Tuesday, September 28, 2010

Mari Kita Memasak - Daging Salai Masak Lemak Rebung

Sedapkan masak lemak rebung daging salai
Terliur bila memikirkan
Kelemakan kuahnya..entah berapa ribu kalori..hehe
Rasa dagingnya..yang terasa asap
Pastu letak rebung muda
Aduhai..sedapnya

Ok..Mari kita main masak-masak

Mula-mula kena cari rebung
Nampak tak tu pokok buluh disebalik semak samun

Ok..mari kita redah semak samun itu
Sediakan lah badan untuk digigit nyamuk yang maha banyak 

Ketemu juga rebung yang dihajati

Apa lagi,mari kita menakek rebung itu..zass..ziss..zuss

Dah selesai menakek,terpisah juga rebung dari akar nya..maka proses mengupas kulit luar pun bermula

Tekun pencari rebung itu membersihkan kulit rebung, ayang tolong jugakkan bang..tolong tengok..hehe

Taraa..inilah rebung yang dah siap dikupas kulit luarnya..TQ bang..dengan baju kerja tak ganti lagi terus je carikan rebung.

Tapi rebung tu belum boleh guna lagi tau. Kena rebus dulu sebelum dimasak 

Sebelum tu jangan lupa salai daging. Salai sendiri je. Guna arang yang banyak asap,sebab nakkan aromanya.

Daging dah salai

Bila semua dah ada, apa lagi mari kita masak

Sya masak lauk lemak ni style yg nak cepat nya
Orang tak tumis cili, sya tumis
sebab nak cili cepat garing
Sya suka guna bawang
Blend je bawang + cili padi 20 tangkai + kunyit hidup
Tumis semua nya..jangan lupa serai yang dah diketuk
Bila dah garing, masukkan ubi kentang
masukkan santan & rebung
Akhir masukkan daging, asam keping ,garam & gula
Siap







Monday, September 27, 2010


Masuk cepatttt....TTM buat LUCKY DRAW!!

Monday, September 27, 2010


Yieeehaaaa...*sambil lompat keluar*

Berita gumbira untuk andaaa!! *Kalau tak gumbira pun buat2 je la gumbira ye..macam la tak biasa kannn :D*

TTM korang ni dah sampai seru nak buat LUCKY DRAW kat Dapur Malus Domestica hari ini.

Semua yang layak  memenuhi syarat2 di jemput untuk menyertai LUCKY DRAW ini.*haku  ni kalau bab bagi ayat formal memang lemah*








TOPSYTURVYMUM FIRST LUCKY DRAW!


INI HADIAHNYERR..

TENG TENG TENG!








16 Pc Dinner Set
Click on above image to view full picture

16 Pc Dinner Set

Product Information

4 Dinner Plates, 4 Bread & Butter Plates, 4 Soup / Cereal Bowls, 4 Stoneware Mugs

Additional Information

Item Code
1065856
Weight
4,275g
Category
Dinnerware
Pattern
Geometric

Product Descri

ption

Corelle Dinnerware range is break, chip, scratch and stain resistant. Its made from a unique material called Vitrelle which compresses two layers of different glass compositions, so it's incredibly tough. It's microwave. Dishwasher and oven safe.










Syarat-syarat penyertaan:

1. Anda adalah seorang blogger. (InshaAllah lain kali aku buat lucky draw utk blogger dan reader pulak ye)

2. Beralamat/mempunyai alamat di Malaysia.(Bermakna yang berada di luar negara juga boleh menyertai kalau ada alamat di Malaysia.) 

3. Penyertaan mesti dibuat di dalam bentuk entry secara STICKY POST di blog anda. Caranya, copy je la entry ni.(1 blog cuma layak masuk satu penyertaan sahaja.)

4. Setelah siap buat entry, sila hantar link penyertaan anda di ruangan komen entry ini. (Nanti aku masukkan link blog anda kat entry ni)

5. Tarikh tutupnya adalah bila-bila masa sahaja dalam minggu ni(Sebelum Isnin depan 04/10/2010). Aku akan buat entry kalau dah tutup. Bila dah tutup, maka boleh hilangkan sticky post tu.

6. Pemenang akan dipilih DI SINI.









TUAH AYAM NAMPAK DI KAKI
TUAH ANDA SIAPA YANG TAHU





*tak koser feeling2 cam abg karam hahaha*

Sunday, September 26, 2010

Susur Galur Opah Belah Bapak.


Pernah kah kita tertanya-tanya 
Siapa moyang miut kita
dari mana asal mereka

Bagi sesetengah orang ini semua tak penting
Kerana ada yang pernah cakap pada sya
nak buat apa dibanggakan keturunan yang ada ni
kita kan semua manusia biasa
sama je bila dah mati nanti

Memang yer kita semua manusia biasa
sama je bila mati dikafan putih
ditanam dalam tanah
tapi salahkah sya mencari asal-usul keturunan sya
dari belah bapak & ummie sya
tak salah rasanya

Buat masa ni sya menghadapi masaalah nak cari belah bapak sya,
Iaitu belah datuk sya, Syed Hassan
Sya hanya tahu sampai 6 nama saja
iaitu Syed Mustaffa (bapak sya) b. Syed Hassan b. Habib Hamzah b. Habib Abdullah b. Habib Hussin
Atas dari tu tak tau
Yang pernah sya dengar Habib Hamzah ni ada 3 lagi adik-beradik iaitu 
Habib Ariffin, Habib Ali & Siti _ _ _. Tak pasti nama penuh siti ni.
Habib Hamzah ni dihantar oleh bapak mereka ke Mekah
Kemudian Habib Hamzah & adik beradiknya balik ke Perak
Habib Hamzah & Habib Ariffin ni ada jalan yang dinamakan semperna nama mereka
Kerana kata orang2 tua,mereka ni amat berjasa pada Sultan Perak dahulu

Itu je yg sya pernah dengar
Insyaallah jika ada rezeki minggu depan sya nak jumpa adik kepada arwah datuk sya untuk soreh lagi

Sya berjaya ketahui susur galur belah Opah,iaitu mak bapak sya
Arwah Opah sya dari keturunan Tun Saban
Tun Saban ialah salah seorang pembesar Hulu Perak yang terlibat dengan pertabalan Sultan Perak yang pertama iaitu Sulatn Muzaffar Shah 1 pada tahun 1528

Opah sya bernama Halijah Bt Toh Muda Meor Shamsuddin
Toh Muda Meor Shamsuddin merupakan salah seorang penulis buku "HULU PERAK DALAM SEJARAH"
yang mana ditulis bersama Toh Muda Taja Razman b Raja Abdul Hamid & Husin b. Mahmud. 
Pusara Meor Shamsuddin ni ada di Lengggong, Perak

Meor Shamsuddin b. Meor Yahya, 
yang mana Meor Yahya merupakan Dato' Seri Adika Raja Ke-12

Meor Yahya b. Meor Nyah Muhammad Amin b. Meor Che Idris b. Meor Abdullah b. Alang Juah b. Toh Terosor b. Toh Senalu b. Toh Berolak b. Toh Hilang Di Pilih b. Tun Kelalang b. Tun Saban

Dari mana datang nya gelaran Meor dipangkal nama
Bagi kami orang Perak
Apabila seorang Sharifah berkahwin dengan Ahwal pangkal nama anak akan diletak Meor bagi lelaki & Mai & Wan bagi perempuan

Alang Juah terlah berkahwin dengan Siti Hawa bt Syed Alang Muhammad Kecik b Syed Shamsuddin b. Syed Abu Bakar b. Syed Hassan b Syed Husin B. Syed Jalaluddin (Tok Tambak Pulau Pisang) dan seterusnya sampai ke Fatimah az-zahra & Ali

Itu sebelah Opah sya. Sya memang nak cari sangat belah Atok Syed Hassan, sebab kami semua Jamalullalil Perak ada yg hilang susur galurnya..nak sambung sampai ke Fatimah Az-zahra itu yang penting.

Tak mengapa lah..Insyaallah Dapat lah sya cari susur galur keturunan sya ni
Moga Allah beri petunjuk & permudahkan pencarian sya ini

Amin

Tuesday, September 21, 2010

Berdebar-debar Hati Ini


Hari ni hati benar-benar rasa tak keruan
Sebenarnya dari minggu lepas lagi
Tapi hari ni debarannya makin kencang

Ini lah agaknya naluri seorang ibukan
Hari ni Izzati dah mula periksa
UPSR mula dari selasa ni hingga khamis
Pastu minggu depannya pula UPSRA

Tapi memang hati sYa berdebar2 dari pagi tadi
Tengah driving tengok jam 8am,terbayang Izzati dalam dewan

Tadi masa hantar Izzati pergi sekolah
Lepas salam & cium dia
Hati ni tiba-tiba je rasa sayu tengok Izzati melangkah masuk dewan

Tau betapa berdebarnya hati Izzati
Nampak muka dia risau

Tak pe Kakak, buat yang terdaya
Kakak dah belajar
Kakak dah berusaha
Kini tiba saatnya untuk kakak berjuang dimedan peperiksaan

Apa saja keputusan nya nanti Ummi terima..

Good Luck Sayang Ku..Ummi bekalkan kakak dengan doa dan harapan.

Tuesday, September 14, 2010

Raya Kedua

Tahun ni kami meneruskan tradisi
Walaupun Arwah FIL dah takde
Tapi kami masih pergi beraya kerumah adik2 FIL di Tanjung Karang
Cuma tahun ni kami hanya pergi 2 rumah je
sebabnya tahun2 sudah arwah yg jadi tukang tunjuk arah
tiap kali pergi mesti jalan lain yang dilalu nya
mana lah kami nak ingat
lagi satu jalan kg banyak lorong
lalu tepi sawah lah
lalu ladang kelapa sawit lah
lagi lah kami fail

Kami bertolak dari rumah SIL kat meru pada jam 12.30pm
Jalan dari Kapar ke K.Selangor tak selancar biasa
Jem sana sini
Alahai dah lah cuaca punya lah terik
Econ dalam keta pun x rasa apa dah
 Rumah pertama yang kami pergi ialah rumah Cik Minah, adik perempuan FIL yg no berapa entah

Sampai2 je makanan dah terhidang
lauk simple je, rendang, tomyam
Disebabkan semua dah lapar
terus je ngap..tak ingat nak amik pic
MIL bersama Cik Minah


sYa diberanda rumah cik Minah





Sebelum balik acara wajib amik pic ramai-ramai

Kemudian kami kerumah adik bungsu arwah FIL iaitu Cik Mi
Haa nak kerumah cik mi lah kami sesat larat
Akhirnya kami call cik Mi minta anak dia amik

Dah sampai ingat kan setakat minum2  & mkn kueh je
Rupanya Cik Mi dah siap hidang bawah pokok ciku kat luar rumah
Nasi, ikan kering, sayur bening

Makan bawah pokok ciku

Kat sini sYa tak makan dah
Perut x sedap
HB pun tak makan sebab HB tak makan ikan kering
Kalau HB makan ikan kering alamatnya satu muka & badan dia naik gatal2
Kami jadi penonton je lah

Anak-anak pun seronok sebabnya kat bawah pokok ciku tu ada buaian
3 buaian penuh dengan anak2 kami je
tahun lepas satu buaian tu dah putus
tahun ni dah ok dah

Lepas makan apa lagi
Operasi mengambil apa2 hasil yang ada
hehehe
Ada yang petik ciku
Ada yang petik Ubi kayu
MIL lak dapat 2 kampit beras 20kg

Operasi Cabut Ubi Kayu

Sebelum balik amik pic lagi



Jalan masuk kerumah cik mi

Tapi cik mi suruh lak suami dia pi cabut ubi kayu kat tepi sawah
Lagi gemuk ubinya
Kami pun serbu Sawah cik mi


Bergambar lagi..tepi sawah lak


Anak-anak sya ditepi sawah..nampak tak ubi kayu yang Zetty pegang..besar kan



Monday, September 13, 2010

Mari kita bermaaf-maafan

Acara utama dipagi raya selepas sembahyang raya ialah
bermaaf-maafan..kan..kan..kan..
Memanglah kita boleh bermaaf-maafan dihari & waktu lain
Tapi feel nya lain
Lagi satu bila hari & waktu lain berat je mulut tu nak lafaz kan mohon kemaafan 
betul tak..
Tak pe..tradisi kita teruskan..adat yang tak merosakan akidah kita jangan tinggalkan

Ok lah..ni sikit pic yang sempat amik masa acara maaf-maafan berlangsung..hehehe
berterabur..tak de ikut giliran..lantak..yang pasti salam-salaman & maaf-maafan

Hb & MIL



The only menantu pompuan buat masa ni..huhu..menantu antu..hehe..Minta ampun MIL..


Adik ipar minta maaf sbb penah gaduh dulu pasal anak2..hehe..dah lupakan pun ..


Sya & Parents


Hb pun wajib minta ampun..:D


Posing tetap maintain


Acara yg dinanti kan..duit raya dari adik yg baru keja..

Raya Pertama

Tahun ni kami beraya di-2 belah sekali
Rasa adil..tak de yang kecik hati
ok lah tu kan..tu yang untung kahwin orang dekat..hehe

Pagi-pagi raya HB & yg lelaki gi surau
sYa x gi sebab nak siapkan si Marsya yg bangun lambat
kemudian tolong lah mana yang patut


Pic bersama adik-beradik HB & MIL. 



Pic bersama belah sYa



Selamat Hari Raya dari kami sekeluarga

Sunday, September 12, 2010

Raya..Raya..Raya

Tahun ni sepatutnya giliran sYa beraya dirumah mak sYa
Tapi memandangkan tahun ni semua adik-beradik HB balik berkumpul dirumah MIL
Jadi sYa pun petang,malam & pagi raya dirumah MIL dulu lah
Lagi pun tahun ni merupakan pertama kali MIL beraya tanpa Arwah FIL
Jadi kami semua berkumpul ramai sebab nak mengembirakan hati MIL

Sepanjang 13tahun sYa kahwin, memang ni lah pertama kali
HB dapat berkumpul dengan semua adik-beradiknya
kalau tidak ada je yg kurang dalam pic
Tapi sedih juga
sebab walaupun HB dapat berkumpul dengan semua adik-beradik
masih juga kekurangan dalam pic
tiada lagi kami dapat bergambar dengan arwah abah
tiada lagi kami dapat mengucup tangan arwah abah
tiada lagi dapat kami mengusik arwah abah yang akan tersenyum malu bila emak salam & cium pipi Abah
tapi kami tahu..arwah abah tetap dihati kami semua

Tahun ni kami juga melakarkan sejarah
HB buat lemang..hehehe
tak pernah-pernah seumur hidup buat
tahun ni sebab semua adik beradik balik
Hb cadangkan nak bakar lemang
disebabkan semua tak pernah buat
sya pun google lah cara & sukatan buat lemang
dah tau cara & sukatan, buat lah 
nasib jadi..caya lah..
cubaan pertama yang berjaya
jadi tahun depan nak buat lemang lagi
Hb sempat posing sambil membakar lemang


Hb & adik ipar dia membakar lemang

Syukur lemang masak tepat2 waktu berbuka.

Malam raya anak-anak & anak2 buah Hb yang paling seronok
Sebab ramai2 dapat main bunga api
Riuh laman rumah MIL malam tu

Hb & adik2 ipar dia berlawan bakar mercun
Gamat malam tu

Main bunga api & mercun dimalam raya

Ok..setakat ni je lah dulu cerita petang & malam raya


Friday, September 10, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


Dikesempatan ini sYa ingin mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

kepada semua.

Kepada yang baik kg didoakan selamat pergi & selamat balik