Monday, August 16, 2010

Cerita Puasa kali ni

Dah masuk 6 hari kita semua berpuasa

Tak banyak sya nak cerita

Puasa tahun ni merupakan puasa pertama MIL sya tanpa FIL

Kesian memikirkan MIL yang tinggal sendiri dirumah nya

Jika tahun lepas MIL berpuasa ber-2 dengan FIL

Tahun sendiri

Jadi sebagai anak & menantu jadi tanggumgjawab kami

untuk meneman MIL berbuka

Jadi setiap hari, sya akan masak lauk untuk berbuka

Dan 5.30pm sya akan keluar untuk hantar sedikit lauk pada umie sya

kemudian terus kerumah MIL

Anak2 & suami sya mmg balik terus ke rumah MIL

Lepas berbuka baru kami balik kerumah untuk terawih

Hanya ini yang dapat kami lakukan

Cuma sahur MIL terpaksa sendiri


Monday, August 9, 2010

Ramadhan Ya Ramadhan

Begitu pantas masa berlalu

Pejam celik pejam celik Ramadhan dah menjelma

Semoga Kita semua mendapat keberkatan Ramadhan ini

Dan semoga Ramadhan kali ini akan lebih dihayati oleh semua

Ya Allah hamba mu ini memohon kepada mu..semoga ada rezeki ku bertemu Lailatilqadar ramadhan ini..

Amin

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK BUAT SEMUA SANAK SAUDARA & SAHABAT HANDAI.

Jalan-Jalan Tugu Negara


Seumur hidup sya ni lah baru pertama kali pergi Tugu Negara

Entah kenapa lah bapak sya tak pernah nak bawa kesini..sebab seingat sya muzium negara selalu pergi, tapi tugu tak pernah..entah lah munkin sya lupa ke tak tau lah..sbb x de gambar yg boleh buat sya ingat..:D

Sya kan lahir kat Klang, kemudian umur 3 tahun pindah Johor & membesar disana

Baru-baru ni kami bawa anak-anak pergi Tugu Negara

Sya pun jadi macam anak2..terlebih excited..hehehe

punyalah besar & tinggi Tugu ni ye

Anak-anak seronok sebab mereka baru belajar kat sekolah pasal  tugu ni

sampai marsya yg-4 tahun tu pun seronok..dia siap kata

" ummi, ni kan ada kat dalam buku abang danny"

Kami pun terangkan serba sedikit tentang Tugu ni..kenapa dibina..untuk apa..& bila

Hb & anak2 berlatarbelakangkan TUGU NEGARA



Sunday, August 8, 2010

Banjir????

Biasanya banjir berlaku dikawasan rendah

Biasanya banjir berlaku kerana sistem pembentungan dan perparitan tak sempurna

Biasanya juga banjir berlaku kerana kerakusan manusia menebang segala pokok

Tapi kali ini banjir berlaku bukan dikawasan rendah

Bukan kerana masalah perparitan

Dan bukan juga kerana penebangan pokok

Tapi banjir berlaku ditempat tinggi dan tertutup

Macamnae tu ekk
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


air turun dengan lajunya


huwaaa..keta kami kena banjir...

so Hb sorang lah redah banjir tu..kami tunggu kat tempat kering..huhuhu

Kami anak beranak gelak je,,sebab ingat kan selamat dari hujan parking kat upper parking lot
skali kena gak redah air hujan
sebabnya atas tu dah roof parking
jadi bila hujan air pun turun lah 
masuk ke parking lot



Saturday, August 7, 2010

Jalan-Jalan Makan Durian

Sabtu lepas kami sekeluarga pergi Jelebu..
Biasalay rumah makcik sya yang paling kami rapat
Tahun ni durian kat kebun Pak Teh menjadi
Jadi Kami pun apalagi
Tapi sayangnya,masa kami pergi rupanya durian dah banyak luruh
Kata Mak Enab kalau datang minggu sebelum banyak durian cantik2


Tapi x kisah...sebabnya puas jugak kami makan durian
Petang sampai je dah hampir 7 biji kami kupas
Petang tu jugak kami pergi tepi sungai kat belakang rumah tu 
Sebab nak tengok durian kat tepi sungai 
mana tau ada yg luruh
Sebenarnya jiran pak teh & anak menanti pak teh tak berani nak kebelakang tu
sebabnya ada "nenek kebayan"
Anak jiran sebelah rumah pak teh ni kena kacau
"Nenek Kebayan" tu duk masuk bilik anak org tu
kecut perut lah
Adik sepupu sya si Najiha pun penah nampak "Nenek Kebayan" tu kat belakang
Tua bongkok, rambut panjang warna putih, baju putih..hehehe
Kami suami isteri & anak2 je yang berani redah
Alhamdulillah buat masa ni, setiap kali ke tepi sungai tu tak pernah lak malamnya ada benda2 tak elok
Niat kami x kacau ..niat baik..nak amik durian je..hehehe
Malamnya makan lagi 3 biji..entah berapa biji isi dalam 3 biji durian tu kami makan


Hb pagi2 dah pergi cari durian..nampak tak buah durian bergayutan kat dahan pokok
Kat tepi sungai ni lah ada nenek kebayan..hehe


Esok pagi-pagi kami pergi lagi tepi sungai tu
Dapat dalam 6biji lagi durian
Bawak balik la apa lagi

Tengahari kupas lagi 4 biji untuk makan dengan pulut & santan..
Bakinya bawak balik Klang,bagi bapak &adik2 yang tak ikut



Tengahari tu sya buat potong kek,semperna birthday qimie (1/8)
Sebenarnya Umie sya nak buat makan2 untuk birthday qimie & aied,adik sya sabtu 7hb nanti
Tapi kesian lak dia, hari jadi dia x de potong kek
Jadi sabtu petang tu suruh adik sepupu sya pi tempahkan kek
Ahad 11am pi amik
Jadi lah buat gembirakan hati anak2


Tersedar Dari Lamunan


Kesiannya rumah sYa yang satu ni
Lama sungguh sYa tinggalkan 
Dah Teruk Bersawang

Akhirnya tersedar dari lamunan
Insaf
Pulang ke pangkal jalan

sYa dah cat tukar langsir
Cat warna baru

Sebenarnya hari-hari sYa masuk blog
Sekadar nak jenguk kerumah blogger lain
Cuma tak update je