Friday, April 24, 2009

Puding Roti

Malam semalam lebih kurang pukul 10pm, sya buat puding roti. Ni gara-gara sya perasan roti yang ada tu expired hari ni, 23/04/09. Ada lagi 8 keping. Dah malam-malam sapa pula nak makan roti sebanyak tu. Jadi sya pun mulakan lah projek buat puding roti. Senang je

Bahan-Bahan:
10 keping roti (sya guna 8, so lembik sikit bila dah masak)
2 cawan susu segar( Sya guna susu HL)
1/2 cawan gula(sya guna brown sugar)
2 biji telur
Serbuk vanila(sya tak letak sebab susu HL ni dah perisa vanila)

Semua bahan tu kecuali roti sya masuk jer dalam blender..hehehehe..ni kes malas nak keluarkan hand mixer.

Roti tu sya koyak-koyakan, letak dalam loyang. Lepas tu curahkan semua bahan yang dah pukul dalam loyang roti tu. Akhir sekali sya letak kat atas 3 sudu kecik butter, taburkan kismis dan cinnamon powder. Bakar dalam oven dengan kepanasan 170, selama 50min.

Hanya ni yang dapat sya selamatkan dan ambil gambar. Sebabnya pagi tadi bila sya masuk dapur, puding ni dah tinggal 1/4 jer,3/4 lagi dah selamat anak dara sya potong untuk bekal dia dan adik-adik. Patut sya buat sos dia.Tapi dah macam tu, tak payah lah. Makan dia je pun dah sedap.

No comments: