Showing posts with label SUSUR GALUR. Show all posts
Showing posts with label SUSUR GALUR. Show all posts

Sunday, September 26, 2010

Susur Galur Opah Belah Bapak.


Pernah kah kita tertanya-tanya 
Siapa moyang miut kita
dari mana asal mereka

Bagi sesetengah orang ini semua tak penting
Kerana ada yang pernah cakap pada sya
nak buat apa dibanggakan keturunan yang ada ni
kita kan semua manusia biasa
sama je bila dah mati nanti

Memang yer kita semua manusia biasa
sama je bila mati dikafan putih
ditanam dalam tanah
tapi salahkah sya mencari asal-usul keturunan sya
dari belah bapak & ummie sya
tak salah rasanya

Buat masa ni sya menghadapi masaalah nak cari belah bapak sya,
Iaitu belah datuk sya, Syed Hassan
Sya hanya tahu sampai 6 nama saja
iaitu Syed Mustaffa (bapak sya) b. Syed Hassan b. Habib Hamzah b. Habib Abdullah b. Habib Hussin
Atas dari tu tak tau
Yang pernah sya dengar Habib Hamzah ni ada 3 lagi adik-beradik iaitu 
Habib Ariffin, Habib Ali & Siti _ _ _. Tak pasti nama penuh siti ni.
Habib Hamzah ni dihantar oleh bapak mereka ke Mekah
Kemudian Habib Hamzah & adik beradiknya balik ke Perak
Habib Hamzah & Habib Ariffin ni ada jalan yang dinamakan semperna nama mereka
Kerana kata orang2 tua,mereka ni amat berjasa pada Sultan Perak dahulu

Itu je yg sya pernah dengar
Insyaallah jika ada rezeki minggu depan sya nak jumpa adik kepada arwah datuk sya untuk soreh lagi

Sya berjaya ketahui susur galur belah Opah,iaitu mak bapak sya
Arwah Opah sya dari keturunan Tun Saban
Tun Saban ialah salah seorang pembesar Hulu Perak yang terlibat dengan pertabalan Sultan Perak yang pertama iaitu Sulatn Muzaffar Shah 1 pada tahun 1528

Opah sya bernama Halijah Bt Toh Muda Meor Shamsuddin
Toh Muda Meor Shamsuddin merupakan salah seorang penulis buku "HULU PERAK DALAM SEJARAH"
yang mana ditulis bersama Toh Muda Taja Razman b Raja Abdul Hamid & Husin b. Mahmud. 
Pusara Meor Shamsuddin ni ada di Lengggong, Perak

Meor Shamsuddin b. Meor Yahya, 
yang mana Meor Yahya merupakan Dato' Seri Adika Raja Ke-12

Meor Yahya b. Meor Nyah Muhammad Amin b. Meor Che Idris b. Meor Abdullah b. Alang Juah b. Toh Terosor b. Toh Senalu b. Toh Berolak b. Toh Hilang Di Pilih b. Tun Kelalang b. Tun Saban

Dari mana datang nya gelaran Meor dipangkal nama
Bagi kami orang Perak
Apabila seorang Sharifah berkahwin dengan Ahwal pangkal nama anak akan diletak Meor bagi lelaki & Mai & Wan bagi perempuan

Alang Juah terlah berkahwin dengan Siti Hawa bt Syed Alang Muhammad Kecik b Syed Shamsuddin b. Syed Abu Bakar b. Syed Hassan b Syed Husin B. Syed Jalaluddin (Tok Tambak Pulau Pisang) dan seterusnya sampai ke Fatimah az-zahra & Ali

Itu sebelah Opah sya. Sya memang nak cari sangat belah Atok Syed Hassan, sebab kami semua Jamalullalil Perak ada yg hilang susur galurnya..nak sambung sampai ke Fatimah Az-zahra itu yang penting.

Tak mengapa lah..Insyaallah Dapat lah sya cari susur galur keturunan sya ni
Moga Allah beri petunjuk & permudahkan pencarian sya ini

Amin