Wednesday, January 4, 2012

4/1/2012- Hari Pertama di Hospital pantai Klang

Hari ini lutut Sya makin sakit
Langsung tak boleh berdiri dan berjalan

Maka dengan itu...
Hari ini sya warded
Hospital Pantai, Klang jadi tempat tidur sya malam ni

Hari ini doktor buat X-Ray, Ultrasound, Blood Test & check jantung

Esok baru tau result
Disebabkan tak pasti apa sakit
Hari ini doktor hanya bagi jab pain killer
dan bagi makan 2 biji Presnisolone

Malam ni tidur sorang dalam bilik 
HB ambil bilik sorang
Ingatkan dia nak teman
Rupanya HB terpaksa balik rumah urus anak2
Dan esok HB kena pergi kerja juga sebab dah cuti panjang dari 1hb hingga hari ni

Masalah Sya sekarang, macamane nak pergi toilet
dah lah kaki tak boleh berdiri
ermmm...








2 comments:

Rozita said...

Terharu baca catatan sya...Sakit kaki dan lutut boleh sampai warded, maknanya teruk la sakitnya. Sabar ye sya, Allah menduga kita mengikut kemampuan kita. Semoga Allah beri sya kekuatan dalam menghadapi dugaan ini.

Ibuhani said...

Ummisya.......smoga tabah menghadapi dugaan ini. Semua penyakit ada ubat....kita berusaha. Smoga cpt sembuh ye......