Wednesday, October 28, 2020

Catcheye

#-* STICKY ENTRY*-#


Sya ni tak pernah join apa..kali ni nak join Catcheye lah

Apa dia Catcheye..lebih kurang Nufnang gak lah..Nak tahu lebih lanjut klik sini..


Jom lah ramai-ramai join..Semua Rakyat Malaysia Dialu-alukan..

Sya ni orang dah ramai join Nufnang..sya tak jugak..bukan apa hari tu halfway tengah fill untuk join pastu pc hang, langsung senyap..Nanti2 sya nak join gak lah

Buat masa ni Jom kawan-kawan join CATCHEYE...

Saturday, November 28, 2009

13 November

Disebabkan sakit lambat sya masuk crita ni
Cerita dah basi pun sebenarnya

13 November lepas merupakan Hari Lahir Sya yang ke 34
Cepat sungguh usia ni meningkat
Pejam celik dah meningkat setahun lagi
Anak pun dah empat

Tahun ni sungguh bermakna bagi sya kerana
Buat kali pertama sejak berkahwin
Umie dan adik sya memasak untuk meraikan Sya
Terharu sungguh
Tak seperti tahun2 lepas, sya hanya raikan bersama suami dan anak2
Tapi kali ni sya raikan bersama Umie dan adik2 sya.



Hari Lahir kali ni sya dapat hadiah dari suami tercinta
Jika tahun lepas sya dapat hadiah rantai tangan
Tahun ni pula sya dapat hadiah cincin dan subang
Maklumlah semua cincin,rantai dan gelang perkahwinan sya hilang dicuri masa rumah dimasuki pencuri
Walaupun tak sama, tapi cukup berharga bagi sya
Sya memang tak de beli barang kemas lepas rumah kena pecah
Seriau pun ya
Harga emas mahal pun ye..hehe




Thursday, November 26, 2009

November


Sya ambil dari kuiz kat facebook..katanya dari dato Dr Fazillah Kamsah tentang ciri-ciri orang yang lahir dalam bulan November


NOVEMBER

Banyak idea dalam perkara
Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya
Berfikiran kehadapan
Berfikiran unik dan bijak
Penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa
Pemikiran yang tajam
Daya firasat yang sangat halus dan tinggi
Bagus untuk jadi doktor
Cermat dan teliti
Personality dinamik
Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran
Terlalu degil dan keras hati apabila hendak.
Diusahakan sehingga berjaya
Tak suka marah kecuali digugat
Mudah ambil berat terhadap orang lain
Pandai muhasabah diri
Cara berfikir lain dari orang lain
Otak yang sangat tajam
Pandai mendorong diri sendiri
Tidak hargai pujian
Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya
Badan yang "tough" (sasa)
Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam
Romantik
Tidak pasti dgn hubungan kasih sayang
Suka duduk di rumah
Sangat rajin dan berkemampuan tinggi
Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia
Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
Bercita-cita tinggi
Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

Update

Lama sungguh sya tak update blog
Sya tak sihat
Dapat mc panjang dari Hospital Pantai
Hari ni baru masuk kerja

Tapi kesihatan sya tak elok lagi lah
Sakit kepala baru nak kurang sikit dah kena sakit lain
Sekarang sya demam pulak dengan selsema dan batuk

Tak tahu lah camna nak buat lagi
Ubat sya makan, tapi belum nak baik lagi

Ini mungkin dugaan Allah kan..
Nak Hapuskan dosa2 kita kan

Banyak sebenarnya sya nak cerita..
ok lah nanti-nanti lah sya update cerita2 yang berlaku sepanjang November ni yer

Wednesday, November 18, 2009

MC

Buat semua kawan-kawan...maaf ye sya lama tak dapat klik2 Nuffnang & jengok blog..

Sebabnya sya kena attack migrain yang teruk hari ahad lepas..
Paling teruk sya kena kali ni..hingga muntah2 tak berhenti..
Sakit kepala yang teramat sangat
hingga rasa nak pecah
Sya maka ubat migrain pun tak hilang
Jadinya sya makan ubat migrain 2biji + panadaol 2biji + ubat tahan muntah 1 biji + ubat selsema 1 biji
Dengan harapan dapat tidur supaya sakit hilang
Malangnya tak hilang sakit
Mata pun tak nak tidur
Seksa sungguh sya rasa
Muntah pun dah tak larat nak gi toilet
AMM bawa plastic beg kat sya
berbeg2 sya muntah

Jadi semalam (selasa 17/11/09) sya pergi Hospital Pantai Klang
Sebenarnya Isnin sya dah pergi klinik yg selalu sya pergi
Dr klinik tu yg suggest kan pergi hospital

Kat pantai sya kena buat MRI,scan for brain
Rasa macam masuk dlm keranda lak
Takut gak
Dengan segala bunyi bising yang dikeluarkan oleh mesin tu
dah lah kepala diikat ketat supaya tak gerak2
diletakan macam jaring kat kepala ni..sya baring
kemudian nurse tu sorong masuk dalam MRI tu
30minit sya kat dalam mesin MRI

Syukur hasil scan otak tu..otak sya ok
takde bengkak atau ketumbuhan
so confirm migrain
dr bagi mc 7hari hingga 23hb ni
dr suruh rest

Jadi sebab tu lah sya tak online..
Harap maaf ye kawan2
nanti sya dah sihat..
sya akan lawat blog2 kawan2 semua
sya janji nanti sya klik2 Nuffnang semua yer
harap sesiapa yg klik nuff sya..tinggalkan link yer
nanti sya dah sihat sya balas klik nuffnang u all yer

Sya stop dulu ye..kerana kepala ni masih sakit

Thursday, November 12, 2009

Disuatu Petang

Dialog

Nenda: Dyna ni cantik( sambil mengusap rambut cucu yg baring diriba sambil hisap susu)

Cucu: Yer Dyna cantik (sambil mengangguk)

Nenda: Dyna ni pandai

Cucu: Yer dyna pandai

Nenda: Tapi sayang, Dyna ni hitam

Cucu: Nenda ni putih ke

Nenda: Nenda putih

Cucu: Tak, Nenda hitam

Nenda: Nenda putih lah sikit dari Dyna

Cucu: Alaa..kita sama-sama hitam (dengan tak puas hatinya..jawab sambil tanggalkan botol susu)

Hehehe..terkedu nenda dengan jawapan cucunya...

Ini dialog antara anak sya yang umur 3 tahun dengan ummi sya.

Gelak sya dengar ummi cerita.

Bak kata ummi sya..terkena soalan cepu emas..

Ummi sya memang gelap sikit kulitnya..dan anak sya, si Marsya ni, dalam adik beradik dia yang paling gelap..sebabnya masa mengandung dia sya suka sangat minum Neslo..hahah..skali keluar, amik ko,warna neslo dia..

Marsya ni memang keletah,cakap tak pelat langsung,compare Qimie yg pelat hingga sekarang.

Sya & AMM je yang panggil dia marsya, lain2 panggil dia irdyna or dyna..semua kerana qimie lah..dia sorang yang mula panggil dyna ..mungkin sebab dia pelat & payah sikit nak sebut,tu yg dia panggil dyna. jadi semua yg lain ikut panggil marsya , Dyna

Tuesday, November 10, 2009

Sorry Kekawan

Sya minta maaf banyak2 kat kawan2 semua
2 hari sya tak dapat klik nuffnang korang
Broadband celcom ni wat hal bila hujan
slow giler

shoutbox tu pun sya tak dpt baca
sapa2 yang klik nuffnang sya tinggal kan komen kat sini yer
nanti dah ok sya klik2 nuffnang korang semua yer