Tuesday, March 30, 2010

Khatam Quran Wan Nurfilzah Izzati


Sabtu lepas ada kenduri kahwin adik sepupu sya kat N9
Jadi sya amibil kesempatan untuk buat khatam quran Izzati
sebenarnya dia dah khatam lama
cuma majlisnya belum buat 
tu yang tumpang kenduri adik sepupu sya
pulut kuning je belum buat
insyaallah hujung minggu ni nak buat
sebab dah niat




Friday, March 19, 2010

Sya tak pasti dari mana sya copy kata-kata ini..sya juga tak pasti siapa penulis madah indah ini
Namun sya meminta izin seisiapa yang menulis madah ini untuk sya letak diblog sya
Buat tatapan kita semua

"KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA
KASIH AYAH MEMBAWA BAHAGIA
AYAH DAN IBU TIDAK PERNAH MENINGGALKAN KITA
WALAUPUN ADA ANTARA MEREKA TIADA DISISI KITA
DI SETIAP SAAT NADI BERNADA
DISETIAP KALI NAFAS DIHELA
DISETIAP SUDUT BAYANG TERCIPTA
DISETIAP LANGKAH BUMI DIPIJAK
DISETIAP INCI LANGIT DIJUNJUNG
DISITULAH WUJUD IBU DAN AYAH
YANG MENGALIR MENJADI DARAH DALAM DIRI
BERSAMA KENANGAN, AMANAH DAN PESANAN
JUGA HARAPAN
BAHAWA MEREKA TERAMAT INGIN MELIHAT 
KITA BAHAGIA"




Wednesday, March 17, 2010

Sudah, dah...

Atas nasihat lawyer, sya dah tender resignation letter as Director di sykt yg sya kerja

Dan akan tender 2 bulan notice mula 1/04/2010.

Minggu depan akan jumpa lawyer untuk hal-hal lain yg berkaitan dengan sykt


Friday, March 12, 2010

Macamane ni


Nak tanya lah
Pada sesiapa yang tahu

Kan semua tahu yg gaji kam tak dapat2 lagi
Sya dah suruh staff2 yg keja kat site buat report
Masalahnya ada lak yg bgtau depa
Yg walaupun Labour dept. rahsiakan
Kalau sykt bg duit kopi & dpt information
Depa semua boleh kena buang

Ada ke macam tu

Sya lak bukan tak nak buat report
masalahnya macam ni

TM ialah co yang sya join masa 2002
pada tahun 2003 depa tukarkan sya ke sykt TB
Kat TB depa guna nama sya sebagai director
TM co non-bumi
TB co bumi
Tapi terus terang sya tak dapat apa2 kepentingan & profit dr sykt
hanya gaji & allowance mcm staff lain
allowance ni pun dapat sebab co tak nak naikkan gaji kami
depa bagi allowance je
pandai kan co
jadi EPF depa tak yah bayar banyak
masa bonus pun dpt basic salary je

Macamane nak buat ni
Orang2 site semua takut nak report
maklum lah depa non-exec
yg exec ni gaji besor
Project manager boleh kata, yg depa Chinese  takkan ada masalah
sebab depa banyak duit & ada dapat bonus
abis tu kami yg melayu

tension lah sampai hari ni gaji tak dapat lagi
segala nenek bank dah call ni



Thursday, March 11, 2010

RxLite

Sekarang sya dalam proses menurunkan berat badan
Dah cuba workout
Tapi metabolisma ni too low
I need a booster
So sya pun join RXLite
Workout tetap sya buat..sehari 30minit..
Rxlite sya gantikan Breakfast & Lunch
snek sya makan juga seperti diet yg sya buat tahun lepas
Dinner sya makan juga..tapi light meal.
Alhamdulillah dah nampak perubahan
Nanti dah sya letak testimoni diri sendri yer

Meh ramai-ramai jenguk website sya




Geram lah woiiii...


Apalah punya nasib
Sampai hari ni gaji tak dapat lagi
hangin satu badan dah ni
Nak tunggu habis 2 bulan notice, jenuh

Bos dah beberapa hari tak keluar dari rumah
Projek ongoing 1 je sekarang
tu lah belagak sangat
infra work tak nak ambik
kecil konon
apa dah lupa ke
dulu dengan projek infra yang haku incharge lah boleh buat co tu hidup
dengan projek infra tu lah boleh hangkut korang semua gi overseas
ni masuk sekor perempuan CiNa berlagak
suruh buat projek building je
Sudahnya aku dah tak de projek nak incharge
satu je projek yg dapat
semua perempuan giler tu je nak incharge
part yg aku incharge pun dia nak


Dah lah bonus tak dapat
Gaji dah bertahun-tahun tak naik

Gaji tak dapat lagi ..huhuhu
Sedihnya


p/S: sori ye sya lepaskan geram..bahasa kasor skit...

Thursday, March 4, 2010

Baby Hidup..


Marsya..ooo..Marsya
Walaupun umur baru 3 tahun 6 bulan
Tapi percakapan & pemikiran mengalahkan abang2 & kakak dia

Marsya ni sya notice memang banyak cakap dah cepat sikit
Mungkin sebab sya mengandungkan dia masa kat study part time
Dalam pantang seminggu dah kena pergi kelas

Semalam dia buat permintaan
Nak baby Hidup
Sebabnya kat rumah MIL ni ada sepupu dia,yg umur 3 bulan
Dia ada geng yg sama umur 2 orang belah HB & 1 org belah sya

Kat belah Hb adik-adik & kakak ipar sya yg bersalin tahun lepas seramai 4 org
Tahun ni 2 orang bakal melahir
Jadi marsya jeles geng seusia dia dah ada baby

Semalam sibuk dia mintak baby yang hidup
Sya cakaplah dia kan ada 2 baby,1 baby hitam & 1 baby putih(dua-dua ni doll dia)
Mengamuklah member..
tak nak baby anak patung
Nak Baby Hidup

Alahaii anak oii..mana ummi nak cari baby hidup ni nak oiii

Pastu sya tanya lah dia mana dapat baby hidup ni

Ni jawapan Marsya
" Mama Baiya(cousin dia) gemuk dulu,mengandung dulu, lepas tu keluarlah baby dia.
Ummi kena gemuk & mengandung, dapatlah baby hidup. Baby baiya tu keluar dari perut mama baiya"

Dia jawab dengan muka serius tau..
Punya lah nak kan baby hidup


Tuesday, March 2, 2010

Alahai anak..


Sakit tekak
Penat sungguh rasa
Mana taknya memanjat tangga hingga tingkat 4 sambil dukong Marsya yang berat

Semua nya kerana IZZATI..
Geram sungguh
Umur dah 12 tahun
Nak periksa UPSR tahun ni
Asik buat hal je
Minggu lepas tak nak pergi tusyen sebab tak bawa beg tusyen
Ni hari ni dia buat hal lagi
Tak nak pergi sekolah


Sebabnya....
Dia tertinggal tudung sekolah kat rumah nenek 
Yang geramnya..bukannya dia nak bagitau
Kita dah lalu depan rumah nenek dia, boleh dia senyap je
patutlah Qimie dok tanya dia.."kak yong mana tudung"
Dah sampai sekolah dia dok keras dalam kereta tak nak keluar
Dah turunkan Danny & Qimie kat sekolah
Pergi rumah MIL,keluarkan beg sekolah petang & beg baju
Ambil tudung dia
terus sya pecut kesekolah semula

ehhh..dia buat hal lah pulak
menangis dalam kereta & tak nak keluar
sebab dah lewat..maklumlah sekolah dia masuk 7.15am,
tadi masa sya hantar dah 7.45am.
satu pelajaran dah lepas
dia silap
ingat ummi dia ni baik kot
ha kau..ambil..
sya campak beg dia keluar kereta
tarik dia keluar kereta
dah keluar tu pun tak nak masuk sekolah
setu keja lak 
kana hantar dia masuk kelas
alahaiii..dah lah kelas dia tingkat 4..
memanjat lah sya dambil dukong Marsya & tarik izzati

Bukan apa
sya terpaksa tegas 
tahun dia nak UPSR
mana boleh memonteng selalu
lagi-lagi minggu depan dah start ujian

Alahaii..anak oo anak
Bukan Ummi tak sayang
Ummi sayang semua anak-anak ummi
tapi ada masanya ummi kena bertindak tegas 
semua demi masa depan 
Ye..masa ni anak-anak akan marah dengan ummi
tapi suatu hari nanti baru kamu semua sedar kenapa ummi buat begini.


Monday, March 1, 2010

Manusia dah jadi binatang..zalim


" Ummi, budak ni.kenapa dia ummi. Dia meninggal ye. Kenapa dia meninggal"
Terkedu sya dengar pertanyaan dari Marsya
Sya tenung wajah Marsya
Sya peluk Marya
Sedih
Tak terjawap sya persoalan Marsya yang berumur 3tahun 6 bulan itu

Sayu je tengok gambar arwah Adik Syafia Sahari dalam paper Mingguan Malaysia semalam

Tak sanggup nak bayangkan..macamana Anak 3 tahun itu diperlakukan sebegitu zalim
Disepak, Dilempar, Dipijak, Diterajang
Ya Allah Seksanya Anak itu
Apa Dosa dia
Apa yang dia tahu hanya bermain dengan kawan2

Binatang orang yang buat anak sebegitu

Semoga Allah Beri Balasan yang setimpal pada Jantan keparat itu