Sunday, September 12, 2010

Raya..Raya..Raya

Tahun ni sepatutnya giliran sYa beraya dirumah mak sYa
Tapi memandangkan tahun ni semua adik-beradik HB balik berkumpul dirumah MIL
Jadi sYa pun petang,malam & pagi raya dirumah MIL dulu lah
Lagi pun tahun ni merupakan pertama kali MIL beraya tanpa Arwah FIL
Jadi kami semua berkumpul ramai sebab nak mengembirakan hati MIL

Sepanjang 13tahun sYa kahwin, memang ni lah pertama kali
HB dapat berkumpul dengan semua adik-beradiknya
kalau tidak ada je yg kurang dalam pic
Tapi sedih juga
sebab walaupun HB dapat berkumpul dengan semua adik-beradik
masih juga kekurangan dalam pic
tiada lagi kami dapat bergambar dengan arwah abah
tiada lagi kami dapat mengucup tangan arwah abah
tiada lagi dapat kami mengusik arwah abah yang akan tersenyum malu bila emak salam & cium pipi Abah
tapi kami tahu..arwah abah tetap dihati kami semua

Tahun ni kami juga melakarkan sejarah
HB buat lemang..hehehe
tak pernah-pernah seumur hidup buat
tahun ni sebab semua adik beradik balik
Hb cadangkan nak bakar lemang
disebabkan semua tak pernah buat
sya pun google lah cara & sukatan buat lemang
dah tau cara & sukatan, buat lah 
nasib jadi..caya lah..
cubaan pertama yang berjaya
jadi tahun depan nak buat lemang lagi
Hb sempat posing sambil membakar lemang


Hb & adik ipar dia membakar lemang

Syukur lemang masak tepat2 waktu berbuka.

Malam raya anak-anak & anak2 buah Hb yang paling seronok
Sebab ramai2 dapat main bunga api
Riuh laman rumah MIL malam tu

Hb & adik2 ipar dia berlawan bakar mercun
Gamat malam tu

Main bunga api & mercun dimalam raya

Ok..setakat ni je lah dulu cerita petang & malam raya


No comments: