Friday, December 26, 2008

Pemakanan Untuk Penurunan Berat Badan

Pemakanan untuk Penurunan Berat Badan

Penurunan Berat Badan
Jika anda mengurangkan pengambilan kalori sebanyak 500 kkal sehari , anda boleh menurunkan berat badan sebanyak 0.5 kg seminggu.
Dalam sebulan,anda akan kehilangan berat badan sebanyak 2 kg hingga 4 kg.
Pengurangan berat badan yang disarankan adalah sebanyak 10% daripada berat badan asal dalam masa 6 bulan.


Sekiranya penurunan berat badan melebihi 10% dalam masa 6 bulan , anda akan;
- Berisiko tinggi mendapat batu hempedu
- Elektrolit tidak normal
- Kekurangan nutrien
- Peningkatan asid urik
- Kehilangan protein dan otot


Selepas 6 bulan,penurunan berat badan akan statik dan anda tidak akan mengalami penurunan berat badan lagi.
Ini adalah kerana ,apabila berat badan anda menurun , tahap metabolisme juga menurun kerana kehilangan otot-otot.
Oleh yang demikian, adalah penting untuk menggabungkan DIET dan SENAMAN dalam proses penurunan berat badan .


Pengurusan Pemakanan Untuk Berat Badan Berlebihan


Objektif Pengurusan Pemakanan :-
- Untuk menurunkan berat badan
- Untuk mengekalkan berat badan yang normal.
- Untuk menghalang peningkatan berat badan .
- Untuk mengurangkan risiko darah tinggi , diabetis mellitus dan penyakit jantung .
- Untuk meningkatkan kualiti kehidupan,berasa lebih sihat dan bertenaga.
- Untuk mengurangkan pengambilan kalori.
- Untuk mengurangkan berat badan , anda perlu mengurangkan pengambilan makanan secara berperingkat dengan teratur · Pastikan anda mengikut Panduan Pemakanan Malaysia. · Cuba kurangkan pengambilan hasil bijirin , ubi ??? ubian, ikan , ayam , daging dan kekacang. ·

Kurangkan pengambilan kalori dengan ;
menggunakan sedikit minyak semasa memasak
mengurangkan penggunaan gula seperti gula pasir , gula perang , madu dan gula yang tersembunyi dalam makanan dan minuman.
meningkatkan pengambilan serat seperti sayur ??? sayuran , buah ??? buahan dan hasil bijirin seperti oats kerana makanan ini akan menyebabkan anda berasa kenyang dalam jangkamasa yang lebih lama.
minum air kosong dengan banyak sekiranya mengambil makanan tinggi serat


Indeks Jisim Tubuh ( BMI )
Indeks Jisim Tubuh adalah satu pengukuran yang digunakan untuk menentukan samada berat badan anda normal atau tidak .Indeks Jisim Tubuh yang normal ialah dari 18.5 hingga kurang daripada 25.
BMI =

Berat (kg) Tinggi ( m ) x Tinggi ( m )

Jika BMI anda adalah

Kurang daripada 18.5
Kurang Berat Badan

18.5 hingga kurang 25
Normal

25 hingga kurang 30
Berlebihan Berat Badan

30 atau lebih
Kegemukan / Obesiti

Contoh Menu untuk Penurunan Berat Badan
Saranan Pengambilan Diet seharian bagi warga emas lelaki adalah 2000 kkal dan warga emas perempuan adalah 1800 kkal.
Sekiranya anda ingin menurunkan berat badan , saranan pengpagibilan diet seharian ialah 1200 kkal hingga 1500 kkal .
Dapatkan nasihat Pakar Pemakanan atau Dietitian untuk menentukan keperluan anda

Contoh Menu 1200 kkal
Sarapan(7.00 - 7.30 pagi)
2 keping roti mil penuh + 1/4 sudu teh marjerin lembut + 2 hiris tomato + salad
1 cawan susu rendah lemak

Makan Tengahari(12.30 - 1.00 tgh)
1 cawan nasi putih / 2 cawan bubur nasi
1 mangkuk sederhana sup sayur
1 keping ikan tenggiri kukus
1 biji limau
1 gelas air kosong

Minum Petang(3.30 - 4.00 ptg )
3 keping biskut krim kraker
1 gelas air kosong


Makan Malam( 6.30 - 7.00 ptg )
1 cawan nasi putih / 2 cawan bubur nasi
1/2 cawan kailan tumis
1 mangkuk sederhana tom yam ( 1 ketul peha ayam ) + 1/2 cawan ( bunga kobis + lobak merah+ seleri + tomato )
1 potong tembikai.
1 gelas air kosong

Penurunan Berat Badan - Kekal Sihat Dan Cergas
Penurunan berat badan terbukti dapat menurunkan tekanan darah bagi individu yang berlebihan berat badan. Anda perlu mengawal pengambilan makanan anda berdasarkan Panduan Pemakanan Untuk Penurunan Berat Badan. Lakukan senaman secara teratur.

Dipetik Dari : www.infosihat.gov.my

No comments: