Friday, March 23, 2012

Dah tak boleh sorok lagi

Pernah tak korang masa sekolah-sekolah dulu 
Bila mak tanya mana report card ujian 
Korang cakap belum dapat
Or Buat-buat lupa nak bagi tau
Yang minggu depan is parent day
Kena pi amik report card periksa

Mesti pernah kan
Ye mesti
OO..tak pernah ye
Korang baik
Sya pernah lah dulu2
Masa darjah 6 buat jahat
Sya pi padam dgn liquid paper markah yg tak lulus
pastu tulis markah lain
Bapak tanya kenapa ada liquid paper ni
Boleh lak jawab entah cikgu salah tulis kot
hehehe
Ampun bapak
Nasib lah anak bapak ni skrg jadi manusia, pandai lah gak..hehehe

Sekarang semua dah boleh tahu online
masuk je wabsite ni




pastu masukkan no kad pengenalan
walaupun sekolah rendah, masukan no kad pengenalan yang ada kat surat beranak tu tau
pilih sekolah rendah atau menengah
pastu pilih tahun
dan keputusan periksa apa yang kita nak tau

Nanti keluarlah result periksa atau ujian anak kita
Senang je kan sakarang

Dah tak boleh lah nak buat kerja dosa macam sya dulu..hehe



Saturday, March 3, 2012

Taare Zameen Par

Hari ini entah kenapa sya boleh melekat depan Tv tonton cerita Hindustan
Tajuknya Taare Zameen Par



Filem ini arahan Aamir Khan
Ia mengisahkan tentang seorang budak lelaki yg berumur 8 tahun bernama
Ishaan Awasthi
Ishaan merupakan anak kedua dalam keluarga
Ishaan umpama hidup dalam dunia sendiri
Ishaan amat suka warna, ikan, anjing dan juga layang-layang
yang mana bagi Bapa dia itu tak penting
Bapa Ishaan lebih mementing keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan
Ishaan amat berbeza dengan abang dia Yohan
Ishaan tidak dapat menumpukan perhatian dalam kelas
Hingga selalu menimbulkan masaalah
Sampai lah satu tahap bapa dia nekad menghantar Ishaan kesekolah pemulihan

Ishaan dimasukkan kesekolah asrama pemulihan
Ishaan berubah 100%
dari seorang kanak-kanak yang suka melukis kepada kanak-kanak yang pendiam, tidak mahu melukis lagi
Ishaan sentiasa didenda oleh cikgu
Namun kehadiran seorang guru seni,lakonan Aamir Khan telah berjaya merubah 
Tanggapan Cikgu dan IbuBapa terhadap Ishaan

Cerita ini benar-benar menyentuh perasaan sya
Airmata sya tak dapat dibendung

Ishaan umpama Qimie
Ye..sya nampak Qimie dalam diri Ishaan
IBUbapa Ishaan umpama Sya dan HB
Kami selalu membandingkan Qimie dengan orang lain
Kami selalu pandang rendah pada Qimie
Tapi hakikatnya kami tak nampak siapa Qimie sebenarnya


Qimie hingga kini umur 9 tahun masih merangkak-rangkak membaca
Menulis pun tak pandai sangat
Qimie selalu menimbulkan kemarahan kami dan orang disekeling dia
Mertua sya selalu marah Qimie,kerana tak tahan dengan kerenah Qimie yang boleh berubah dalam sekelip mata sahaja
Qimie suka mengamuk..

Tapi tulisan Qimie kemas
Lebih kemas dari tulisan abang dia
Tapi Qimie minat matematik
Qimie minat mencuba benda baru
Qimie suka sukan

Sya sedih sebenarnya bila kenangkan Qimie
Adakalanya sya dah hilang sabar nak mengajar Qimie
Bila disuruh belajar,pasti Qimie akan mengamuk
Hingga menaikan kemarahan sya
Bukan sya tak pernah pukul Qimie
Tapi sampai bila nak pukul dia
Sampai ada seseorang yg hampir dlm kehidupan kami marahkan Qimie dengan cakap "Inilah yang ummi kau ajar kan"
Tidak..sya tak ajar anak sya kurang ajar dengan orang tua
sebaliknya sya selalu tegur dan marah bila anak sya buat perangai

Tapi orang tak faham kan Qimie
Ya Qimie nampak seperti seorang budak lelaki yang kasar & lasak
Tapi sebenarnya hati dia lembut
Dia suka dibelai
Dia suka kita puji dia
Dia suka kita cakap lembut dengan dia

Suami sya tak boleh mengajar Qimie, dia tak sabar
Tak de sesiapa yg boleh sabar dengan Qimie
Hanya sya yang mampu bertahan
sebab Sya ibu QImie
Sya yang melahirkan Qimie
Sya yang menangis separuh gila bila Qimie kelemasan masa umur 7hari
Qimie hampir2 mati lemas
sebab dia tersedak susu

Sya hanya berharap semoga suatu hari Qimie akan berjaya dalam kehidupan


Qimie, anak bertuah, Ummi tahu ada sesuatu yang istimewa dalam diri awak. Maafkan Ummi kerana tak memahami awak. Namun ummi sentiasa doakan Qimie berjaya dalam apa saja yang Qimie minat.