Tuesday, February 17, 2009

Upin Ipin

Hari ahad lepas (15/2/09) kami sekeluarga pegi tengok wayang cerita Geng.
Mulanya ingat nak tengok hari sabtu, skali full. Jadi sya terus je booked online tiket untuk hari ahad,tayangan jam 5pm

Punyalah ramai orang kat dalam panggung, penuh.
Memang best cerita ni. Pujian harus diberikan pada anak-anak muda kita yang berjaya buat cerita ni. Enjoy menonton. Anak-anak sya pun lekat kat kerusi, tak bangun tak buat hal. Kusyuk mereka tengok. Yang kelakar masa adegan upin ipin kena keja dengan ular tu, anak sya yang kecik, Marsya...menyorok belakang kerusi. Sya angkat dia riba kan, dia siap tutp muka dengan tangan. Tengok cerita dari celah2 jari.. "Tatut" katanya..hehehehe

Bila adegan dikampung tu, rasa macam kita pun ada disana. Seronok tengok yerlah teringat masa kecik-kecik, main guli. Walaupun sya bukan asal orang kampung sebenarnya.

Dialog yang sya masih ingat ialah
"Eh Upin, apa kau buat tu?" "Jatuh jatuh jatuh" "Jangan Upin, ingat masa depan!!"
hehehe..ni dialog masa mereka nak jatuh dari bukit semasa meluncur upih atau kulit kayu..tak perasan lak.

Memang cerita ni berjaya lah capai target mereka nak 10juta collection.
Sya beri 7 bintang.....best gilerrrrr


Semua anak-anak sya pergi tengok wayang pakai baju Upin Ipin..siap amik gambar lagi dekat poster Upin Ipin.

2 comments:

IdzaRis79 said...

anak saya pun,tgk upin ipin..sgt behave..
kagum sy..kalu kat rumah..ligam satu macam...

mmg best kan..citer ni..

uMMisYa said...

betulkan, anak2 jadi baik, kusyuk tengok cerita ni,salute kan pada anak muda kita