Showing posts with label Sakit. Show all posts
Showing posts with label Sakit. Show all posts

Friday, February 3, 2012

Saya sudah....


Ini lah hasilnya
Lepas makan steroid banyak
Hasilnya....

SAYA SUDAH GEMUK..huaaaaa

Berat badan dah naik

Kata kawan sya yang dah bertahun makan steroid sebab penyakit yg dia hadapi
Memang kita akan gemuk skit sbb selera makan naik

Camne nak kurus ni, doktor suruh kurangkan berat badan

Nak exercise tak mengizinkan lak kaki ni

Sekarang ni lutut dah tak sakit

Tapi sakit kat pergelangan kaki..kat urat keting

Sabar..sabar..

Akan cuba kurangkan berat badan dan tengok camne

Ps: Pic segan nak letak,sbb dah gemuzzz sangat. Apa-apa pun nanti lepas balik dari USS sya tepek pic ye..wink..wink..hehe (dlm sakit kaki tu nak gak gi Singapore isnin ni...:))

Saturday, January 14, 2012

Dah Keluar Wad

Maaf ye..lama tak update
sebenarnya Sya dah Kluar wad pada  7/1/2012, Sabtu
Tapi Doktor bg MC sampai 12hb

Khamis,12/1/2012 sya ada appointment dengan doktor
Dah jumpa Doktor, dan hasil ujian darah & air lutut
doktor masih tak dapat confirmkan apa sakit sya
Doktor bagi Mc lagi sampai 18hb, makan ubat untuk 5 hari
Lepas tu doktor suruh free from medication for 2 weeks
dan tengok macamane
kalau sakit sya datang lagi sebelum appointment 8/2,doktor suruh datang terus ke hospital
Doktor akan rujuk sya ke pakar Rheumatoid kat SJMC

Ermm..susah hati sebenarnya memikirkan
Tapi sya nak ikhtiar cara tradisional

Meh layan pic bilik yang sya duduk kat Hospital Pantai Klang


Kira selesa lah duduk dalam keadaan sakit..
Anak2 datang pun x ganggu orang lain

Tapi malam pertama ummie sya teman kan, sebab sya tak boleh memijak & jalan
Malam kedua tido sendiri, x de sape teman,sebab dah leh jalan sikit
 Malam ketiga HB teman kan.

Thursday, January 5, 2012

4/15/2012- Hari Kedua di Hospital Pantai Klang

Pagi ni Doktor Mohan masuk bilik check sya pada jam 6.45am
Punya lah awal doktor dah bertugas
Doktor hanya check biasa aje sebab masih menunggu result darah

Lebih kurang jam 10am Doktor Hong lak masuk check
Doktor kata hari ni sya kena buat Physiotherapy
So lebih kurang jam 11 lebih sya dibawa ke bilik physio

Ni deme letak ais dalam yg warna biru tu..kemudian dialirkan arus elektrik 
Rasa sejuk sangat dan berdenyut2 
Terapi ni 15minit, kemudian ada lagi beberapa latihan kaki yang dibuat

Lepas tu masuk bilik semula
Petang Dr Mohan masuk dulu 
Menurut doktor hasil blood test semua negetif
So doktor masih tak dapat tau apa sakit sya
Doktor mohan kata beliau dah bincang dengan doktor Hong 
Mereka cadang nak amik fluid kat lutut sya
untuk test apa penyakit sya

Kemudian Doktor Hong pulak masuk
Menurut doktor, fluid kat lutut sya tak banyak
Dan dia kata hari ni tak dapat buat sebab lutut sya masih sakit
Doktor bagi cadangan untuk keluarkan fluid dalam lutut sya
kemudian masuk minyak
menurut doktor minyak ni dapat mengurangkan sakit dan membolehkan sya jalan semula dgn cepat
Doktor suruh bincang dengan Hb dahulu dan inform doktor esok
Sya masih tak dapat bincang dengan Hb, sebab Hb masih belum sampai lagi
Hari ni kan Hb kerja

Apa-apa keputusan sya akan update esok ye.
Semoga sya dapat pulih semula

Buat Komen dari: Rozita: Terima kasih atas ingatan dan doa. Insyaallah Sya akan kuat menempuh dugaan ini



Wednesday, January 4, 2012

4/1/2012- Hari Pertama di Hospital pantai Klang

Hari ini lutut Sya makin sakit
Langsung tak boleh berdiri dan berjalan

Maka dengan itu...
Hari ini sya warded
Hospital Pantai, Klang jadi tempat tidur sya malam ni

Hari ini doktor buat X-Ray, Ultrasound, Blood Test & check jantung

Esok baru tau result
Disebabkan tak pasti apa sakit
Hari ini doktor hanya bagi jab pain killer
dan bagi makan 2 biji Presnisolone

Malam ni tidur sorang dalam bilik 
HB ambil bilik sorang
Ingatkan dia nak teman
Rupanya HB terpaksa balik rumah urus anak2
Dan esok HB kena pergi kerja juga sebab dah cuti panjang dari 1hb hingga hari ni

Masalah Sya sekarang, macamane nak pergi toilet
dah lah kaki tak boleh berdiri
ermmm...








Wednesday, December 28, 2011

Ikhtiar

Kesihatan sya sekarang tak menentu
Rasanya dalam seminggu nak dapat rasa sihat 100% dengan tiada sakit pada kaki amat jarang
Sakit sendi ni dah makin melarat lak
Dulu hanya bahagian jari kaki dan pergelangan kaki
Sekarang dah  ke lutut

Mungkin juga antara penyebab
Sya lasakkan juga diri ni
Meeting kat site...drive sendiri ke site di KLIA2(site ni kat LCCT tapi kena masuk dalam lagi)
Kaki ni setiap hari bila balik kerja mesti bisa & malam x dapat nak jalan
Lagi2 bila musim hujan ni..hari sejuk..lagi lah bisa kaki sya ni
Menangis jangan cakap lah..hampir setiap malam sebab tak tertahan rasanya rasa bisa kaki ni

Sekarang sya cuba minum ALPHA LIPID
Nak ikhtiar tengok macamane..moga dapat lah sembuh
kalau rak dapat 100%, dapat sembuh sedikit & dapat sya berjalan seperti dahulu
Dan dapat berjalan2 dengan anak2 & suami tanpa perlu duduk sebentar & berhenti2 kerana sakit kaki

Ya Allah, hambamu yang hina ni memohon semoga kau sembuhkan lah sakit ku ini
Aku hanya mampu berdoa dan berikhtiar, namun hanya Kau Ya Allah yang maha mengetahui & menyembuhkan.

Tuesday, November 15, 2011

Result Blood Test

Masih ingat tak dengan post pasal sakit kaki kat sini
Jadi hari Sabtu 12/11/2011, HB bawa sYa pergi klinik untuk ambil result
Ini lah result nya
Positif RHEUMATOID ARTHRITIS


Berita dapat sehari sebelum birthday sYa
Sedih ada..takut pun ada
Kerana menurut doktor sakit ni tiada ubat
Hanya bergantung pada pain killer & steroid untuk radang
Tapi steroid tak boleh di ambil selalu

Info tentang sakit ni boleh baca disini  


Sekarang kalau tanya apa perasaan
Sudah pasti hati ini sedih
kenapa boleh kena penyakit ini
Menurut doktor penyakit ni penyakit genetik


sYa tak tau apa nak katakan lagi
sYa terima dugaan Allah 
Mungkin ada hikmah yang terselindung


:(

Saturday, November 5, 2011

Sakit Kaki

Hari tu kan ada buat post pasal sakit kaki sini
So hari Khamis,3/11, Hb bawak Sya ke Klinik panel HB
Ke Gombak lah kami hari tu
Klinik Keluarga Suhana, 
Kami dok kat Klang, pergi klinik kat Gombak..hehe
Tapi hari tu memang kaki Sya dah teruk sangat
Jalan dah kena papah, jalan terjengkit2, perlahan2 je jalan
 Pinggang pun dah effect,sakit sangat
Dr kata sebabnya,bila kaki & jari2  ni sakit,sya akan cuba elakkan memijak guna kaki depan ni
Tu yg sya akan memijak belah tepi,tu yg sebabkan urat pergelangan kaki & urat kat tulang belakang tertarik
Memang sakit giler tulang belakang ni, pergelangan kaki pun rasa macam terseliuh & bengkak

Dr. Suhana tu check bagus lah jugak
 So kena ambil darah untuk test
Dr suspek Arthritis
 Tapi jika result negetif, baru Dr akan x-ray kaki
 Ni kena makan ubat 2 jenis
1. Xepasone 5mg (Prednisolone) untuk Radang
 2. Celebrex 20mg (celecoxib) untuk tahan sakit sendi
Dr bagi celebrex sebab sya tak boleh makan ponstan
Dr cakap sya alah pada ubat yang ada Asprin
Kalau makan ponstan, sya akan kena attack pinggang
 Lagi teruk sakitnya,berguling2,tak leh nak bangun
Minggu depan kena pergi klinik lagi
Semoga sakit sya ni sembuh lah