Tuesday, May 4, 2010

Syoknya dia


Tengok tu..bukan main lena si Marsya tidur


Bila tengok dia tidur atas riba macam tu, teringin lak..hehe..
sekarang ni asik berebut je dengan Marsya



Ni lah penyebab dia lelap



Memang syok wooo..bila kena korek buang segala harta karun sebelum ia mengeras jadi konkrit..hehe

Kami memang x guna putik kapas untuk bersihkan telinga

Sebab rasa macam tak bersih je, rasa macam harta karun tu lagi termasuk kedalam

Dulu jenuh nak menyuluh

Sekarang senang..pengorek siap dengan lampu


Monday, May 3, 2010

Program Akujanji UPSR




Jumaat lepas sya menghadiri Program Akujanji UPSR & Solat Hajat anjuran sekolah tempat anak sya belajar

Walaupun program tu hari Jumaat tapi demi anak sya sanggup pergi

Penceramah hari tu seorang anak muda lepasan Al-Azhar


Anak-anak sekolah tu panggil dia Abang Lie

Walaupun muda namun setiap patah yang keluar dari mulut beliau menusuk naluri

Mulanya sya mampu tahan air mata dari mengalir

Namun sampai satu tahap, Penceramah ni minta sesiapa yang paling sayang mak & ayah dia keluar kedepan

dan 3 orang pelajar perempuan keluar  kedepan dengan  mata yang bengkak & merah

Sya dah tak mampu tahan airmata bila setiap seorang anak ini diberi mic & berucap

Ada yang minta maaf..ada yang ucapkan terima kasih..dan berjanji untuk lakukan yang terbaik

Lulur hati seorang ibu bila mendengar anak yang berumur 12 tahun mengucapkan terima kasih pada ibunya yang bersusah payah membesarkan beliau dan adik2 tanpa kehadiran seorang Ayah..

Ya Allah..tak mampu sya bendung lagi airmata ni..sayu..anak2 walaupun bukan anak sya, namun kata2 mereka benar2 menusuk naluri keibuan Sya

Kemudian sampailah waktu dan ketika yang mana anak-anak ni semua diminta membawa keputusan ujian mereka & pergi mencari IBUBAPA mereka..sedihnya sya lihat ada sebilangan anak2 itu patah semula kehadapan dewan kerana tiada IBU atau BAPA mereka hadir hari itu..
Ya Allah sayu sya lihat pandangan mereka..mereka memandang kawan2 yang berada bersama Ibu& Bapa..
Sedih nya..dapat sya bayangkan apakah perasaan Izzati jika sya berkeras tidak hadir..bukan apa sebenarnya sya maukan suami sya hadir sekali..namun suami tak dapat ikut serta kerana ada kerja dan petang ada game futsal..kecewa sebenarnya dengan alasan suami.tak sangka keadaan yang sya penah lalui dahulu kini anak sya pula lalui.alasan lebih kurang ..ada kerja..
Tak mengapa biar sya yang berkorban masa demi anak2 yang sya kandungkan dan lahirkan.


Sekali lagi sya menangis bila Izzati meluru kepada sya sambil tersedu-sedan mencium tangan sya memohon kemaafkan kerana dia kali ini dia tak dapat memberi keputusan

Sya peluk Izzati..sudahnya kami berdua menangis..dia tersedu2 dalam pelukan sya..
Sya tenangkan dia..memberi kata-kata nasihat dan perangsang untuk Izzati bangkit dari rasa bersalah dan kekesalan itu
Sya Tak mau rasa bersalah dia itu  membawa kesan negatif dalam diri dia
Semoga Izzati Bangkit dan terus berusaha untuk kejayaan yang dia impikan.


Sebilangan IBU bersama anak2 mereka

Buat Anak Ummi Yang Tersayang....
Ummi sentiasa Mendoakan Kejayaan Kak Yong
Kak Yong dan adik2 sentiasa ada dalam doa ummi setiap hari
Ummi mau anak-anak ummi menjadi anak yang soleh & solehah
Menjadi anak2 yang berjaya didunia dan akhirat
Ummi tidak mampu untuk berikan kekayaan melimpah ruah untuk anak-anak ummi
Namun ummi hanya mampu berika didikan dunia dan akhirat
Buat bekalan kalian dihari muka












Thursday, April 29, 2010

Marysa Dah Pandai...yeh..yeh..


Seronok sungguh Marsya
Kelmarin sya balik je kerja
terus dia terpa
"Ummi..ummi..Na(dia bahasakan diri dia Dyna) dah pandai bawa basikal"
dia kan memang lancar cakap,tak pelat..
bukan main excited dia

lepas tu siap tunjuk kat kita lagi


kiranya Marsya berjaya pecahkan rekod Qimie
Qimie pandai bawa basikal roda 2 masa umur 5 tahun
Marsya lagi awal..umur dia belum 4 tahun lagi,bulan september ni baru masuk 4 tahun..
Marsya ni memang berani
Dia sendiri yang minta dengan HB, suruh tanggalkan tayar kecik 2 tu
Dia nak bawak macam Kak Yong & Abang Qimie katanya
HB bukak tayar tu jumaat minggu lepas, Selasa 27/04/10 dia dah pandai bawak
Jatuh je menangis..pujuk2 ..then di pi bawa lagi..
Cuba sampai pandai..
Izzaty lah yang terpaksa berkejar..
Yer lah, baru belajar, kayuh mesti laju je kan
sebab tak pandai kontrol lagi
kalau kayuh slow dia jatuh..tu yang laju je dia kayuh
Ni semalam dah pandai kontrol
dah pandai pusing-pusing


Tunaikan Tanggungjawab


Insaf...insaf...
Syukur kesedaran timbul 
Walaupun disaat-saat genting

Akhirnya....
Tertunai sudah tanggungjawab..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.


Hari ni sya dan suami dah selamat submit income tax..
hehehehe...tiap-tiap tahun hantar last minute

syukur line internet laju je
pernah 2 tahun sudah, dah lah last day baru nak buat
skali line internet slow..
server LHDN sangkut..
berpeluh-peluh gak lah refresh
login dari pagi..dok refresh beribu2 lemon..
malam baru settle..

Tahun ni kira ok lah skit..awal sehari..hehehe
so..tak de hutang ...
terlebih bayar lagi adalah...
Syukur...



Friday, April 16, 2010

Bersih Sawang..

Lama tak update
Padahal Hari-hari masuk blog
Tapi tak sign in..hehe
jengah semua blog kawan-kawan..
Blig sendri malas nak update

Almaklumlah...sejak dah tender surat resign ni
Banyak benda yang nak kena rancang
Banyak nak kena study
Nak jadi FTT
study..study..
ada kelas online dengan cikgu forex

tapi tak mengapa
demi anak-anak dan keluarga
semua sya sanggup


Tuesday, March 30, 2010

Khatam Quran Wan Nurfilzah Izzati


Sabtu lepas ada kenduri kahwin adik sepupu sya kat N9
Jadi sya amibil kesempatan untuk buat khatam quran Izzati
sebenarnya dia dah khatam lama
cuma majlisnya belum buat 
tu yang tumpang kenduri adik sepupu sya
pulut kuning je belum buat
insyaallah hujung minggu ni nak buat
sebab dah niat




Friday, March 19, 2010

Sya tak pasti dari mana sya copy kata-kata ini..sya juga tak pasti siapa penulis madah indah ini
Namun sya meminta izin seisiapa yang menulis madah ini untuk sya letak diblog sya
Buat tatapan kita semua

"KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA
KASIH AYAH MEMBAWA BAHAGIA
AYAH DAN IBU TIDAK PERNAH MENINGGALKAN KITA
WALAUPUN ADA ANTARA MEREKA TIADA DISISI KITA
DI SETIAP SAAT NADI BERNADA
DISETIAP KALI NAFAS DIHELA
DISETIAP SUDUT BAYANG TERCIPTA
DISETIAP LANGKAH BUMI DIPIJAK
DISETIAP INCI LANGIT DIJUNJUNG
DISITULAH WUJUD IBU DAN AYAH
YANG MENGALIR MENJADI DARAH DALAM DIRI
BERSAMA KENANGAN, AMANAH DAN PESANAN
JUGA HARAPAN
BAHAWA MEREKA TERAMAT INGIN MELIHAT 
KITA BAHAGIA"