Tuesday, September 21, 2010

Berdebar-debar Hati Ini


Hari ni hati benar-benar rasa tak keruan
Sebenarnya dari minggu lepas lagi
Tapi hari ni debarannya makin kencang

Ini lah agaknya naluri seorang ibukan
Hari ni Izzati dah mula periksa
UPSR mula dari selasa ni hingga khamis
Pastu minggu depannya pula UPSRA

Tapi memang hati sYa berdebar2 dari pagi tadi
Tengah driving tengok jam 8am,terbayang Izzati dalam dewan

Tadi masa hantar Izzati pergi sekolah
Lepas salam & cium dia
Hati ni tiba-tiba je rasa sayu tengok Izzati melangkah masuk dewan

Tau betapa berdebarnya hati Izzati
Nampak muka dia risau

Tak pe Kakak, buat yang terdaya
Kakak dah belajar
Kakak dah berusaha
Kini tiba saatnya untuk kakak berjuang dimedan peperiksaan

Apa saja keputusan nya nanti Ummi terima..

Good Luck Sayang Ku..Ummi bekalkan kakak dengan doa dan harapan.

2 comments:

Ibuhani said...

gd luck izzati..... :)

POSH76 said...

good luck izzati insyallah doa mak ayah tu penting amin