Saturday, September 10, 2011

Ngomel Pagi Sabtu

Hari ni mesti ramai yang buat open house kan
Semalam lepas berbuka masuklah Giant
Kononnya nak beli bahan buat kuah kacang & rendang Tok
Skali tengok semua tak de
dari kacangnya dampailah ke daging
Agaknya orang dok borong nak buat open house lah tu

Sya sendiri tak tau bila nak buat,rasanya tak buat open house besar2 
Just masak2 & jemput sedara-mara datang rumah
Maklumlah kami ni kerja, hanya ada rumah hujung minggu je
Hari ni HB demam lah pulak
agaknya musim demam lah
Kelmarin mak sya,anak sulong,adik2 & anak sedara semua demam
Ni Hb lak dah mula demam

Ni Pic family Hb yang dah datang beraya masa raya ke-5.









Thursday, September 8, 2011

Aidilfitri 2011 Yg Bermakna

Sebenarnya Aidilfitri tahun ni amat bermakna
Tak dapat nak gambar kan
Betapa gembira hati sYa

Raya tahun ni telah menemukan & menyambungkan semula hubungan yang terputus
Gara-gara salah sangka,ego dan tak pasti apa lagi yang menyebabkan hal ini berlaku

Sebenarnya hubungan bapak sya dengan abang nya telah 6 tahun terputus
6 tahun tu jugak lah bapak sya & abang dia tak berhubung
masing-masing berkeras & ego
puncanya kami tak pasti
kerana hanya dengar dari sebelah pihak

Namun sebagai, sya tak mahu keadaan ini berlarutan
Sya contact cousin sya
kami merancang untuk temukan bapak masing
Maka sebab itu raya tahun ini sya katakan yang sya mahu dengan belah sya pulak
ini lah salah satu sebabnya
sebab tu sya pergi bercuti sampai ke Penang..
sebab bapak saudara sya ni dok kat Jawi

Mulanya takut jugak ayah Yeop tak nak terima kedatangan kami
Namun syukur semuanya berjalan lancar
disebabkan kami sampai rumah Ayah Yeop masa solat jumaat
Jadi kami tunggu sampai Ayah Yeop balik

Ayah yeop tetap ayah yeop yang sama
masih meriah dengan seloroh, gurau, lawaknya
hari tu rumah Ayah Yeop riuh dengan tawa kami
macam-macam cerita yang keluar

Ayah yeop sekarang makin lama makin terserlah rupa arabya
dah macam Arwah Raja Husin,bekas pemerintah Jordan
hehe.

Gelak semua orang dengor seloroh Ayah yeop




Semoga hubungan antara Bapak(Syed Mustaffa) & abang Sulong (Syed Hussin) akan pulih & baik selamanya 

Tuesday, September 6, 2011

Hari Raya Aidilfitri 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Mood raya..so nak update blog yang dah berbulan dilupakan
Raya tahun ni seperti biasa,,giliran HB
Walaupun tahun lepas sepatutnya giliran rumah mak sya, pagi raya kami dirumah MIL atas sebab2 tertentu
Mak HB ni org Jawa, keliling rumah ni kebanyakan sedara & jiran yg juga orang Jawa
Jadi memang dah jadi adat, lepas bersalam & maafan,kami akan ronda kg
Menapak hokey..penat jugak
tapi satu je jiran2 kg Hb ni memang tak hidang ketupat rendang pada tetamu
depa hanya hidang kuih & air je
sebabnya adat mereka, sehari sebelum raya lepas masak lauk( biasanya Jawa ni lauk depa ayam masak sambal or kicap,kuah lodeh,kuah kacang & sambal goreng) & ketupat, depa bungkus & bahagi jiran tetangga
Sebab tu pagi raya bila kita pi ziarah rumah jiran x de yg hidang juadah
masa mula2 kawin sya rasa pelik gak..maklumlah kita biasa pi beraya akan dapat makan ketupat & rendang
skali raya belah Hb tak dapat..hanya hidang kuih
tapi sekarang dah paham adat depa
lagi satu orang Jawa ni kalau bermaafan yg tua2/veteran ni lain sikit caranya
depa akan dok rapat2, bisik2 kat telinga..gobrong Jowo..hehehe
apa yang depa cakap haram sepatah x dengar..kalau dengar pun bukan sya paham
tu lagi satu tradisi unik orang Jawa

So raya pertama memang sya kat rumah MIL je lah..
walaupun rumah parents sya dekat je..dalam 20 minit berkereta
tapi sya hanya dapat beraya dengan mereka rya ke-2 je..
takpe..sabar..hehe...biar HB puas2 raya dengan kluarga dia
Sebab tahun ni sya nak balas dendam..hehe
dah 2 tahun sya tak beraya lama2 dengan belah family sya
sebab HB nak beraya dengan belah dia..dari raya 1,2 & 3..ada je depa nya planning
nak ziarah family belah Abah HB
Tapi tahun ni awal2 sya dah bgtau yang sya lak nak bawa Ummi & bapak sya beraya ziarah family kat Ipoh & penang

So raya ke-2 kami bergerak ke Ipoh..
crite next entry lak

Layan pic raya pertama dulu lah ye


Hb bersama ipar,adik & sepupu lelaki

Sya bersama MIL, adik2 ipar, Makcik & sepupu HB