Sunday, November 20, 2011

20.11.2011- Danny & Qimie Khatan

Hari ini dalam sejarah buat 2 orang anak bujang sYa
Pagi ni anak-anak sYa akan berkhatan
Qimie khatan dulu 9.30am
Danny khatan 10.00am

Kami pi khatan di Poliklinik Penawar, Taman Sri Andalas, Klang
Guna kaedah laser & jahit
Charge RM130.00 seorang


Sebelum pergi kita amik pic dulu ye.

Kat klinik ni lah anak-anak teruna dua orang ni nak disunatkan

Sedanga menunggu..Qimie cool je..Danny dah nampak gabrah

Dr dok bagi penerangan skit pada Qimie. Dema dua beradik ni "buta" bebirdnya..tu yang lama skit & sakit skit bila kulit tu nak di pisahkan dari kepala

Muka tutup ye dengan kain..x moh kasi tengok proses potong bebird

Dah selesai..

Giliran Danny Lak..bukak seluar dulu ye..

Tangan Danny sejuk,,takut lah tu,,Danny ada skit bersuara bila nak tanggalkan kulit dari kepala..Danny doktor kasi bius lebih sikit sebab dia penakut lebih dari Qimie

Dah selesai..alhamdulillah...salam doktor dulu ye encik Hb sebelum keluar..Terima Kasih Dr Syed




Siap dah..jom balik...Qimie dah mula rasa sakit,sebab dia khatan dulu..

Qimie dah merengek2 skit..danny baru khatan,bius masa ada

Qimie dah mula meraung..tak beri sYa dok jauh dari dia..jenuh memujuk..masuk kereta lagi kuat qimie meraung,sakit dah rasa

Qimie dok meraung2 sakit..danny cool je..boleh tahan sakit rupanya danny ni..ingat kan dia yg akan meraung sebab dia ni pemalu & soft skit perwatakan berbanding Qimie yg nampak brutal & lasak.

Jenuh memujuk..kipas kan bebird dia, picit kaki & bagi makan ubat tahan sakit baru nak diam & tidur

Danny relak je sambil tengok TV

Baru sampai rumah..qimie kat atas kerusi, Danny kat bawah..
Sekarang dua2 dok baring kat bawah..senang ..

Selamat dah dua orang anak teruna sYa dikhatankan Alhamdulillah
Tunggu baik & sembuh je..
Tak pe ye..
Dah baik nanti kita pergi bercuti ye 

Thursday, November 17, 2011

Kerana RM100..ermmmm

Korang dah ambil ke bantuan RM100
Setiap seorang anak yang bersekolah akan dapat bantuan
Tapi pejalar Form 5/2011 tak dapat ye
Sebab tahun depan dema bukan budak sekolah lagi

Sekolah anak sYa kelmarin bagi memo
Rupanya ada jadual pulak hari-hari untuk ambil RM100 ni
Anak tahun 5 ambil hari Khamis, 17/11/2011
Anak tahun 2 ambil hari Selasa, 23/11/2011

Alahai...jenuh lah kami yang kerja ni
Dua hari datang lambat

Tadi sYa dah pergi sekolah anak sya
Sampai sana 7.30am
Mula-mula sampai ada cikgu kat situ suruh datang pukul 10am
Sebab katanya, pkl 10 baru dema nak ambil duit kat bank
Laaa...macamane lak gitu
Alasan dorang tak simpan duit bayak kat sekolah

Sya cakaplah, sya ni kerja, jauh lak tu
Macamane nak datang lagi
Nasib ada Cikgu Besar kat pejabat tu
Dia kata mereka akan bagi dulu duit tahun 6 yang tak ambil semalam
Dapat lah sya ambil duit RM100, walaupun kena tunggu 30minit untuk kerani masuk

Jadi minggu depan sekali lagi kena pergi sekolah untuk ambil RM 100

Kerana RM100...ermmmmm

Tuesday, November 15, 2011

Result Blood Test

Masih ingat tak dengan post pasal sakit kaki kat sini
Jadi hari Sabtu 12/11/2011, HB bawa sYa pergi klinik untuk ambil result
Ini lah result nya
Positif RHEUMATOID ARTHRITIS


Berita dapat sehari sebelum birthday sYa
Sedih ada..takut pun ada
Kerana menurut doktor sakit ni tiada ubat
Hanya bergantung pada pain killer & steroid untuk radang
Tapi steroid tak boleh di ambil selalu

Info tentang sakit ni boleh baca disini  


Sekarang kalau tanya apa perasaan
Sudah pasti hati ini sedih
kenapa boleh kena penyakit ini
Menurut doktor penyakit ni penyakit genetik


sYa tak tau apa nak katakan lagi
sYa terima dugaan Allah 
Mungkin ada hikmah yang terselindung


:(

Sunday, November 13, 2011

13.11.11..My Birthday

13 NOV 2011
Happy Birthday To Me..
Happy Birthday To Me
Happy Birthday To Me
Happy Birthday To Me

Allah Selamat Kan Aku
Allah Selamat Kan Aku
Allah Selamat Kan Akuuuu
Allah Selamat Kan Aku

Selamat Hari Lahir
Selamat Hari Lahir
Selamat Hari Lahir
Selamat Hari Lahir

36 Tahun


Terima Kasih HB kerana masakan lunch yang amat sedap
(Semua HB masak sendiri..Siakap Steam, Siakap Sweet & sour, Sambal Tumis Udang Petai, Sotong goreng Tepung & Madu)

Saturday, November 5, 2011

Sakit Kaki

Hari tu kan ada buat post pasal sakit kaki sini
So hari Khamis,3/11, Hb bawak Sya ke Klinik panel HB
Ke Gombak lah kami hari tu
Klinik Keluarga Suhana, 
Kami dok kat Klang, pergi klinik kat Gombak..hehe
Tapi hari tu memang kaki Sya dah teruk sangat
Jalan dah kena papah, jalan terjengkit2, perlahan2 je jalan
 Pinggang pun dah effect,sakit sangat
Dr kata sebabnya,bila kaki & jari2  ni sakit,sya akan cuba elakkan memijak guna kaki depan ni
Tu yg sya akan memijak belah tepi,tu yg sebabkan urat pergelangan kaki & urat kat tulang belakang tertarik
Memang sakit giler tulang belakang ni, pergelangan kaki pun rasa macam terseliuh & bengkak

Dr. Suhana tu check bagus lah jugak
 So kena ambil darah untuk test
Dr suspek Arthritis
 Tapi jika result negetif, baru Dr akan x-ray kaki
 Ni kena makan ubat 2 jenis
1. Xepasone 5mg (Prednisolone) untuk Radang
 2. Celebrex 20mg (celecoxib) untuk tahan sakit sendi
Dr bagi celebrex sebab sya tak boleh makan ponstan
Dr cakap sya alah pada ubat yang ada Asprin
Kalau makan ponstan, sya akan kena attack pinggang
 Lagi teruk sakitnya,berguling2,tak leh nak bangun
Minggu depan kena pergi klinik lagi
Semoga sakit sya ni sembuh lah

Friday, November 4, 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha


Insyaallah kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada Ahad, 6 Nov 2011

Esok kami akan bergerak ke Jelebu, N9
Tahun ni kami beraya kat rumah makcik Sya

Buat yang balik kampung, berhati-hati memandu
Buat yang melakukan korban,selamat ber-korban

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA