Sunday, September 20, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Sya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya AIdilfitri kepada semua rakan-rakan. Sekejap je masa berlalu..tup..tup..habis sebulan kita berpuasa..rasanya macam baru jer bangun sahur dan berbuka..kini kita dah beraya

Tahun ni sya beraya kat rumah mertua sebab giliran Hb tahun ni. Kami memang dari mula kahwin dah amalkan giliran beraya, walaupun kami local..dua-dua family kat Klang.Yer lah tak nak ada gaduh-gaduh..nanti tak syok nak beraya kan kalau masam muka.

Syukur sebelum raya sya siap jahit baju anak-anak dan baju sya.Petang semalam sya siap masak Rendang Ayam, Rendang Tok, Ketupat Nasi & Ketupat Pulut. Sya mewarisi tradisi Umie sya iaitu mesti masak ketupat pulut setiap kali raya.Kalau Takde ketupat pulut rasa tak sah.

Sya masih belum berkesempatan nak beraya dengan family sya..itulah sya katakan walaupun kami setempat tapi bila dah raya macam ni lah..ada yang tak sempat nak pergi..Yer lah umie sya selalunya akan beraya merata2..rumah atuk & nenek sedara shah alam & damansara, umah2 makcik pakcik lak jauh..tu yang umie tak de kat rumah..Lain pulak dengan belah HB sya..kebanyakan dekat..Kebiasaanya kalau beraya belah Hb sya penat sikit lah berjalan..kami akan jalan kaki beraya keliling kampung..yer lah semua sedara mereka...penat ooo jalan kaki...tu yang bila petang semua lepak..tertidur kepenatan.

Kami belum berkesempatan ambil sekeluarga..biasanya bila dah balik rumah sendiri baru kami amik gambar sekeluarga..

Ni antara pic raya kali ni...layan jer lah yer(nanti sya dnld lah yer serber slow sangat)

2 comments:

kak ina kl said...

salam ummi..nanti klu ada gath belah sana akak bagi tau..saudara akak pun ada kat bkt kemuning tu..tapi nak pindahlah pulak..

insyallah satu hari nanti kita akan jumper jugak..

somuffins said...

Salam, harap you sihat walafiat.