Saturday, March 3, 2012

Taare Zameen Par

Hari ini entah kenapa sya boleh melekat depan Tv tonton cerita Hindustan
Tajuknya Taare Zameen Par



Filem ini arahan Aamir Khan
Ia mengisahkan tentang seorang budak lelaki yg berumur 8 tahun bernama
Ishaan Awasthi
Ishaan merupakan anak kedua dalam keluarga
Ishaan umpama hidup dalam dunia sendiri
Ishaan amat suka warna, ikan, anjing dan juga layang-layang
yang mana bagi Bapa dia itu tak penting
Bapa Ishaan lebih mementing keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan
Ishaan amat berbeza dengan abang dia Yohan
Ishaan tidak dapat menumpukan perhatian dalam kelas
Hingga selalu menimbulkan masaalah
Sampai lah satu tahap bapa dia nekad menghantar Ishaan kesekolah pemulihan

Ishaan dimasukkan kesekolah asrama pemulihan
Ishaan berubah 100%
dari seorang kanak-kanak yang suka melukis kepada kanak-kanak yang pendiam, tidak mahu melukis lagi
Ishaan sentiasa didenda oleh cikgu
Namun kehadiran seorang guru seni,lakonan Aamir Khan telah berjaya merubah 
Tanggapan Cikgu dan IbuBapa terhadap Ishaan

Cerita ini benar-benar menyentuh perasaan sya
Airmata sya tak dapat dibendung

Ishaan umpama Qimie
Ye..sya nampak Qimie dalam diri Ishaan
IBUbapa Ishaan umpama Sya dan HB
Kami selalu membandingkan Qimie dengan orang lain
Kami selalu pandang rendah pada Qimie
Tapi hakikatnya kami tak nampak siapa Qimie sebenarnya


Qimie hingga kini umur 9 tahun masih merangkak-rangkak membaca
Menulis pun tak pandai sangat
Qimie selalu menimbulkan kemarahan kami dan orang disekeling dia
Mertua sya selalu marah Qimie,kerana tak tahan dengan kerenah Qimie yang boleh berubah dalam sekelip mata sahaja
Qimie suka mengamuk..

Tapi tulisan Qimie kemas
Lebih kemas dari tulisan abang dia
Tapi Qimie minat matematik
Qimie minat mencuba benda baru
Qimie suka sukan

Sya sedih sebenarnya bila kenangkan Qimie
Adakalanya sya dah hilang sabar nak mengajar Qimie
Bila disuruh belajar,pasti Qimie akan mengamuk
Hingga menaikan kemarahan sya
Bukan sya tak pernah pukul Qimie
Tapi sampai bila nak pukul dia
Sampai ada seseorang yg hampir dlm kehidupan kami marahkan Qimie dengan cakap "Inilah yang ummi kau ajar kan"
Tidak..sya tak ajar anak sya kurang ajar dengan orang tua
sebaliknya sya selalu tegur dan marah bila anak sya buat perangai

Tapi orang tak faham kan Qimie
Ya Qimie nampak seperti seorang budak lelaki yang kasar & lasak
Tapi sebenarnya hati dia lembut
Dia suka dibelai
Dia suka kita puji dia
Dia suka kita cakap lembut dengan dia

Suami sya tak boleh mengajar Qimie, dia tak sabar
Tak de sesiapa yg boleh sabar dengan Qimie
Hanya sya yang mampu bertahan
sebab Sya ibu QImie
Sya yang melahirkan Qimie
Sya yang menangis separuh gila bila Qimie kelemasan masa umur 7hari
Qimie hampir2 mati lemas
sebab dia tersedak susu

Sya hanya berharap semoga suatu hari Qimie akan berjaya dalam kehidupan


Qimie, anak bertuah, Ummi tahu ada sesuatu yang istimewa dalam diri awak. Maafkan Ummi kerana tak memahami awak. Namun ummi sentiasa doakan Qimie berjaya dalam apa saja yang Qimie minat.






6 comments:

Ibuhani said...

K.ani tgk gak citer tu. Sedih....nagis walaupun dh tgk byk kali. Pasal budak tu Dyslexia...Qimie pun?! Ummisya jgn risau....sya kena cari apa kecenderungan Qimie sbb sebenarnya budak dyslexia ni cerdik. Ada keistimewaannya....selalunya cenderung pd seni. Smoga Qimie tabah n sya sabar dlm mencari kecenderungan Qimie ye.....

uMMisYa said...

K.Ani, mmg sedih cerita tu kan. Sya baru pertama kali tengok. Sya x pasti qimie dyslexia or tak, sbb x pernah bawa gi hospital,tapi ada sedikit ciri2 yg dia ada..
Qimie keliru huruf b & d, s, l. tapi syukur tahun ni dia dah boleh baca sedikit walaupun merangkak2.
Insyaallah kak, sya akan bersabar demi anak bertuah ni. Thanks kak.

smell delicious! a.k.a inachomel said...

Salam Intan,

Memang sedih bila tonton cerita tu kan? Ini kali kedua akak tengok filem tu, kali pertama di siaran TV Singapura --- Vasantham Channel. Better pergi jumpa pediatrik supaya pemulihan dapat dilakukan diperingkat awal. To help u knowing more detail about dyslexia, try to read these books :

Apa itu disleksia?
Author: Sheila Devaraj
Publisher: Kuala Lumpur, Wilayah persekutuan :PTS Professional,
Pub Year: 2006
ISBN: 983358554X
RM 17.00

Dyslexia and mathematics
Author: Miles, T. R. (Thomas Richard)
Publisher: London :Routledge,
Pub Year: 1992
ISBN: 0415064805

Sama ada Qimie dyslexia atau tidak, lebih baik ambil langkah awal supaya tidak terlambat.
Akak doakan kamu tabah. Setiap anak ada keistimewaannya, kadang-kadang kita yang tak perasan. Akak cakap ni pun untuk mengingat diri sendiri juga! All the best!

uMMisYa said...

Salam Kak Ina:
Terima kasih sudi jenguk. Terima kasih untuk Info itu. Insyaallah saya akan cuba cari buku ni

Anonymous said...

hai.. tgh baca blog kak min LG & terklik blog akak.

sedih baca psl your son. so, mcm mana dia skrg? akak dah bawak dia check tak? akak sabar byk2 ye.. pernah bincang dgn cikgu2 kat sekolah dia?

am a teacher myself & pernah jumpa kes lebih kurang mcm ni. Alhamdulillah the boy dah nampak progress yg bagus. dah boleh baca lancar & tak buat perangai dah bila belajar. nnt bila free, i'll share the story

zaity zaliza said...

Kenapa tak bawa Qimie ke spetal? Carilah masa dan bawalah dia utk pemeriksan doktor di hosp kerajaan. Biar tahu masalah dia. Andai benar Qimie dyslexia dia perlu ke kelas utk anak anak sepertinya. Juga banyak kemudahan yg kerajaan sediakan utk Qimie juga keluarga Ummisya. Banyakkan bersabar melayan Qimie.