Monday, November 29, 2010

Lagi Peristiwa DiBulan November


Alhamdulillah..
Hari ini lagi satu berita gembira
Adik sya dah selamat melahirkan 12.10 tadi

hehehe...Sebelum ni sya ada bagitau dia
baby dia ni samada keluar sama tarikh dgn birthday sya atau pun sama tarikh dgn anniversary 
skali betul
hehehe
masin mulut mak sedara dia ni

Ok lah nak keluar pergi lawat baby baru kat Hospital Bersalin Razif,Klang

Peristiwa DiBulan November

Bulan November ni Sya celebrate 2 Tarikh yg bermakna

Pertama 13hb November Sha menyambut Hari Kelahiran Yang ke-35tahun
Tiada apa2 yang istimewa sbb secara kebetulan ada jemputan makan kat rumah Eynda
Jadi tak masak lah apa2 hari tu..hehe

balik dari situ HB belikan kek dan potong kek kat rumah je la
Hb ada beri Sya hadiah sebentuk cincin

Hari ni 29 November merupakan Ulangtahun Perkahwinan kami yang ke 13 tahun
Syukur kepada Allah kerana panjang kan umur dan jodoh kami
Sepanjang 13 tahun ni bermacam dugaan yang kami tempoh
Suka Duka..Tawa Tangis..Pahit Manis..
Namun semua itu kami jadikan cabaran untuk kami sama2 menempuh kehidupan rumahtangga ini

Disebabkan anniversary tahun ni hari Isnin,Hb kerja
Jadi semalam kami lunch date berdua kat Renaissance Hotel,KL je
dapat lah kami habis satu hari berdua sahaja tanpa anak2
Anak2 pos rumah mak sya..hehe

Buat suami tercinta, Terima Kasih Atas segala kasih sayang & pengorbanan yang diberikan selama ini
Buat anak-anak tersayang,kalian lah harta  dan penyeri hidup Kami.

Tuesday, November 9, 2010

Terima kasih Pada Yang Memahami

Terima Kasih Diucapkan Pada  Rakan dan Keluarga
Yang memahami dan memberi komen di FB
mengenai post sya yang lepas pasal Marsya
Dan terima kasih juga pada sahabat yg beri komen di blog
Insyaallah sya cuba sedaya upaya untuk tidak ambil hati atas segala kata2 orang tentang anak sya
Namun kita ni manusia biasa yang ada perasaan
Ada masa nya perasaan ni terlepas gak..tak dapat bendung
Biar apa orang nak kata
Kami akan didik semua anak-anak kami untuk jadi Insan yang berguna,beriman & berjaya dunia dan akhirat


 ·  · View Original Post · Share · Delete

    • Syarifah Salwa Syed Mustaffa Ala yong biarlah apa org nk ckp..Nobody's perfect..Wa ni dr kecik smpi skrg org still lg tegur kekurangan yg ada kt wa ni..So bila benda tu ada@kena kt ank2 wa org duk ckp lg lah..Never ending story..Kita tk minta benda tu sumer tp Allah lebih mengetahui apa yg terbaik utk kita.
      3 hours ago · 

    • Nahar Nizar apa ada pada warna. paman lagi, dua warna. warna di tangan gelap, warna di peha cerah. jgn amek kesah
      3 hours ago · 

    • Ummie Nizar 
      betul apa yg wa kata kan tu,rupa paras pemberian tuhan,,segala gala telah di tetap kan,,,ummi ni pun dulu org kata gak,anak2 cerah,ummi gelap,bila ummi kata kan komer ni anak ummi org tak berapa nak percaya,,lagi lagi yong,ngan mata sepet nya mcm anak cina,,sampai kan cina pun kata ummi amek anak angkat cina,mengung nya cina,,syaffiq tu dulu orang ingat ummi amek anak bosnia(bukan bohsia ya)terboyut boyut bawa anak dlm perut,,bila dah beranak orang tak kata anak kita,anak cina lah,anak bosnia lah,anak jepun lah,anak arab lah,paman ummi setuju apa yg paman kata kan itu.nasib baik dua warna,bukan dua alam,,,,hahaha,,,,,

      3 hours ago · 

    • Siti Hadijah Kusin 
      Biar gelap kulit jangan gelap hati... setiap kekurangan ada kelebihan.. saya ada tiga org anak... yang kecil tu memang dia gelap tapi dialah yang selalu buat kami tersenyum dengan lawak jenakanya... setiap anak tu ada kelebihannya... dulu org menghina kami.. pandaikah kami mendidik anak...sedangkan ayah hanya seorang pemandu lori... Alhamdulillah syukur pada Allah 2 orang anak kami dah masuk U. Kadang penghinaan itu adalah kekuatan bagi kita.. kita jangan lemah kita kena kuat.. Biar apa orang nak kata.. yang penting diri kita.. memang sedih.. tapi Allah itu maha adil lagi bijaksana.. Kuatkan semangat ya...

      2 hours ago · 

    • Cik Su Ana elehh....comeeiii per.....aper ler diaorg niee...ko ckp jer..tu ikut sebelah ayah dia....ko tgk...ader x yg berani tegur ayah marsya...heee...lex yong...anak2 aku suma x brapa nk cerah cam aku...(aku cerah sgt ker..hee) ....asal sihat n sempurna....alhamdulillah..syukur...
      about an hour ago · 





Monday, November 8, 2010

Jangan Lah Terlalu Menghina

Sya rasa geram sungguh

Dalam keempat-empat anak sya

Marsya lah yang paling gelap kulit nya

Memang sya akui

Ramai yang akan membandingkan dia dengan kakak & abang2 dia

Tapi kalau orang luar atau rakan yang jarag jumpa Marsya tegur dia gitu

Sya tak kisah

Ni yang jadi sya sentap

Bila orang yang dari kecik dah jumpa Marsya

Dan memang dah tau yang kulit Marsya tak secerah yang lain

masih nak tegur warna kulit dia

Setiap kali jumpa, tengok gambar or nampak Marsya

Mesti nak cakap kenapa Marsya gelap

Sentap lah jugak..kalau asik itu je yang diperkatakan

Oleh orang yang memang dah tau & dah tengok marsya dari kecik

Macam lah tak pernah tengok marsya sebelum ni

Sya syukur Marsya masih cukup sifat walaupun kulit dia tak cerah

Sya syukur Marsya darah daging sya

Marysa zuriat sya dan suami

Setiap anak tak kan sama

Pasti ada kelebihan dan kekurangan setiap seorang

Jangan lah terlalu membanding-banding kan 

kerana belum tentu kita yang ni bagus dan sempurna



Tuesday, November 2, 2010

Kasih Seekor Kucing

Sya nak cerita pasal kucing adik sya
Nama kucing tu KATIK..
sebab apa nama dia gitu..hehe..sebab kucing tu badan dia pendek & rendah

Kucing ni actually adik sya yang perempuan jumpa kat Ampang
Dia pi hangkut bawak balik Klang
Kat rumah mak sya, Katik ni jadi teman tidor adik sya APIQ
Tiap-tiap malam Katik tido dgn apiq
Katik akan tunggu Apiq balik kelas tiap-tiap malam untuk makan

Tapi hari jumaat lepas Apiq tak balik rumah 
Sebab UNITAR ada konvo, apiq ada main gamelan & ada lagi hal yang dia kena buat
Ummi sya kata, dari jumaat malam Katik dok dalam bilik tunggu Apiq sampai hari sabtu
Katik tak turun2 ke dapur makan & minum
Mak sya perasan sabtu siang Katik masih kat atas, mak sya bawa katik turun
Dari jumaat, sabtu, ahad & isnin katik tak nak makan
Dia merajuk sebab Apiq tak balik
Masa sya pergi rumah mak sya petang semalam katik duduk kat tingkap dalam bilik air
Sya pujuk dia makan & turun dari tingkap tu..katik hanya pandang sya & ngiau lemah je

Apiq balik rumah malam semalam(isnin malam)
Katik terus terpa Apiq
Bising katik mengiau..ikut kaki apiq
Apiq angkat Katik & cuba bagi makan
Tapi katik tak nak makan
Apiq bawa naik bilik tido sama2
Malam tadi dalam 11pm sya pergi rumah mak sya kerana ada hal
masa sya naik bilik atas, sya tengok katik duduk depan pintu kat tangga atas
Sya tegur Katik..sya ckp dgn Katik
"Kenapa ko duduk sini,,pergi lah tido atas katil"
Katik ngiau & ikut kaki sya
Tapi sya boleh tak terlintas nak angkat dia naik katil
Sya terus balik
Pagi ni sya dapat panggilan dari bapak sya dlm 5am yang Katik dah mati
Sedihnya
kata bapak sya dalam 4 am bapak sya nak pergi toilet kat dapur
dia tengok katik dok diam kat dapur
bapak bagi katik makanan..tapi Katik x makan
Bapak sya jengah sekali lagi dapur jam 4.30am..Katik dah mati
huhuhu..sedihnya 
katik ni memang manja sangat
suka tidor atas riba orang

Apiq bersama Katik dalam kenangan

Betapa kuat ye ikatan kasih sayang Katik dengan Apiq
Siapa kata binatang tak de perasaan
Binatanag pun reti merajuk
Binatang pun reti rindu
Sedih nya bila kenangkan Katik

Kesian Syaffiq..
Ni luahan Apiq kat wall FB dia

Katik....!!:'(
kenapa xnak mkn...sampai hati katik tinggalkan apiq...sobsob:(
3 hari je x balek umah...bukan lama pon sayang...malam nie saper nak teman tido??semalam pon kejap jer tido...apiq tersedar kol 2 lebeyh katik xdek...apiq carik kat bawah katil...katik xdek...sampai ati katik tinggalkan apiq....sobsob:'( "