Showing posts with label Day to day. Show all posts
Showing posts with label Day to day. Show all posts

Friday, February 3, 2012

Saya sudah....


Ini lah hasilnya
Lepas makan steroid banyak
Hasilnya....

SAYA SUDAH GEMUK..huaaaaa

Berat badan dah naik

Kata kawan sya yang dah bertahun makan steroid sebab penyakit yg dia hadapi
Memang kita akan gemuk skit sbb selera makan naik

Camne nak kurus ni, doktor suruh kurangkan berat badan

Nak exercise tak mengizinkan lak kaki ni

Sekarang ni lutut dah tak sakit

Tapi sakit kat pergelangan kaki..kat urat keting

Sabar..sabar..

Akan cuba kurangkan berat badan dan tengok camne

Ps: Pic segan nak letak,sbb dah gemuzzz sangat. Apa-apa pun nanti lepas balik dari USS sya tepek pic ye..wink..wink..hehe (dlm sakit kaki tu nak gak gi Singapore isnin ni...:))

Saturday, January 14, 2012

Dah Keluar Wad

Maaf ye..lama tak update
sebenarnya Sya dah Kluar wad pada  7/1/2012, Sabtu
Tapi Doktor bg MC sampai 12hb

Khamis,12/1/2012 sya ada appointment dengan doktor
Dah jumpa Doktor, dan hasil ujian darah & air lutut
doktor masih tak dapat confirmkan apa sakit sya
Doktor bagi Mc lagi sampai 18hb, makan ubat untuk 5 hari
Lepas tu doktor suruh free from medication for 2 weeks
dan tengok macamane
kalau sakit sya datang lagi sebelum appointment 8/2,doktor suruh datang terus ke hospital
Doktor akan rujuk sya ke pakar Rheumatoid kat SJMC

Ermm..susah hati sebenarnya memikirkan
Tapi sya nak ikhtiar cara tradisional

Meh layan pic bilik yang sya duduk kat Hospital Pantai Klang


Kira selesa lah duduk dalam keadaan sakit..
Anak2 datang pun x ganggu orang lain

Tapi malam pertama ummie sya teman kan, sebab sya tak boleh memijak & jalan
Malam kedua tido sendiri, x de sape teman,sebab dah leh jalan sikit
 Malam ketiga HB teman kan.

Thursday, January 5, 2012

4/15/2012- Hari Kedua di Hospital Pantai Klang

Pagi ni Doktor Mohan masuk bilik check sya pada jam 6.45am
Punya lah awal doktor dah bertugas
Doktor hanya check biasa aje sebab masih menunggu result darah

Lebih kurang jam 10am Doktor Hong lak masuk check
Doktor kata hari ni sya kena buat Physiotherapy
So lebih kurang jam 11 lebih sya dibawa ke bilik physio

Ni deme letak ais dalam yg warna biru tu..kemudian dialirkan arus elektrik 
Rasa sejuk sangat dan berdenyut2 
Terapi ni 15minit, kemudian ada lagi beberapa latihan kaki yang dibuat

Lepas tu masuk bilik semula
Petang Dr Mohan masuk dulu 
Menurut doktor hasil blood test semua negetif
So doktor masih tak dapat tau apa sakit sya
Doktor mohan kata beliau dah bincang dengan doktor Hong 
Mereka cadang nak amik fluid kat lutut sya
untuk test apa penyakit sya

Kemudian Doktor Hong pulak masuk
Menurut doktor, fluid kat lutut sya tak banyak
Dan dia kata hari ni tak dapat buat sebab lutut sya masih sakit
Doktor bagi cadangan untuk keluarkan fluid dalam lutut sya
kemudian masuk minyak
menurut doktor minyak ni dapat mengurangkan sakit dan membolehkan sya jalan semula dgn cepat
Doktor suruh bincang dengan Hb dahulu dan inform doktor esok
Sya masih tak dapat bincang dengan Hb, sebab Hb masih belum sampai lagi
Hari ni kan Hb kerja

Apa-apa keputusan sya akan update esok ye.
Semoga sya dapat pulih semula

Buat Komen dari: Rozita: Terima kasih atas ingatan dan doa. Insyaallah Sya akan kuat menempuh dugaan ini



Wednesday, January 4, 2012

4/1/2012- Hari Pertama di Hospital pantai Klang

Hari ini lutut Sya makin sakit
Langsung tak boleh berdiri dan berjalan

Maka dengan itu...
Hari ini sya warded
Hospital Pantai, Klang jadi tempat tidur sya malam ni

Hari ini doktor buat X-Ray, Ultrasound, Blood Test & check jantung

Esok baru tau result
Disebabkan tak pasti apa sakit
Hari ini doktor hanya bagi jab pain killer
dan bagi makan 2 biji Presnisolone

Malam ni tidur sorang dalam bilik 
HB ambil bilik sorang
Ingatkan dia nak teman
Rupanya HB terpaksa balik rumah urus anak2
Dan esok HB kena pergi kerja juga sebab dah cuti panjang dari 1hb hingga hari ni

Masalah Sya sekarang, macamane nak pergi toilet
dah lah kaki tak boleh berdiri
ermmm...








Tuesday, January 3, 2012

3/1/2012

Hari ini sya cuti 
Kerana nak bayar yuran anak2
Tapi kesihatan sya makin teruk
Dari semalam sya sakit kaki dan lutut
hari ini paling teruk

Sakit sungguh kaki sya ini
Terasa tempurung lutut macam dipulas

Hari ini sya gagahkan juga untuk menapak & memanjat tangga sekolah
Untuk bayar yuran anak
Sya dah Hb berbahagi kelas untuk bayar
Selesai bayar yuran kami ke KWSP
Kena menapak lagi
Parking di Tesco dan menapak perlahan2 ke Bukit tinggi business centre
Tujuannya kami nak buat penama kWSP

Selesai di KWSP kami ke Gombak
Pergi Klinik Panel HB
Dr Suhana tak dapat buat apa2 dgn sakit sya
Kerana katanya selagi sya tak pergi rujuk pakar, selagi tu sya akan menderita sakit 
Dr bagi surat rujukan ke Hospital
jadi kami terus ke HTAR Klang
Buat appointment
Hanya 12/1/2012 baru dapat jumpa Dr Pakar
Nak buat  mcmane..hanya ini yg kami mampu
sbb kekangan kewangan & anak2 nak naik sekolah
Tak mengapa..semua Dr bagus

Sekarang sya hanya baring 
Lutut sya tak boleh nak tegakkan
kaki rasa tegang dan sakit amat
Hari ini sya terpaksa guna tongkat

Tongkat yang dulu digunakan Bapak sya
Tapi HB tak kasi sya guna tongkat ni bila keluar
kerana katanya nampak macam tenat sangat :(
Walaupun kaki ni sakit yang teramat sakit
Terpaksa sya gagahkan juga untuk menapak dgn perlahan
Sbb sya pun rasa susah nak guna tongkat ni
Nak kena panjat tangga umtuk ke ofis ditingkat 4
ye hari2 kena panjat tangga hingga tingkat 4 dgn kaki yang sakit
hanya Allah yang tahu betapa seksanya













Monday, January 2, 2012

1/2/2012 & 2/2/2012

Selamat Tahun 2012

Dua hari ni sya tak kemana-mana
Hanya duduk dirumah
Kerana kesihatan tak mengizinkan
Kaki sya makin teruk sakitnya
Semalam masih boleh lagi berjalan sikit-sikit
Hari ini makin sakit
Dah tak boleh nak menapak
Tapi sya paksakan diri juga
Bangun dan berjalan untuk ke bilik air
Solat pun dah tak boleh bangun duduk macam selalu
Sya solat duduk atas kerusi :(

Sya dah tak mampu nak menahan sakit
Hari ini sya makan sebiji Celebrex
Walaupun ramai yang bg nasihat
Bahawa celebrex tak bagus 
Ia akan effect buah pinggang
Namun sya dah tak dapat tahan sakit kaki 
Terpaksa juga sya makan sebiji celebrex hari ini
:(















Saturday, December 31, 2011

Jumaat, 30/12/2011


Hari ini bangun pagi syukur kaki boleh memijak & melangkah lagi
Kerana sakit RA ini pengidapnya akan merasa sakit yang teramat setiap pagi
Memang benar, setiap pagi sYa akan merasa takut
Takut untuk turun dari katil
Takut untuk memulakan langkah pertama
Kerana sakit yang teramat untuk memulakan langkah
Setiap pagi sYa berjalan macam orang tua yang dah tak larat nak jalan
Hanya orang Allah je yang tahu betapa sakitnya kaki ni
Begitu juga kalau sya lama duduk or baring tanpa menggerakan kaki
Pasti lepas tu nak mula jalan sakit
Namun jika sya banyak jalan pun akan sakit  juga
Jadi sya tak boleh berlebihan dalam melakukan sesuatu itu
Tak boleh biarkan kaki tu diam tanpa ada apa2 pergerakan lama
Tak boleh kaki tu terlalu banyak pergerakan
:(

Progres hari ni setelah hampir 1 minggu minum ALPHA LIPID ialah sakit kurang
Sakit kat jari kaki & lutut kurang
Tapi sakit kat keting kanan pulak makin bertambah:(
Ermmm...baik sini, kena attack kat sana pulak

Semoga hari esok bertambah baik.. AMIN







Friday, December 30, 2011

Khamis,29/12/2011

Hari ini Alhamdulillah sakit berkurangan
Mungkin kerana kesan Celebrex (pain killer) yg sya makan semalam
Memang kebiasaannya selepas makan pil ni, 2 hari sya akan rasa sihat sedikit

Sya masih minum ALPHA LIPID pagi2 sebelum pergi kerja,
Kerana ALPHA LIPID mesti minum masa perut kosong

Hari ni kerja ofis x berapa banyak, mungkin kerana dah hujung tahun
Dan ramai yg bercuti

Malam HB sya masak mee goreng & tempe goreng atas permintaan sya
Tekak x de selera nak makan nasi

Dan disebabkan rasa sihat sikit & tekak ni terasa nak makan manis
Sya buat Apple Pie..:)
1st time buat..resepi amik kat site Allrecipes
Sambil tengok 3 Idiots layan makan Apple Pie..
Anak-anak suka..:)
Ini lah rupa pie yg tak cantik..hehe..maklumlah org tak kreatif, 1st time cuba. Alhamdulillah jadi dan anak-anak suka

Suka inti nya..rasa epal & cinnamon tu sedap. Tp manis lah bg tekak sya yg x kuat manis. next time kena kurangkan gula



Semoga kesihatan sya bertambah baik hendaknya. Amin



Thursday, December 29, 2011

Rabu,28/12/2011

Hari ini baru mula kerja setelah cuti dari 25-27/12
Sarapan dan lunch hanya milo & roti wholemeal
Kurang selera untuk makan
Tapi pagi-pagi sebelum keluar rumah dah minum 150ml susu Alpha Lipid

Kerja seperti biasa
Hari ni sejuk sikit
Tapi balik petang dalam 6pm hari mula hujan sampai malam
Sejuk..
Kaki makin bisa
Lutut sakit sangat rasa seperti kepala lutut terpusing
Bawah dagu belah kiri/leher sakit dah 3 hari rasa macam kena begok
Malam mandi 7.30pm, badan dah mula menggigil..demam
Makan Celebrex,pakai bandage kat lutut, pakai stokin & baju sejuk
Masak Lasagna, abang masak sambal tumis & goreng ayam untuk mkn nasi
Anak2 makan Lasagna sambil tengok 3 Idiot

Sya, baring saje sebab satu badan bisa

Hari ini berlalu..dengan rasa sakit yang teramat. :(