Friday, January 29, 2010

Dah jumaat ye 
Petang ni lepas anak2 balik sekolah dalam jam 7pm 
kami nak bertolak ke Melaka

Nak bercuti
Moga perjalanan kami lancar lah hendaknya

Sya ni jarang pergi melaka
tak mahir pun
tak pernah lagi bercuti & tidor hotel kat melaka

Nanti-nanti sya update cerita bercuti di Melaka yer


Geramnyaa

Ni nak cerita sikit 
Nak lepaskan geram

Petang semalam masa sya balik umah MIL
Tengok syok dok layan cerita senetron Tv9,cerita pasal si Attar kawin 3..
Tiba-tiba anak sya bukak satu cerita yang membuatkan sya mengamuk dalam rumah tu

Nak tau pasal apa

Ni haa...tadi ada 3 orang salesman Cina
Datang umah MIL sya
Bertunggu-tangga kat situ 
Dari pukul 11am sampai 3 pm
Nak wat tau
Depa memujuk MIl sya ambik Water filter dari depa

Yang buat sya naik hantu tu
HB dah pasang water filter kat rumah MIL 
Filter tu sya yg punya lak tu

Skali baik punya cina tu pi ambik water filter sya tu
dia pasanag filter dia
dah MIL sya kena bayar tiap-tiap bulan seratus
Harga asal 3500++ pastu tolak 1000
kononnya tolak harga filter sya yg dia amik
jadi baki 200++ kena bayar monthly 100

Tak ke geram dan frust sya rasa
Barang kita orang amik
pastu kita lak kena bayar 
tak pasal2 menanggung hutang

Sya call cina tu mengamuk
suruh depa amik balik filter tu & pulangkan filter sya semula
berkeras depa tak nak 
sya ugut nak buat plis repot
tak tau lah katanya hari ni depa nak datang settle kan
masih nak discuss lagi tu

sya dah sound MIL & Hb
kalau depa nak bayar barang tu..lantak lah
yang penting pulang kan filter sya tu
boleh sya pasang kat umah mak sya lak
geram tau

sya tak marah MIL sya
sya paham
dia orang tua
dah orang tu dok bertunggu-tangga kat rumah dia sampai 4 jam
pujuk-pujuk dia
sampai dia malas nak layan
dia ia kan je lah

HB pun sya tak marah sangat, tapi kecewa gak lah dgn dia
sebabnya cina tu ada call HB
minta keputusan
boleh Hb kata mcm ni
" u tanya mak saya,Kalau mak saya tak nak , tak nak lah, kalau dia nak , nak lah:
tu yg sya marah tu
Tujuan MIL tu suruh call Hb sebab dia tak nak
Dia nak ada sokongan anak dia
dah anak dia tak bg keputusan yg memberangsangkan

Sya tegur MIL sya
Lain kali jgn kasi sebarang orang masuk rumah
MIl ni dah banyak kali kena
orang datang rumah
pujuk2 dia beli barang
akhirnya dia beli
pernah juga dia kena
orang datang rumah, kata dia dari syarikat mana tah
ada skim, kita bayar certain amount,,teh syarikat akan byr berganda
orang tua tu bayar lah
then call co tu tak wujud

Sekarang syarikat2 ni pandai tau
depa pi kmpung-kampung
jumpa orang tua yg sendri
masa anak-anak tak de pergi kerja
pujuk2
orang tua2 kita ni kan jenis tak sampai hati & malas nak melayan lama2
tu yg ye  je jawapannya

Risau gak lah..ni nasib yg datang jenis jual barang mmg ada barang
takut yang datang konon2 nya jual barang
pastu merompak ke
ishhh..nauzubillah min zalik...jauhkan lah..selisih..

Kesian MIL sya..tak pasal2 sya tinggi suara..marah
tapi sya tak marah dia
sya marah sebab cina tu selamba je masuk rumah orang mcm tu
depa masuk rumah masa MIL sya yengah kat dapur
tau2 je depa dah sampai ke dapur
Bahaya kan
rumah kg mana lah ada grill ke apa
lapang je pintu terbuka

ni nak tunggu apa cerita selanjutnya,katanya cina tu nak datang sebelum 12pm
HB tak keja..


Thursday, January 28, 2010

Akhirnya

Semalam sya call Wan Teh, makcik sya yang suamia dia kena bunuh
Dia kata penjenayah tu dah serah diri
Kelmarin keluar kat Metro

Akhirnya
Moga arwah mendapat pembelaan


Picca at Maytower Hotel

Komen sya untuk hotel ni...
Ok lah buat orang yang taste tak mewah macam sya..hehehe
Bilikni deluxe..kalau standard lagi kecil kata member blog Bim

Location hotel ni betul-betul ditengah-tengah KL
So memang baguslah untuk yang kaki shopping
Jalan kaki tak smapai lima minit dah sampai Jalan Masjid India.
Nak ke Jln TAR ke..Nak ke SOGo ke jalan kaki je..
Jadi kami dah rancang..Insyaallah panjang umur ada rezeki
Bulan puasa tahun ni nak bermalam kat hotel ni semalam
dengan tujuan untuk SHopping..hehehe

Layan picca yer




Anai-anai





 
Semenajak dua menjak ni anai-anai telah menyerang rumah kami

Habis kabinet daput dia makan.
Lupa lak nak ambik pic kabinet dapur

Gelilah tengok rupa anai-anai ni

Dulu dah pernah sembur racun anai-anai tu..
Lama dah
Ni dia muncul lak
Akhirnya Hb beli umpan anai-anai
Letak kat laluan nya ke sarang
Semalam tengok dah tak de dah anai-anai tu
Minta-minta bertahan lama lah hidup tanpa anai-anai 

Meh layan pic anai-anai yang sya geli nak tengok


Tu yg hitam-hitam tu semua bila kita usik,nampaklah anai-anai yang lalu dibawahnya
Jadi itulah laluan anai-anai bawa makanan pi balik sarang
Nampak tak anai-anai tu..yg bontot putih tu
Alaa gelilah perut tengok



Ni lah umpan yang Hb letak kat laluan anai-anai tu
Dah dekat 2 minggu letak
Dalam minggu ni kami tengok dah tak de anai-anai yang meronda kat situ

Umpan ni funsinya ialah untuk umpan anai-anai bawa balik kesarang
Then koloni-koloni anai-anai tu makan umpan tu
Dan matilah mereka dan keluarga mereka.
Harap-harap berkesan lah umpan ni
Dan kesanya biarlah berkekalan



















Saturday, January 23, 2010

MAYTOWER HOTEL


Hari ni nak tidur Hotel..hehe

Saje je..sebab masa cuti sekolah hari tu tak berpeluang nak bercuti 
Jadi hari ni kami akan tidur kat Maytower Hotel, KL

Sya pun tak pernah pergi hotel ni
nanti malam sya update yer sebab kat hotel tu ada free internet
tak de pun tak ber..sya ada "berukband" celcom

Anak-anak lah yang paling tak sabar..sebab depa sibuk nak mandi kolam
 
Minggu depan 29-31hb kami nak bercuti kat Melaka lak..
Tak dapat jalan jauh-jauh, dekat2 sini pun ok gak kan..
asalkan anak-anak seronok.

Ni nak rancang percutian masa CNY lak nanti..itupun kakalu ada kekosongan
sebab biasanya CNY hotel penuh..
Tapi sya lak cuti panjang..seminggu gitu..al-maklumlah keja co cina



KEMANGKATAN SULTAN JOHOR


AL-FATIHAH

Sultan Johor telah mangkat pada Jumaat, 22 jan 2010, Jam 7.15pm

Walaupun sya lahir di Selangor..
Namun sya dibesarkan diJohor hingga usia 17 Tahun..
Jadi dah rasa macam rakyat Johor gak.

Semoga Allah mencucuri Rahmat keatas Roh Almarhum Baginda.

Tuesday, January 19, 2010

Rupanya


Sedihnya sya..
Sebenarnya suami makcik sya bukan mati kemalangan
Rupanya dia mati dibunuh

Cerita dia keluar surat khabar
Mingguan Malaysia m/s 15, Harian Metro & Sinar Ahad

Kesal sungguh kami dengan orang yg buat kerja tu
Tak pikir langsung
Tak de hati perut

Makcik sya banyak kali pengsan
Terperanjat sungguh dia
Yerlah baru sekejap suami dia tidor dgn dia
kemudian keluar
tup..tup..orang ketuk pintu
Dan bagitau suami dia dah meninggal
Separuh gila makcik sya
Dia sekeras2 nya menafikan
Dia mengharapkan semua mimpi
Namun...Hakikatnya
Ia realiti
Ia kenyataan
Terlalu pahit untuk diterima

"Teh hilang tempat bergantung..apa Teh nak buat"
itulah kata2 yang makcik sya luahkan

Semoga orang yang berkenaan dapat ditangkap dan mendapat balasan yg setimpal

Saturday, January 16, 2010

Sedihnya


Pagi ni dalam 5.30am sya dapat panggilan dari ummi yang mengatakan suami makcik sya(sepupu ummi, tapi kami rapat sgt) meninggal pagi tadi
Terperanjat sya.
Katanya arwah pak andak meninggal accident kat Bahau, jenazah dibawa ke Hospital Seremban

Lepas dapat panggilan tu sya tak dapat tido
Sya menangis.
Terus sya mandi dan tunggu azan subuh

Sya sedih sebenarnya
baru je 26hb hari tu kami jumpa arwah

Sya terkenang Wan Teh(makcik sya) ni
Umur baru 39 rasanya..
anak-anak kecik lagi
yang sulong baru 9tahun, kedua 8 tahun & yg kecik 6tahun
Suri rumah sepenuh masa
Tinggal kat Kg Seperi, Jelebu, N.9
Arwah buat contractor kecil2an

Macamana wanteh nak hadapi semua ini yer
Macamane wan teh nak besar kan anak2 yer
Sedihnya sya

Sya terbayang kan diri sya
Jika apa2 jadi kat suami, mcmane sya nak hadapi
YA Allah, takut sya
Sebab tu sya nekad, walaupun sya akan resign keja nanti sya tak nak dok diam camtu aje
ada beberapa rancangan yang sya nak keluarkan ni
Yer lah ajal maut ditangan Allah
Walau bagaimana selesa kita sekarang dgn suami, kita kena sedia.

Petang ni ada kenduri tahlil 40 hari FIL sya lak.
Jadi lepas tahlil ni sya akan bergerak ke Jelebu, Insyaallah

Semoga perjalanan kami pergi dan balik selamat tanpa halangan.

Alfatihah buat Arah Pak Andak ( Murad)

Wednesday, January 13, 2010

1st song



Ni lagu yang pertama Marsya belajar kat sekolah

"Budak Baik budak baik
ada dimana
Disini disini

Budak Notty, budak Notty
ada dimana
Disana, disana"

itulah lagu yang dia asik menyanyi semalam..maklumlah baru belajar kat sekolah
Nak pulak dia menyanyi..kalau tidak punya lah payah


Skool




Tahun ni semua anak-anak dah sekolah

Izzati tahun ni nak ambil UPSR
Danny Tahun 4
Qimie Tahun 1
Marsya Tadika walau pun umur dia baru 4 tahun

Mulalah semula rutin menghantar anak pagi2
Dan mula kena bangun cepat.
Sekarang pukul 5.15am dah kena bangun.
Nak mengejut bukan sorang
Mula-mula kejut Izzati, kemudian Danny..
Depa dah mandi baru sya pula mandi
Lepas tu kejut Hb lak..haa yang ni memang liat
Sama jer Hb dgn anak2 lelaki sya
Semua liat nak bangun.
Pagi-pagi sya dah jadi tarzan kejut mereka bangun.
Bukan boleh sekali.
Kita kejut , ermm jawabnya
Kita pi buat kerja lain..depa sambung balik tidor
Tu yg pagi2 dah jadi tarzan ..bebel jgn cakap lah
Letih mulut ni

Yang Qimie dgn Marsya lak lagi satu
Marsya senang lah sikit..angkat je dari katil..dukong ke bilik air
dudukkan dia ..mata pejam pun kena jirus gak
hehe
Last sekali yang paling liat..Qimie..
memanjang je mengamuk,,mengantuk katanya...
Ayat selalu yg qimie ckp bila kena kejut ialah...
Kejapnya tidor..
sabor jer lah..
padahal dia dah tidor dari pukul 10 mlm..
kita kejut dia pukul 6.30am pun dia kata mengantuk..
ishhh..anak..anak..

Itulah rutin hari-hari bila anak dah sekolah.
Letih memang lah letih..tapi nak buat camne..
Amanah pada kita kan..
Semoga semua anak-anak sya menjadi anak yang soleh & solehah, berjaya didunia & akhirat.




Tuesday, January 12, 2010

My new Gadget


Setelah beberapa minggu hidup tanpa gadget..akhirnya minggu lepas beli 1..murah je..

Taraaaa....Inilah gadget baru kami

Beli kat Harvey Norman Bkt Tinggi..

Sebabnya sya dok mengomel kat Hb..tak best lah anak2 nak naik sekolah..tak dapat amik pic 1st day skool depa..

Lebih2 lagi tahun ni Marsya pun skool gak..

Belum godeh2 lagi camera ni..nanti2 lah ekk..

Bersih sawang


Uoiiii...lama sungguh tak update blog
Cuba beri 5 alasan kenapa tak update blog lama

5 alasan je ke....Jap ekk nak pikior..

Alasan pertama:- Saya sibuk cikgu..hehehe..(banyaklah sibuk..M nye yg lebih..ehhh tak lah betul saya sibuk)

Alasan ke-2:- Sibuk sebab anak-anak naik sekolah.. semua dah sekolah tau tahun ni. Nanti sya masukkan entry pasal sekolah ekk

Alasan ke-3:- Mood untuk mengarang belum mai..huhu

Alasan ke-4:- Online tapi banyak benda nak kena di google nye..hahaha..i likee bertenet.. (psst...cik abang jeling je bila tengok sya mengadap internet..lagi2 bila kat FB ..tulis komen je , mesti dia jeling pastu tanya dgn sore yg garang (konon hehe) AYang chat dgn sape tu..hehehe..gelak den..apalah cik abang ni..tulis komen kat FB pun dia nak jeles)

Alasan ke-5:- Mood update blog tak de semenjak hp & camera hilang..:(

Ok ..sat lagi kita story lagi ekk..rasanya hari ni banyak entry kot..hahaha
Sebab semangat dah mai..nak tau sebab apa....