Thursday, January 5, 2012

4/15/2012- Hari Kedua di Hospital Pantai Klang

Pagi ni Doktor Mohan masuk bilik check sya pada jam 6.45am
Punya lah awal doktor dah bertugas
Doktor hanya check biasa aje sebab masih menunggu result darah

Lebih kurang jam 10am Doktor Hong lak masuk check
Doktor kata hari ni sya kena buat Physiotherapy
So lebih kurang jam 11 lebih sya dibawa ke bilik physio

Ni deme letak ais dalam yg warna biru tu..kemudian dialirkan arus elektrik 
Rasa sejuk sangat dan berdenyut2 
Terapi ni 15minit, kemudian ada lagi beberapa latihan kaki yang dibuat

Lepas tu masuk bilik semula
Petang Dr Mohan masuk dulu 
Menurut doktor hasil blood test semua negetif
So doktor masih tak dapat tau apa sakit sya
Doktor mohan kata beliau dah bincang dengan doktor Hong 
Mereka cadang nak amik fluid kat lutut sya
untuk test apa penyakit sya

Kemudian Doktor Hong pulak masuk
Menurut doktor, fluid kat lutut sya tak banyak
Dan dia kata hari ni tak dapat buat sebab lutut sya masih sakit
Doktor bagi cadangan untuk keluarkan fluid dalam lutut sya
kemudian masuk minyak
menurut doktor minyak ni dapat mengurangkan sakit dan membolehkan sya jalan semula dgn cepat
Doktor suruh bincang dengan Hb dahulu dan inform doktor esok
Sya masih tak dapat bincang dengan Hb, sebab Hb masih belum sampai lagi
Hari ni kan Hb kerja

Apa-apa keputusan sya akan update esok ye.
Semoga sya dapat pulih semula

Buat Komen dari: Rozita: Terima kasih atas ingatan dan doa. Insyaallah Sya akan kuat menempuh dugaan ini



3 comments:

Rozita said...

Sya..keep up the good spirit.. Insyaallah

Ibuhani said...

Teruskan berusaha n redha dgn ketentuanNYA.....insyaallah akan dpt penawarnya nanti. Do take care, Sya!

Mama Miraki said...

semoga cepat sembuh sya....