Saturday, August 7, 2010

Jalan-Jalan Makan Durian

Sabtu lepas kami sekeluarga pergi Jelebu..
Biasalay rumah makcik sya yang paling kami rapat
Tahun ni durian kat kebun Pak Teh menjadi
Jadi Kami pun apalagi
Tapi sayangnya,masa kami pergi rupanya durian dah banyak luruh
Kata Mak Enab kalau datang minggu sebelum banyak durian cantik2


Tapi x kisah...sebabnya puas jugak kami makan durian
Petang sampai je dah hampir 7 biji kami kupas
Petang tu jugak kami pergi tepi sungai kat belakang rumah tu 
Sebab nak tengok durian kat tepi sungai 
mana tau ada yg luruh
Sebenarnya jiran pak teh & anak menanti pak teh tak berani nak kebelakang tu
sebabnya ada "nenek kebayan"
Anak jiran sebelah rumah pak teh ni kena kacau
"Nenek Kebayan" tu duk masuk bilik anak org tu
kecut perut lah
Adik sepupu sya si Najiha pun penah nampak "Nenek Kebayan" tu kat belakang
Tua bongkok, rambut panjang warna putih, baju putih..hehehe
Kami suami isteri & anak2 je yang berani redah
Alhamdulillah buat masa ni, setiap kali ke tepi sungai tu tak pernah lak malamnya ada benda2 tak elok
Niat kami x kacau ..niat baik..nak amik durian je..hehehe
Malamnya makan lagi 3 biji..entah berapa biji isi dalam 3 biji durian tu kami makan


Hb pagi2 dah pergi cari durian..nampak tak buah durian bergayutan kat dahan pokok
Kat tepi sungai ni lah ada nenek kebayan..hehe


Esok pagi-pagi kami pergi lagi tepi sungai tu
Dapat dalam 6biji lagi durian
Bawak balik la apa lagi

Tengahari kupas lagi 4 biji untuk makan dengan pulut & santan..
Bakinya bawak balik Klang,bagi bapak &adik2 yang tak ikut



Tengahari tu sya buat potong kek,semperna birthday qimie (1/8)
Sebenarnya Umie sya nak buat makan2 untuk birthday qimie & aied,adik sya sabtu 7hb nanti
Tapi kesian lak dia, hari jadi dia x de potong kek
Jadi sabtu petang tu suruh adik sepupu sya pi tempahkan kek
Ahad 11am pi amik
Jadi lah buat gembirakan hati anak2


No comments: