Friday, October 19, 2012

Ohhh tidak..lagiiii...

Tidak..Oh No
Nehiiii...
Kenapa..mengapa..
huhuhu

Dah 6 tahun menghilang, kini sekali lagi
Oohhhh...
tak sanggup lagi
memang dah tak sanggup
tapi macamane ni
dah mula merasa seksanya
dah dapat bayang apa yang nak ditempuhi

Untuk kali ke-5
Yer,,..nak ke-5
ermmm

Umur dah nak masuk 37
Sya mengandung lagi
Ya Allah..lembik badan
mabuk muntah tak kira waktu
pagi, petang, malam
perut sentiasa ber-angin
tu yg menyebabkan makan je muntah

Baru 9minggu
badan dah lembik..kepala sakit
mengandung umur dah banyak tak macam anak2 yg lain
kali ni badan lemah sangat
mabuk lagi teruk
tak pernah lagi memasak
semua bau busuk
rumah pun harap anak2 tolong kemas

cepatlah masa berlalu
cepatlah bersalin
apa-apa pun ni rezeki Allah
Terima dengan gembira
walaupun tak rancang nak anak lagi
lebih-lebih lagi dah kena sakit arthritis
moga sakit RA tak menyerang dikala ini


Tuesday, August 28, 2012

Kehidupan

Sesungguhnya dalam kehidupan ni tak kan sepi dari dugaan

Bulan Julai sya diduga dengan dianiaya oleh cina tempat kerja
hingga terpaksa meninggalkan alam pekerjaan
kerana tak sanggup diri dianiya oleh orang kafir itu lagi

Bulan Ogos, salah seorang anggota keluarga ditangkap polis
Menangis lah mak orang tu
Called family sya minta tolong
ketuk pintu rumah mak sya 4am
adik lelaki sya berusaha untuk tolong OKT itu
kesian adik sya..sampai tak tido sehari suntuk
berusaha untuk keluarkan OKT itu
jumpa orang sana minta tolong
jumpa orang sini minta tolong

Bila dah selamat keluar seblm raya
OKT itu dan keluarga dia lupa 
Hingga adik sya menanggung malu ditempelak dan  dimarahi oleh orang yg telah memberikan pertolongan
Adik sya sendirian mengahadapi orang yg memberikan pertolongan itu
Apabila adik sya menghubungi OKT itu tidak diangkat
apabila orang yg beri pertolongan itu call mak OKT itu
Boleh dia menjawap "wrong number'
sedangkan number itu lah dulu yg selalu menghubungi minta tolong
Malunya adik sya

Apabila cuba hubungi, tidak seorang pun nak jawab
Hingga kan hal ni ibu sya bangkit kan dalam group keluarga di FB
Yer memang mereka  respond
tapi dengan cara yg kurang ajar
kami dimaki
kami dimarahi
kesian ibu sya
kesian adik sya
setelah segala susah payah
mereka dijadikan musuh

Apabila dikatakan" Umpama melepaskan anjing yg tersepit'
peribahasa yg mudah tak nak difahami
sebaliknya dikatakan kita menggelarkan mereka anjing
Itulah akibatnya jika pelajaran tidak ada
Yang tahu hanya nak jadi samseng dgn join group tah apa2
abang long lah..abang chik lah..entah apa2 lagi

Akhirnya kita dipanggil binatang oleh mereka yg telah kita tolong

Yer..akan ada yg kata setiap pertolongan yg diberi perlu ikhlas
tapi jika ini yg dibalas boleh ke kita ikhlas
janji yg dilafazkan oleh mereka
tidak dipenuhi
sebaliknya kita yg dimarahi

Ini lah akibatnya jika tiada didikan ugama
Dari bapa hingga ke anak2
Bila orang solat, kita dikutuk
Hendak menunjuk katanya
diajak solat sama2
digelaknya..suruh kita je solat
Kalau dah bapaknya pun taik ganja & ditahan polis..
tak heran anak2 samseng begini

Menyesal menolong keluarkan kerana kenangkan hari nak raya

Jika begini caranya..tak menyesal putus saudara

Sya tidak menyesal untuk membuang mereka dari senarai keluarga


Ya Allah...
Betapa hebat dugaan ini
Aku tidak redha dengan hinaan mereka
Kau bukakan lah pintu hati mereka untuk bertaubat
Jika benar sudah tidak ada lagi hati mereka untuk berbuat baik
Kau bagilah balasan yg setimpal pada mereka

Friday, May 4, 2012

Pagi ni sya check email, hati tergerak nak buka Spam email..dan nampaklah email ini, sya terima dari seseorang yang tidak sya kenali.. Bila sya baca apa yang diluahkan,hati rasa sedih kenangkan apa yang terjadi Sabtu lepas. 

Macam2 yang sya baca..Blog pihak pembangkang kata ini..blog pihak kerajaan kata itu..

Yang pastinya sya sedih dengan tingkah-laku semua yg terlibat. kenapa perlu bertindak seperti orang yang tidak waras. Setelah kita kecapi kemerdekaan.

Tak perlulah kita nak memaki anggota polis yg bertugak kerana mereka menjalankan amanah yang telah tergalas dibahu mereka. Ya masa perhimpunan mereka benci Polis, tapi bila ada kecurian,penipuan,pergaduhan pada polis juga mereka laporkan. 


"insanprihatin@aftere.net ;


Sbg salah sorang anak kpd anggota polis sy ingin bersuara bagi pihak rakan2 sy...


Mmg negara ini negara demokrasi tapi xbermakna sikap puak pembangkang esp Bersih berhak memaki hamun sehingga mnjatohkn maruah serta harga diri pihak polis...anda menggelarkan Anggota polis sebg ANJING kerajaan...jadi siapakah kami anak2 POLIS ini...adakah kami anak2 ANJING?


Tuduhan cacian yg xtrbatas seolah2 semua anggota Polis kaki rasuah, xbole di percayai n sehingga xsgp sy menulis disini...


Berlinangan airmata sy bila melihat ada diantara anggota polis di pukul , di terajang seolah mrk xpunya sanak saudara n anak2 yg menanti kepulangan mrk dari bertugas...


Saban hari bila2 waktu yg kritikal spt bersih ini, sy sering trfikir apakah ini lambaian dan ciuman ayah utk kali terakhir krn ayah akan berhadapan dgn makhlok2 yg begitu bencikan tugas ayah...


Apakah tugas anggota Polis itu terlalu hina dimata puak pembangkang? Apakah selama ini rezeki yg ayah dan anggota polis dapat selama ini utk menyara hidup anak isteri mereka adalah rezeki yg tidak halal semata2 mrk bekrja utk kjaan yg dipilih oleh rakyat?


Apa yg sy tahu setiap kali sblm ayah pergi bekerja ayah kami adikbradik bersama ibu akan brsalam n mncium tangan ayah, dan setiap kali itu juga pesanan ayah akan diulangi...JANGAN LAWAN IBU, DGR CAKAP IBU, JGN BIADAP DGN ORG LAIN, HORMATI HAK ORG LAIN n YG PALING2 TRGURIS DIHATI SY IALAH AYAH AKAN BRKATA JGN SESEKALI TINGGAL SOLAT KRN ITU ADALAH TIANG AGAMA KITE...


Sedangkn di luar sana , ayah dan rakan2 dicerca , dimaki , di ludah dan di pukul semata2 utk menjaga keamanan negara...anda yg brkelakuan demikian fikirla, dgn penghinaan yg sedemikian xkn kami anak2 anggota polis akan berdiam , mmbiarkan org tersayang dalam hidup kami di perlakukn spt haiwan, sedang tingkah laku saudara2 pendemo itu lah yg kelihatan AMAT KEJI, seolah2 negara kite tiada undang2,, seolah2 anda semua tiada AGAMA, sehingga sgp mnghinam memukul, menerajang dgn niat kalo polis itu mati adalah kejayaan anda...


Inikah yg di katakn perjuangan menegakkn keadilan sedangkn keadilan dipihak kami, pihak ayah dan rakan2 nya , pihak org2 yg cintakn keamanan anda ketepikan?

Maaf ..Bersih 3.0 ini menutup pintu hati kebanyakkan kami thdp perjuangan puak anda krn kami telah melihat betapa rakus dan liarnya perbuatan pendemo2 itu...negara akan hancur seandainya jatoh ketangan puak YANG TAK PUNYA PERI KEMANUSIAAN ini...


Kpd ayah dan rakan2 polis ayah, sy amat berbangga dan kagum melihat kesabaran dan dedikasi anda semua dlm melaksanakn tugas mnjaga keamanan negara...InsyaAllah ayah, sy akan belajar rajin2 supaya menjadi insan ygg berguna thdp agama, bangsa dan negara , menyara hidup keluarga agar ayah xperlu mngharongi lagi episod duka n hina ini....


Sy tetap berbangga dgn tugas ayah sbg anggota polis, yg sgp menggadai nyawa demi keselamatan negara.AYAH KAU LA WIRA KU....


Amin..."

Friday, March 23, 2012

Dah tak boleh sorok lagi

Pernah tak korang masa sekolah-sekolah dulu 
Bila mak tanya mana report card ujian 
Korang cakap belum dapat
Or Buat-buat lupa nak bagi tau
Yang minggu depan is parent day
Kena pi amik report card periksa

Mesti pernah kan
Ye mesti
OO..tak pernah ye
Korang baik
Sya pernah lah dulu2
Masa darjah 6 buat jahat
Sya pi padam dgn liquid paper markah yg tak lulus
pastu tulis markah lain
Bapak tanya kenapa ada liquid paper ni
Boleh lak jawab entah cikgu salah tulis kot
hehehe
Ampun bapak
Nasib lah anak bapak ni skrg jadi manusia, pandai lah gak..hehehe

Sekarang semua dah boleh tahu online
masuk je wabsite ni




pastu masukkan no kad pengenalan
walaupun sekolah rendah, masukan no kad pengenalan yang ada kat surat beranak tu tau
pilih sekolah rendah atau menengah
pastu pilih tahun
dan keputusan periksa apa yang kita nak tau

Nanti keluarlah result periksa atau ujian anak kita
Senang je kan sakarang

Dah tak boleh lah nak buat kerja dosa macam sya dulu..hehe



Saturday, March 3, 2012

Taare Zameen Par

Hari ini entah kenapa sya boleh melekat depan Tv tonton cerita Hindustan
Tajuknya Taare Zameen Par



Filem ini arahan Aamir Khan
Ia mengisahkan tentang seorang budak lelaki yg berumur 8 tahun bernama
Ishaan Awasthi
Ishaan merupakan anak kedua dalam keluarga
Ishaan umpama hidup dalam dunia sendiri
Ishaan amat suka warna, ikan, anjing dan juga layang-layang
yang mana bagi Bapa dia itu tak penting
Bapa Ishaan lebih mementing keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan
Ishaan amat berbeza dengan abang dia Yohan
Ishaan tidak dapat menumpukan perhatian dalam kelas
Hingga selalu menimbulkan masaalah
Sampai lah satu tahap bapa dia nekad menghantar Ishaan kesekolah pemulihan

Ishaan dimasukkan kesekolah asrama pemulihan
Ishaan berubah 100%
dari seorang kanak-kanak yang suka melukis kepada kanak-kanak yang pendiam, tidak mahu melukis lagi
Ishaan sentiasa didenda oleh cikgu
Namun kehadiran seorang guru seni,lakonan Aamir Khan telah berjaya merubah 
Tanggapan Cikgu dan IbuBapa terhadap Ishaan

Cerita ini benar-benar menyentuh perasaan sya
Airmata sya tak dapat dibendung

Ishaan umpama Qimie
Ye..sya nampak Qimie dalam diri Ishaan
IBUbapa Ishaan umpama Sya dan HB
Kami selalu membandingkan Qimie dengan orang lain
Kami selalu pandang rendah pada Qimie
Tapi hakikatnya kami tak nampak siapa Qimie sebenarnya


Qimie hingga kini umur 9 tahun masih merangkak-rangkak membaca
Menulis pun tak pandai sangat
Qimie selalu menimbulkan kemarahan kami dan orang disekeling dia
Mertua sya selalu marah Qimie,kerana tak tahan dengan kerenah Qimie yang boleh berubah dalam sekelip mata sahaja
Qimie suka mengamuk..

Tapi tulisan Qimie kemas
Lebih kemas dari tulisan abang dia
Tapi Qimie minat matematik
Qimie minat mencuba benda baru
Qimie suka sukan

Sya sedih sebenarnya bila kenangkan Qimie
Adakalanya sya dah hilang sabar nak mengajar Qimie
Bila disuruh belajar,pasti Qimie akan mengamuk
Hingga menaikan kemarahan sya
Bukan sya tak pernah pukul Qimie
Tapi sampai bila nak pukul dia
Sampai ada seseorang yg hampir dlm kehidupan kami marahkan Qimie dengan cakap "Inilah yang ummi kau ajar kan"
Tidak..sya tak ajar anak sya kurang ajar dengan orang tua
sebaliknya sya selalu tegur dan marah bila anak sya buat perangai

Tapi orang tak faham kan Qimie
Ya Qimie nampak seperti seorang budak lelaki yang kasar & lasak
Tapi sebenarnya hati dia lembut
Dia suka dibelai
Dia suka kita puji dia
Dia suka kita cakap lembut dengan dia

Suami sya tak boleh mengajar Qimie, dia tak sabar
Tak de sesiapa yg boleh sabar dengan Qimie
Hanya sya yang mampu bertahan
sebab Sya ibu QImie
Sya yang melahirkan Qimie
Sya yang menangis separuh gila bila Qimie kelemasan masa umur 7hari
Qimie hampir2 mati lemas
sebab dia tersedak susu

Sya hanya berharap semoga suatu hari Qimie akan berjaya dalam kehidupan


Qimie, anak bertuah, Ummi tahu ada sesuatu yang istimewa dalam diri awak. Maafkan Ummi kerana tak memahami awak. Namun ummi sentiasa doakan Qimie berjaya dalam apa saja yang Qimie minat.






Friday, February 3, 2012

Saya sudah....


Ini lah hasilnya
Lepas makan steroid banyak
Hasilnya....

SAYA SUDAH GEMUK..huaaaaa

Berat badan dah naik

Kata kawan sya yang dah bertahun makan steroid sebab penyakit yg dia hadapi
Memang kita akan gemuk skit sbb selera makan naik

Camne nak kurus ni, doktor suruh kurangkan berat badan

Nak exercise tak mengizinkan lak kaki ni

Sekarang ni lutut dah tak sakit

Tapi sakit kat pergelangan kaki..kat urat keting

Sabar..sabar..

Akan cuba kurangkan berat badan dan tengok camne

Ps: Pic segan nak letak,sbb dah gemuzzz sangat. Apa-apa pun nanti lepas balik dari USS sya tepek pic ye..wink..wink..hehe (dlm sakit kaki tu nak gak gi Singapore isnin ni...:))

Saturday, January 14, 2012

Dah Keluar Wad

Maaf ye..lama tak update
sebenarnya Sya dah Kluar wad pada  7/1/2012, Sabtu
Tapi Doktor bg MC sampai 12hb

Khamis,12/1/2012 sya ada appointment dengan doktor
Dah jumpa Doktor, dan hasil ujian darah & air lutut
doktor masih tak dapat confirmkan apa sakit sya
Doktor bagi Mc lagi sampai 18hb, makan ubat untuk 5 hari
Lepas tu doktor suruh free from medication for 2 weeks
dan tengok macamane
kalau sakit sya datang lagi sebelum appointment 8/2,doktor suruh datang terus ke hospital
Doktor akan rujuk sya ke pakar Rheumatoid kat SJMC

Ermm..susah hati sebenarnya memikirkan
Tapi sya nak ikhtiar cara tradisional

Meh layan pic bilik yang sya duduk kat Hospital Pantai Klang


Kira selesa lah duduk dalam keadaan sakit..
Anak2 datang pun x ganggu orang lain

Tapi malam pertama ummie sya teman kan, sebab sya tak boleh memijak & jalan
Malam kedua tido sendiri, x de sape teman,sebab dah leh jalan sikit
 Malam ketiga HB teman kan.

Thursday, January 5, 2012

4/15/2012- Hari Kedua di Hospital Pantai Klang

Pagi ni Doktor Mohan masuk bilik check sya pada jam 6.45am
Punya lah awal doktor dah bertugas
Doktor hanya check biasa aje sebab masih menunggu result darah

Lebih kurang jam 10am Doktor Hong lak masuk check
Doktor kata hari ni sya kena buat Physiotherapy
So lebih kurang jam 11 lebih sya dibawa ke bilik physio

Ni deme letak ais dalam yg warna biru tu..kemudian dialirkan arus elektrik 
Rasa sejuk sangat dan berdenyut2 
Terapi ni 15minit, kemudian ada lagi beberapa latihan kaki yang dibuat

Lepas tu masuk bilik semula
Petang Dr Mohan masuk dulu 
Menurut doktor hasil blood test semua negetif
So doktor masih tak dapat tau apa sakit sya
Doktor mohan kata beliau dah bincang dengan doktor Hong 
Mereka cadang nak amik fluid kat lutut sya
untuk test apa penyakit sya

Kemudian Doktor Hong pulak masuk
Menurut doktor, fluid kat lutut sya tak banyak
Dan dia kata hari ni tak dapat buat sebab lutut sya masih sakit
Doktor bagi cadangan untuk keluarkan fluid dalam lutut sya
kemudian masuk minyak
menurut doktor minyak ni dapat mengurangkan sakit dan membolehkan sya jalan semula dgn cepat
Doktor suruh bincang dengan Hb dahulu dan inform doktor esok
Sya masih tak dapat bincang dengan Hb, sebab Hb masih belum sampai lagi
Hari ni kan Hb kerja

Apa-apa keputusan sya akan update esok ye.
Semoga sya dapat pulih semula

Buat Komen dari: Rozita: Terima kasih atas ingatan dan doa. Insyaallah Sya akan kuat menempuh dugaan ini



Wednesday, January 4, 2012

4/1/2012- Hari Pertama di Hospital pantai Klang

Hari ini lutut Sya makin sakit
Langsung tak boleh berdiri dan berjalan

Maka dengan itu...
Hari ini sya warded
Hospital Pantai, Klang jadi tempat tidur sya malam ni

Hari ini doktor buat X-Ray, Ultrasound, Blood Test & check jantung

Esok baru tau result
Disebabkan tak pasti apa sakit
Hari ini doktor hanya bagi jab pain killer
dan bagi makan 2 biji Presnisolone

Malam ni tidur sorang dalam bilik 
HB ambil bilik sorang
Ingatkan dia nak teman
Rupanya HB terpaksa balik rumah urus anak2
Dan esok HB kena pergi kerja juga sebab dah cuti panjang dari 1hb hingga hari ni

Masalah Sya sekarang, macamane nak pergi toilet
dah lah kaki tak boleh berdiri
ermmm...








Tuesday, January 3, 2012

3/1/2012

Hari ini sya cuti 
Kerana nak bayar yuran anak2
Tapi kesihatan sya makin teruk
Dari semalam sya sakit kaki dan lutut
hari ini paling teruk

Sakit sungguh kaki sya ini
Terasa tempurung lutut macam dipulas

Hari ini sya gagahkan juga untuk menapak & memanjat tangga sekolah
Untuk bayar yuran anak
Sya dah Hb berbahagi kelas untuk bayar
Selesai bayar yuran kami ke KWSP
Kena menapak lagi
Parking di Tesco dan menapak perlahan2 ke Bukit tinggi business centre
Tujuannya kami nak buat penama kWSP

Selesai di KWSP kami ke Gombak
Pergi Klinik Panel HB
Dr Suhana tak dapat buat apa2 dgn sakit sya
Kerana katanya selagi sya tak pergi rujuk pakar, selagi tu sya akan menderita sakit 
Dr bagi surat rujukan ke Hospital
jadi kami terus ke HTAR Klang
Buat appointment
Hanya 12/1/2012 baru dapat jumpa Dr Pakar
Nak buat  mcmane..hanya ini yg kami mampu
sbb kekangan kewangan & anak2 nak naik sekolah
Tak mengapa..semua Dr bagus

Sekarang sya hanya baring 
Lutut sya tak boleh nak tegakkan
kaki rasa tegang dan sakit amat
Hari ini sya terpaksa guna tongkat

Tongkat yang dulu digunakan Bapak sya
Tapi HB tak kasi sya guna tongkat ni bila keluar
kerana katanya nampak macam tenat sangat :(
Walaupun kaki ni sakit yang teramat sakit
Terpaksa sya gagahkan juga untuk menapak dgn perlahan
Sbb sya pun rasa susah nak guna tongkat ni
Nak kena panjat tangga umtuk ke ofis ditingkat 4
ye hari2 kena panjat tangga hingga tingkat 4 dgn kaki yang sakit
hanya Allah yang tahu betapa seksanya













Monday, January 2, 2012

1/2/2012 & 2/2/2012

Selamat Tahun 2012

Dua hari ni sya tak kemana-mana
Hanya duduk dirumah
Kerana kesihatan tak mengizinkan
Kaki sya makin teruk sakitnya
Semalam masih boleh lagi berjalan sikit-sikit
Hari ini makin sakit
Dah tak boleh nak menapak
Tapi sya paksakan diri juga
Bangun dan berjalan untuk ke bilik air
Solat pun dah tak boleh bangun duduk macam selalu
Sya solat duduk atas kerusi :(

Sya dah tak mampu nak menahan sakit
Hari ini sya makan sebiji Celebrex
Walaupun ramai yang bg nasihat
Bahawa celebrex tak bagus 
Ia akan effect buah pinggang
Namun sya dah tak dapat tahan sakit kaki 
Terpaksa juga sya makan sebiji celebrex hari ini
:(