Pernah kah kita tertanya-tanya
Siapa moyang miut kita
dari mana asal mereka
Bagi sesetengah orang ini semua tak penting
Kerana ada yang pernah cakap pada sya
nak buat apa dibanggakan keturunan yang ada ni
kita kan semua manusia biasa
sama je bila dah mati nanti
Memang yer kita semua manusia biasa
sama je bila mati dikafan putih
ditanam dalam tanah
tapi salahkah sya mencari asal-usul keturunan sya
dari belah bapak & ummie sya
tak salah rasanya
Buat masa ni sya menghadapi masaalah nak cari belah bapak sya,
Iaitu belah datuk sya, Syed Hassan
Sya hanya tahu sampai 6 nama saja
iaitu Syed Mustaffa (bapak sya) b. Syed Hassan b. Habib Hamzah b. Habib Abdullah b. Habib Hussin
Atas dari tu tak tau
Yang pernah sya dengar Habib Hamzah ni ada 3 lagi adik-beradik iaitu
Habib Ariffin, Habib Ali & Siti _ _ _. Tak pasti nama penuh siti ni.
Habib Hamzah ni dihantar oleh bapak mereka ke Mekah
Kemudian Habib Hamzah & adik beradiknya balik ke Perak
Habib Hamzah & Habib Ariffin ni ada jalan yang dinamakan semperna nama mereka
Kerana kata orang2 tua,mereka ni amat berjasa pada Sultan Perak dahulu
Itu je yg sya pernah dengar
Insyaallah jika ada rezeki minggu depan sya nak jumpa adik kepada arwah datuk sya untuk soreh lagi
Sya berjaya ketahui susur galur belah Opah,iaitu mak bapak sya
Arwah Opah sya dari keturunan Tun Saban
Tun Saban ialah salah seorang pembesar Hulu Perak yang terlibat dengan pertabalan Sultan Perak yang pertama iaitu Sulatn Muzaffar Shah 1 pada tahun 1528
Opah sya bernama Halijah Bt Toh Muda Meor Shamsuddin
Toh Muda Meor Shamsuddin merupakan salah seorang penulis buku "HULU PERAK DALAM SEJARAH"
yang mana ditulis bersama Toh Muda Taja Razman b Raja Abdul Hamid & Husin b. Mahmud.
Pusara Meor Shamsuddin ni ada di Lengggong, Perak
Meor Shamsuddin b. Meor Yahya,
yang mana Meor Yahya merupakan Dato' Seri Adika Raja Ke-12
Meor Yahya b. Meor Nyah Muhammad Amin b. Meor Che Idris b. Meor Abdullah b. Alang Juah b. Toh Terosor b. Toh Senalu b. Toh Berolak b. Toh Hilang Di Pilih b. Tun Kelalang b. Tun Saban
Dari mana datang nya gelaran Meor dipangkal nama
Bagi kami orang Perak
Apabila seorang Sharifah berkahwin dengan Ahwal pangkal nama anak akan diletak Meor bagi lelaki & Mai & Wan bagi perempuan
Alang Juah terlah berkahwin dengan Siti Hawa bt Syed Alang Muhammad Kecik b Syed Shamsuddin b. Syed Abu Bakar b. Syed Hassan b Syed Husin B. Syed Jalaluddin (Tok Tambak Pulau Pisang) dan seterusnya sampai ke Fatimah az-zahra & Ali
Itu sebelah Opah sya. Sya memang nak cari sangat belah Atok Syed Hassan, sebab kami semua Jamalullalil Perak ada yg hilang susur galurnya..nak sambung sampai ke Fatimah Az-zahra itu yang penting.
Tak mengapa lah..Insyaallah Dapat lah sya cari susur galur keturunan sya ni
Moga Allah beri petunjuk & permudahkan pencarian sya ini
Amin
11 comments:
salam uMMisYa...
nama sy mior azham berasal dr kg.jawang, k.kgsar.. sy tertarik dgn cerita saudari ini yg berkisar dgn waris2 tun saban ni sbb kata bapa sy, kami pon ade kene-mngena ngan tun sban gak.tp sejauh mane kbnaran ni xdpt nk dipastikan la..
so sy ade beberapa soalan yg nk diutarakan kpd saudari bg mndptkan sdikit info mgenai prkara nie dan diharap saudari dpt mmbantu sy dlm usaha utk mncari susur galur kluarga sy. berikut solan2nye:-
1. berapakah bilangan sbenar adik beradik meor shamsuddin?
2. adakah meor shamsuddin mmpunyai adik bradik tiri? (lain emak @ lain bapak)
3. siapa nama isteri kpd hj. meor yahya? dan prnah ke isteri beliau brkahwin lain?
jwpn kpd soalan2 berikut amat diprlukan sy.smoga bntuan saudari dpt mrapatkn kmbali silaturahim di antara waris2 tun saban kelak. wasallam=)
As Salam Pn.Ummisya,
Nama saya Hisham dari Kota Damansara,KL saya. Saya rasa mgkin ada darah dari keturunan Tun Saban.Bapa saudara saya Meor Ahmad Rashidi (Ex-OKKSAD)b.Meor Burhanudin b.Meor Yahya (Ex-OKKSAD) b. Ngah Mohd. Amin. Meor Shamsudin adalah datuk saudara saya.
Pertengahan tahun ni saya akan berjumpa dengan anak bongsu Meor Yahya (Ex-OKKSAD) yang menetap di Lenggong untuk megetahui salasilah keturunan Tun Saban.
Asalamuluakum.
Salam Mior Ahmad.
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Jika tidak keberatan boleh tinggalkan contact no diemail saya : ummisha1311@yahoo.co.uk
Diablo
Terima kasih kerana sudi singgah.
Jika Meor Shamsuddin datuk saudara anda, maknanya nya anda boleh dikatakan sepupu dgn bapak saya.
Jika tidak keberatan boleh tinggalkan contact no di email saya: ummisha1311@yahoo.co.uk.
Insyaallah hujung raya ni saya nak bawa bapak ke Perak beraya disana jika tiada aral melintang
saya daripada keturunan waris Hj Long Kassim bin Ngah Banja Jagra,anak kepada Hj Long kassim iaitu Toh puan Hjh Fatimah pernah berkahwin dengan Hj meor Yahya dan mereka tidak mempunyai anak.
saya daripada keturunan waris Hj Long Kassim bin Ngah Banja Jagra,anak kepada Hj Long kassim iaitu Toh puan Hjh Fatimah pernah berkahwin dengan Hj meor Yahya dan mereka tidak mempunyai anak.
tanyelah pemilik masjid paloh !!!
Anonymous: maaf ye..kurang faham, boleh email saya @ ummisha1311@yahoo.co.uk
Saya harap boleh kiranya sertakan email dah contact number untuk saya hubungi demi hubungan silaturahim
assalamualaikum, saya hanya ingin membantu. jika akak ingin tau susur galur sehingga Fatimah az-zahra, saya cadangkan supaya akak berjumpa dengan Dato'mior mohd jaafar mior safi. saya yakin dia dapat membantu kerana beliau telah membuat kajian yg sgt mendalam bertahun2 mencari dan sehingga dari keturunan Nabi S.A.W. beliau menetap di Bangsar. tq =)
Anonymous:
Terima Kasih atas info.
Harap boleh email saya di ummisha1311@yahoo.co.uk contact number
Post a Comment