dia K

Sya mengenali K hampir lapan tahun
Kami tak rapat..hanya kenal gitu-gitu sahaja
Sebelum ini sya & suami selalu mengangumi K & suami L
Mereka yang kami kenal dahulu hanya satu keluarga yang sederhana
Mereka hanya mempunyai sebuah motor & sebuah kereta nasional sahaja
L baru sahaja set-up bizz
K hanya surirumah
Dahulu sebelum mempunyai bizz sendiri pasangan ini hanyalah pekerja kilang elektronik
Yanga mana masing-masing bekerja ikut shift
Tinggal mennyewa di satu  kawasan kg
Namun nasib mereka berubah apabila abang kepada L mengeluarkan modal untuk L memulakan perniagaan
Makin lama perniagaan L maju
Dari hanya syarikat Enterprise..kini sudah Sdn Bhd
Dari hanya mula Satu kini sudah ada 4 lagi syarikat
Bangga kan bila lihat orang melayu berjaya
Dari kereta nasional kita sudah ada 2 kereta mewah

Namun itu dengan semua yang ada telah merubah segalanya
Sya tak sangka perbualan sya dengan K telah merungkai segala rahsia yang dipendam selama ini
Rupanya sudah hampir 3 tahun K menderita
L main kayu 3
L sudah ada kekasih lain
L mengakui sendiri dengan K
K sudah beikhtiar..pergi pejabat agama
Ada sessi kaunseling
L berubah ..namun hanya seketika
L tak sanggup meninggalkan kekasihnya yang mana dahulu sanggup meninggalkan suami & anak2 demi kerana L
Kerana itu L rasa bertanggungjawb terhadap kekasihnya
Namun L tidak tahu sebenarnya dalam masa bercinta dengan L,kekasihnya ada kekasih lain
Ini semua diakui oleh perempuan itu kepada K
Apalah perasaan K bila dihubungi sendiri oleh perempuan tersebut
Apabila telah bercinta segala kata kekasih diikuti L
Jika dulu K menggunakan credit card..kini tidak lagi
Alasan yang diberi oleh perempuan itu pada K..diulangi sekali lagi ye perempuan tu dengan berani call K dan memberitahu dia yang menyuruh L potong C.card K kerana K berbelanja ikut suka dan menyusahkan L utk bayar
Itu dikatakan sendiri oleh perempuan tersebut pada K

Jika dulu K guna postpaid..kini dia guna prepaid
Alasan perempuan tu K call ramai orang kesian L nak mebayar
Betapa berani perempuan sekarang ye

K tidak diam kan diri sahaja
K berjumpa Lawyer
Atas nasihat Lawyer K buat perjanjian untuk berpoligami
Namun tidak dipersetujui L

Entah lah
banyak lagi yang diluahkan sebenarnya
Tapi tak termampu lagi sya nak tulis disini
Kerana kasihan mengenang nasib Wanita & Isteri
Masa susah Isteri yang berada disisi
Isterilah yang menjadi penyokong suami
Isterilah yang memberi semangat
Isterilah yang membantu suami
Namun apabilla sudah senang & kaya
Mengapa perempuan lain yang berada disisi
Mengapa perempuan lain yang dibawa kehulu-hilir
Isteri & anak-anak dibiarkan urus hal sendiri
Memang benar K diberi kereta mewah..cukup makan pakai
Namun bagaimana dengan kasih sayang & tanggungjawab

Ooo lelaki.ooo suami..
Entah lah..inilah asam garam kehidupan

3 comments:

eyndayusoff said...

Simpati dgn K...semoga jadi pengajaran utk kita....dan mintak dijauhkan kita dari dugaan macam ni...

uMMisYa said...

mmg kesian eynda..pompuan tu boleh call K & cakap K kedekut suami dia..apa salahnya kongsi..yg jd masaalahnya mereka x nak nikah..

perempuan tu kata dosa dia dan L biar meeka yang tanggung..K tak payah sibuk..

POSH76 said...

bila senang manusia mudah lupa ni ler jadinyer