Saturday, October 30, 2010

Cerita Yang Tak Sedap Untuk Dikongsi

 Jangan salah sangka bila ada yang baca posting sya "Mengapa..Mengapa"
Ia tidak ada kena mengena dengan diri Sya 
Sebenarnya sya menulis berdasarkan pemerhatian
Memerhati orang disekeliling sya

Ada cerita yang sya nak kongsikan sebenarnya
Cerita yang sebenarnya tak sedap untuk dikongsi
Tapi hanya untuk direnung dan difikirkan

Kisah ini mengenai seorang kenalan sya
Biarlah sya gelar dia K

Sya mengenali K hampir lapan tahun
Kami tak rapat..hanya kenal gitu-gitu sahaja
Sebelum ini sya & suami selalu mengangumi K & suami L
Mereka yang kami kenal dahulu hanya satu keluarga yang sederhana
Mereka hanya mempunyai sebuah motor & sebuah kereta nasional sahaja
L baru sahaja set-up bizz
K hanya surirumah
Dahulu sebelum mempunyai bizz sendiri pasangan ini hanyalah pekerja kilang elektronik
Yanga mana masing-masing bekerja ikut shift
Tinggal mennyewa di satu  kawasan kg
Namun nasib mereka berubah apabila abang kepada L mengeluarkan modal untuk L memulakan perniagaan
Makin lama perniagaan L maju
Dari hanya syarikat Enterprise..kini sudah Sdn Bhd
Dari hanya mula Satu kini sudah ada 4 lagi syarikat
Bangga kan bila lihat orang melayu berjaya
Dari kereta nasional kita sudah ada 2 kereta mewah

Namun itu dengan semua yang ada telah merubah segalanya
Sya tak sangka perbualan sya dengan K telah merungkai segala rahsia yang dipendam selama ini
Rupanya sudah hampir 3 tahun K menderita
L main kayu 3
L sudah ada kekasih lain
L mengakui sendiri dengan K
K sudah beikhtiar..pergi pejabat agama
Ada sessi kaunseling
L berubah ..namun hanya seketika
L tak sanggup meninggalkan kekasihnya yang mana dahulu sanggup meninggalkan suami & anak2 demi kerana L
Kerana itu L rasa bertanggungjawb terhadap kekasihnya
Namun L tidak tahu sebenarnya dalam masa bercinta dengan L,kekasihnya ada kekasih lain
Ini semua diakui oleh perempuan itu kepada K
Apalah perasaan K bila dihubungi sendiri oleh perempuan tersebut
Apabila telah bercinta segala kata kekasih diikuti L
Jika dulu K menggunakan credit card..kini tidak lagi
Alasan yang diberi oleh perempuan itu pada K..diulangi sekali lagi ye perempuan tu dengan berani call K dan memberitahu dia yang menyuruh L potong C.card K kerana K berbelanja ikut suka dan menyusahkan L utk bayar
Itu dikatakan sendiri oleh perempuan tersebut pada K

Jika dulu K guna postpaid..kini dia guna prepaid
Alasan perempuan tu K call ramai orang kesian L nak mebayar
Betapa berani perempuan sekarang ye

K tidak diam kan diri sahaja
K berjumpa Lawyer
Atas nasihat Lawyer K buat perjanjian untuk berpoligami
Namun tidak dipersetujui L

Entah lah
banyak lagi yang diluahkan sebenarnya
Tapi tak termampu lagi sya nak tulis disini
Kerana kasihan mengenang nasib Wanita & Isteri
Masa susah Isteri yang berada disisi
Isterilah yang menjadi penyokong suami
Isterilah yang memberi semangat
Isterilah yang membantu suami
Namun apabilla sudah senang & kaya
Mengapa perempuan lain yang berada disisi
Mengapa perempuan lain yang dibawa kehulu-hilir
Isteri & anak-anak dibiarkan urus hal sendiri
Memang benar K diberi kereta mewah..cukup makan pakai
Namun bagaimana dengan kasih sayang & tanggungjawab

Ooo lelaki.ooo suami..
Entah lah..inilah asam garam kehidupan

Mengapa..Mengapa


Mengapa begitu susah untuk menyatakan

Mengapa begitu susah untuk meluahkan

Mengapa begitu susah untuk mempamerkan

Mengapa begitu susah

Jika semua itu semua untuk menyatakan, meluahkan, mempamerkan Cinta & sayang pada pasangan

Sepatutnya semakin lama ikatan perkahwinan itu, maka semakin teballah rasa cinta dan sayang

Tapi sebaliknya berlaku

Jika dulu masa bercinta ungkapan sayang dan cinta menjadi mainan dibibir

Jika diawal perkahwinan..belaian..pegang tangan & peluk isteri menjadi perkara wajib

Namun mengapa bila dah lama kahwin semua nya jadi hambar

Semua yang dahulu jadi rutin kini sudah jarang dan hampir tidak lagi dilakukan

Mengapa 

Adakah kerana bosan

Bolehkan dalam ikatan perkahwinan timbul rasa bosan

Entahlah..kerana bagi seorang isteri ikatan perkahwinan itu terlalu berharga

Tidak mungkin ada galang gantinya

Tuesday, October 26, 2010

Aduiiii..pening kepala..


"Aduiii..pening kepala kita wooo...susahnya nak jawab periksa ni"

hehehe...itulah ayat dari mulut Qimie bila balik dari sekolah agama tengahari tadi
siap minta tampal koyok kat kepala lagi..

itu lah Qimie, bila disuruh baca buku
dia pakat menangis
buat tak tau
haaa..tau pun pening kepala nak jawab soalan periksa

So bila dia balik dari sekolah kebangsaan petang tadi saya tanya dia
boleh jawab ke periksa tadi
sengih je dia
senang jawabnya..

yelah tu..
memanjang senang jawapan dia
bila dapat report kad..amik ko semua merah

hehehe..qimie ooo qimie..


Wednesday, October 20, 2010

20.10.2010

20.10.2010

Cantikkan nombor ni
Kalau bersalin tarikh ni pun cantik
Kahwin tarikh ni pun cantik gak

Nak bersalin tarikh ni dah terlambat lah kot..hehehe
Sebab nak kena mengandung dari awla tahun lagi

Nak kahwin tarikh ni lagi lah tak mungkin
sebab dah selamat 13 tahun kahwin..hehehe

Oooo..nasib ingat
Hari ni ada acara yang boleh diraikan

Iaitu Hari Lahir Ibu Mertua sya
So pagi-pagi lagi sya dah ingat kan HB
Sebab HB sya ni semua birthday Mak, Arwah Abah & adik beradik dia x ingat
Nasib lah ada Isteri yang suka ingat segala macam tarikh
Syukur lak tarikh lahir Sya & anak2 HB ingat
Dan tak lupa Tarikh Anniversary kami


Monday, October 18, 2010

Mari Dekat, Mari Dekat

Mari dekat...mari dekat
Teringat iklan Sheila Rusli nak promote mayonis

Meh sini sya pun nak promote gak
Ni ha

Dugro Rasa Strawberry

Biasa kita jumpa susu rasa coklat, madu, vanilla & asli
Kali ni ada rasa strawberry




Warna susu nya sebelum bancuh tetap putih
tapi bila bancuh susu tu jadi warna pink..strawberry
dah macam susu yang beli dalam botol or kotak tu je
Bau strawberry punya lah sedap
wangi je
Sya siap ratah susu ni
hehehe
satu scoop masuk botol susu
satu scoop masuk mulut sya
hahaha
Sya ni memang suka ratah susu tepung tau
satu tabiat dari kecik yang tak dapat buang
tapi susu baby bawah 1 tahun sya tak suka ratah
sebab tak sedap
:))

Tuan empunya susu ni tak tau Ummi dia dok ratah susu dia
Siap dia kena marah dgn ummi dia sebab ratah susu
padahal ummi dia pun tergoda dengan kewangian & kesedapan susu tu
hehehe

Tapi susu tu limited addition lah
nak kena hantar feedback kat dumex lah
suruh depa continue keluarkan susu ni

Monday, October 11, 2010

Maid..ooo...maid

Ni nak cerita sikit
Sesiapa yang pernah ada maid mungkin pernah alami masalah ni

Cerita nya macam ni
Jiran belakang rumah sya ni ada maid baru
maid lama dia dah balik masa dekat raya hari tu
jadi lepas raya dia dapat lah maid baru
ok lah tu dapat maid baru
senang dia nak keja

so suatu pagi tu sya macam biasa lah nak sidai kain
skali tiba-tiba terdengar suatu suara memanggil
"kakak..kakak"
sya pun toleh lah
rupanya maid jiran belakang dah ada kat tepi pagar belakang rumah sya
terpeanjat lah jugak
sebabnya maid dia yang lepas2 tak pernah lak datang tepi pagar rumah sya
agaknya dia ingat sya ni pun maid cam dia kot..hahaha
sebabnya sya dgn pakai kain batik & t-shirt je..maklumlah nak buat kerja rumah
sya pun menyahut lah
skali korang nak tau apa jadi
rupanya maid yang baru 3 hari kerja tu dok mengadu domba kat sya
yang dia penat kerja lah
banyak kerja lah
majikan marah lah
majikan itu lah..majikan ini lah
alamak...sya tak selesa lah mcm ni
sebab jiran kita..kita tahulah dia mcmane
maid ni baru duduk 3 hari dah pandai datang tepi pagar rumah kita mengadu-dumba
sya sidai baju cepat2 pastu sya cakap dengan dia, sabar lah..nak cari rezeki kena banyak bersabar
masa sya nak masuk rumah boleh lah maid tu pesan jangan sampaikan pada tuan dia ye

so 2 hari lepas tu sya pergi beraya kerumah jiran tu
sya pun ceritalah maid dia datang kat tepi pagar sya, mengadu macam2
skali jiran sya cakap, bukan sya je dia mangadu
pada jiran2 sebelah rumah dia & jiran hujung simpang pun dia pi mengadu
ishhh,,,teruknya perangai maid ni..mulut jahat

sya pernah jugak alami macam ni dulu masa duduk skali dengan parents sya
maid kami boleh dok mengadu dengan kawan dia kat phone 
kata kami tak kasi dia makan
padahal masa datang berat 50kg..tak sampai 6 bulan kerja berat naik dekat 70kg
itu dia kata tak kasi makan
dah lah anak-anak sya tak kasi dia jaga,hantar nursery
dia setakat kemas rumah,membasuh & melipat & iron baju je
masak pun kami masak sendiri
lauk biasa boleh tahan seminggu
sejak dia ada 3 hari dah abis
tu camne dia kata tak kasi makan
tau-tau suatu pagi dia lari


kadang-kadang sya rasa maid ni tak sedar diuntung
apa mereka ingat murah ke kita bawak mereka datang sini
jiran sya kata dia kena RM8K pastu gaji RM500 sebulan
kerja dengan kita orang melayu banyak songgeh
cuba tengok yang kerja dengan Cina 
kena macam2
kereta kalau ada 5 biji..kelima-lima kena basuh hari-hari
pastu kena mandi anjing lah
petang2 kena bawa anjing jalan
pandai lak maid sya tu mengadu teruk maid jiran depan rumah tu kena 
maid jiran depan tu indon gak
so maid sya bercerita apa maid tu kena
tau pun ko teruk keja dengan bangsa lain
tapi bila kerja dengan melayu korang lak macam-macam hal

jadi sekarang tak yah pakai maid
semua buat sendiri
puas hati
kita pun selesa sebab tak de orang lain dalam rumah kita

Saturday, October 9, 2010

BertemuTeman Cyber Yang Anggun Ala-ala Retis

Kelmarin saya dapat message kat FB
Ada Jemputan makan-makan
dari Teman yang kenal dialam cyber hampir 2 tahun

Siapa lagi kalau bukan TopsyTurvyMum
Yang Anggun Ala-ala retis
hehehe
Dia ni banyak nama tau
Kawan sekolah panggil dia NANA
Kawan forum panggil dia Roxy
Dan sekarang dia dapat nama baru lak dari teman2 blogger iaitu Cik Tim aka Timah

Saya kenal Rox dari Forum Cari
Masa tu tengah berusaha keras nak kurus
Join forum BFT
Kat situ masing-masing sibuk nak kurus
Jadi masing-masing saling memberi peransang antara satu sama lain
Tiap-tiap hari kami akan report apa makan semalam, apa workout yang dibuat semalam
Masa tu banyak gak lah sYa turun berat badan lebih 10kg
Konon dah perasan kurus, stop join forum
workout mula malas buat
maka badan pun naik bagai dipam-pam..hehe

Tapi Rox maintain kurus..jeles
Hari ni Rox buat makan-makan kat rumah adik dia di Shah Alam
Rox balik bercuti sampai 23hb ni
Jadi memang dah lama tunggu nak jumpa 
Akhirnya dapat juga sya bertemu teman cyber
yang selama ni kami hanya berborak dalam YM je
Borak macam dah lama kenal
Padahal baru sekali jumpa

Sya seronok berkawan dengan Rox
Sebab tak sombong
Otak pun gila-gila..tapi tak lah sampai gila :))
Lagi yang sya tak sabar sebab nak jumpa Amjahh yang Comel
Geram sungguh tengok Amjah ni..nampak je kita hala camera kat dia,terus je senyum..TTd sembunyi belakang Amjah..maklumlah low-profile..hehe

Tengok tu kan dah cakap..pantang nampak camera,senyum je dia..comel


Rox dengan gaya sopan santun ala pompuan melayu melben terakhir tengah buat popia basah

Zeta(Blogger gak), sYa & Rox @ TTM(Rox ni kan low-profile,jadi letak pic dia yang kabur..hehe..x leh tayang muka vogey dia kat blog)


Thanks Rox sebab sudi jemput sya datang makan2 & akhirnya dapat jumpa Mak Jah yang Glamer kat alam cyber ni

Makan semua sedap2 ada nasi beriani, popia basah,nasi impit & yang paling sya suka Black Forest Trifle

Panjang umur ada rezeki kita jumpa lagi yer.