Tuesday, September 14, 2010

Raya Kedua

Tahun ni kami meneruskan tradisi
Walaupun Arwah FIL dah takde
Tapi kami masih pergi beraya kerumah adik2 FIL di Tanjung Karang
Cuma tahun ni kami hanya pergi 2 rumah je
sebabnya tahun2 sudah arwah yg jadi tukang tunjuk arah
tiap kali pergi mesti jalan lain yang dilalu nya
mana lah kami nak ingat
lagi satu jalan kg banyak lorong
lalu tepi sawah lah
lalu ladang kelapa sawit lah
lagi lah kami fail

Kami bertolak dari rumah SIL kat meru pada jam 12.30pm
Jalan dari Kapar ke K.Selangor tak selancar biasa
Jem sana sini
Alahai dah lah cuaca punya lah terik
Econ dalam keta pun x rasa apa dah
 Rumah pertama yang kami pergi ialah rumah Cik Minah, adik perempuan FIL yg no berapa entah

Sampai2 je makanan dah terhidang
lauk simple je, rendang, tomyam
Disebabkan semua dah lapar
terus je ngap..tak ingat nak amik pic
MIL bersama Cik Minah


sYa diberanda rumah cik Minah





Sebelum balik acara wajib amik pic ramai-ramai

Kemudian kami kerumah adik bungsu arwah FIL iaitu Cik Mi
Haa nak kerumah cik mi lah kami sesat larat
Akhirnya kami call cik Mi minta anak dia amik

Dah sampai ingat kan setakat minum2  & mkn kueh je
Rupanya Cik Mi dah siap hidang bawah pokok ciku kat luar rumah
Nasi, ikan kering, sayur bening

Makan bawah pokok ciku

Kat sini sYa tak makan dah
Perut x sedap
HB pun tak makan sebab HB tak makan ikan kering
Kalau HB makan ikan kering alamatnya satu muka & badan dia naik gatal2
Kami jadi penonton je lah

Anak-anak pun seronok sebabnya kat bawah pokok ciku tu ada buaian
3 buaian penuh dengan anak2 kami je
tahun lepas satu buaian tu dah putus
tahun ni dah ok dah

Lepas makan apa lagi
Operasi mengambil apa2 hasil yang ada
hehehe
Ada yang petik ciku
Ada yang petik Ubi kayu
MIL lak dapat 2 kampit beras 20kg

Operasi Cabut Ubi Kayu

Sebelum balik amik pic lagi



Jalan masuk kerumah cik mi

Tapi cik mi suruh lak suami dia pi cabut ubi kayu kat tepi sawah
Lagi gemuk ubinya
Kami pun serbu Sawah cik mi


Bergambar lagi..tepi sawah lak


Anak-anak sya ditepi sawah..nampak tak ubi kayu yang Zetty pegang..besar kan



No comments: