Saturday, December 5, 2009

Keputusan


Setelah dipikir, dikaji..akhirnya
Sya mengambil keputusan untuk berhenti kerja

Sebenarnya Dr kat Hospital Pantai ada bagi cadangan
1. Tukar kerja lain..ermm nak tukar kerja mana lagi..sama jer semua...
Selagi kerja construction line tetap stress yang sama

2. Berhenti kerja..,mulanya memang tak nak ..tapi bila sakit kepala ni makin teruk, tak baik2..
masuk je kerja, sakit migrain datang lagi..baik sya berhenti
HB memang tak kasi, sebab hutang banyak,..maklum lah semua berhutang..tanggungjawab banyak..

Tapi sya terpaksa berhenti..
Dari asik MC jer..buat orang marah..
Baik kita tarik diri

Tapi sya tak duduk diam je kat rumah
Sya buat Forex

Yerr..sya sebenarnya dah hampir 1/2 tahun jadi trader
Sya trader forex
Alhamdulillah
Modal sya kecik je..maklumlah RM tak banyak..
Sya mulakan dengan modal RM370.00 untuk 100usd
Buat masa ni bolehlah dapat sehari 100usd...
kadang-kadang ada gak rugi
yerlah perniagaan mana yang tak rugi
kita belajar dari kesilapan dan kerugian
ini semua menjadikan kita matang

Kerana itulah sya berani ambil keputusan ni..

Lagi satu sebab kenapa sya nak resign kerana kesihatan MIL & FIL

Sekarang bapa mertua sya dalam keadaan tenat juga
FIL sya sakit barah hati
dah tenat juga
sedih sya tengok keadaan Abah
nanti kalau ada pic sya letak ye

MIL sya jaga FIL kat rumah sekarang
MIL sya pun dah tak sihat
2 minggu lepas MIL masuk hospital

Jadi sya kena amik tindakan ni
Kerana anak2 semua sekolah kat kg HB
balik sekolah transit kat rumah MIL
kesian pada MIL sya
penat dia nak jaga suami..nak jaga cucu
lagi adik ipar sya baru bersalin..nanti anak dia pun bagi MIL sya jaga
Biar lah sya berkorban

Yerlah..sya menantu..walaupun anak2 sya tu cucu dia juga..tapi lain lah rasa
kita yang tak sedap hati
bila kakak HB dok kata kesian mak dia penat jaga abah & cucu
sya terasa
yg cucu lain tu dari anak perempuan dia.
yer lah seperti yg sya penah cerita dulu suami sya ni kesian
malas lah nak cerita lagi..buat sakit hati

Insyaallah tahun depan sya jadi suri rumah sepenuhmasa
Sya harap kawan-kawan dapat doakan sya yer
Semoga keputusan sya ini tepat
Sya lakukan pengorbanan ni semua kerana keluarga dan kesihatan diri
Doakan rezeki sya murah ya..setelah musibah yang melanda


4 comments:

cheqna said...

kadang bukan senang kan nak wat sesuatu keputusan..

harap keputusan yang diambil adalah yang terbaik...

demi diri sendiri, serta keluarga...

Ibuhani said...

gd luck dgn bisnes baru. dah nama pengorbanan....insyallah.....rezeki ada dimana2. Smoga diberkati Allah SWT :)

humaira said...

semoga apa yang sya usahakan berjaya... mulia hati sya, sanggup berkorban...mudah mudahan dirahmati Allah sentiasa

eynda said...

Eynda pasti ada hikmah dari pengorbanan sya utkjadi surirumah ni....btw...nanti senang2 ajar eynda pasal forex...nak tau jugak ;-)