Monday, February 2, 2009

3Hari 2Malam di Felda Titi, Jelebu.











Pada CNY lepas, kami bercuti ke rumah makcik sya kat Jelebu. Kami bertolak kesana pada hari ahad 25/1/09 dan balik pada 27/1/09.

Ramai juga yang pergi, lebih kurang 6 buah kereta lah kesana

Saje jer kami bercuti kesana sebab makcik sya cakap dah musim durian kat Jelebu tu.

Jadi kami selama 3 hari kenduri durian, sarapan durian. snek durian, lunch pun ada juga terselit durian.

Lupa jap diet sya hehehehe. Gambar durian pun lupa nak amik, disebabkan seronok benor makan..4 bakul lah durian hari tu. Ada yang buat tempoyak 2 bakul, pastu 1/2 bakul buat wajik, 1/2 bakul buat kuat durian. Lagi 2 bakul makan beramai2. Nikmat sungguh rasanya..hehehehe ..oopppss..tapi tiap2 pagi sya skipping tau 200x + workout mcm lunjes, squat, wokout utk triceps & biceps..makan, makan jugak. exercise tak lupa yer.


Malam akhir tu kami buat BBQ. Pagi2 sya dah gi pasar beli ayam untuk BBQ & nuggets untuk budak2 makan nanti. Adik sepupu sya beli ikan talapia besar 20 ekor. Sedap betul kami makan malam tu
Pada hari akhir tu 27/1/09, kami beramai-ramai mandi sungai kat belakang rumah makcik sya.
Sya anak beramak, umie & adik2 sya, makcik pakcik, adik2 sepupu dan anak2 sedara sya, kami berendam kat sungai
Tengok lah kami semua buat perangai, siap shampoo kepala ramai2 kat sungai.


Kami masing-masing mana lah biasa mandi sungai. Tu yang jadi macam ni telatah. Makcik pakcik sya pun dah jadi macam budak2...siap kami main lawan apung badan lah, lawan berenang..hehehehe..mana ada berenang nyer..air cetek..sangkut kat pasir jer lah keja nya.



Sya rasa cuti CNY kali ni seronok sangat. Walaupun tak travel jauh2 seperti biasa, tapi cuti kali ni paling mengembirakan

Dah lama sya tak bercuti dengan adik2 & parents sya macam ni.

Kali ni lebih seronok sebab makcik, pakcik & nenek sya pun ikut sekali.

Insyaallah kalau ada rezeki lagi, kami nak bercuti ramai2 macam ni .

No comments: