Monday, May 3, 2010

Program Akujanji UPSR




Jumaat lepas sya menghadiri Program Akujanji UPSR & Solat Hajat anjuran sekolah tempat anak sya belajar

Walaupun program tu hari Jumaat tapi demi anak sya sanggup pergi

Penceramah hari tu seorang anak muda lepasan Al-Azhar


Anak-anak sekolah tu panggil dia Abang Lie

Walaupun muda namun setiap patah yang keluar dari mulut beliau menusuk naluri

Mulanya sya mampu tahan air mata dari mengalir

Namun sampai satu tahap, Penceramah ni minta sesiapa yang paling sayang mak & ayah dia keluar kedepan

dan 3 orang pelajar perempuan keluar  kedepan dengan  mata yang bengkak & merah

Sya dah tak mampu tahan airmata bila setiap seorang anak ini diberi mic & berucap

Ada yang minta maaf..ada yang ucapkan terima kasih..dan berjanji untuk lakukan yang terbaik

Lulur hati seorang ibu bila mendengar anak yang berumur 12 tahun mengucapkan terima kasih pada ibunya yang bersusah payah membesarkan beliau dan adik2 tanpa kehadiran seorang Ayah..

Ya Allah..tak mampu sya bendung lagi airmata ni..sayu..anak2 walaupun bukan anak sya, namun kata2 mereka benar2 menusuk naluri keibuan Sya

Kemudian sampailah waktu dan ketika yang mana anak-anak ni semua diminta membawa keputusan ujian mereka & pergi mencari IBUBAPA mereka..sedihnya sya lihat ada sebilangan anak2 itu patah semula kehadapan dewan kerana tiada IBU atau BAPA mereka hadir hari itu..
Ya Allah sayu sya lihat pandangan mereka..mereka memandang kawan2 yang berada bersama Ibu& Bapa..
Sedih nya..dapat sya bayangkan apakah perasaan Izzati jika sya berkeras tidak hadir..bukan apa sebenarnya sya maukan suami sya hadir sekali..namun suami tak dapat ikut serta kerana ada kerja dan petang ada game futsal..kecewa sebenarnya dengan alasan suami.tak sangka keadaan yang sya penah lalui dahulu kini anak sya pula lalui.alasan lebih kurang ..ada kerja..
Tak mengapa biar sya yang berkorban masa demi anak2 yang sya kandungkan dan lahirkan.


Sekali lagi sya menangis bila Izzati meluru kepada sya sambil tersedu-sedan mencium tangan sya memohon kemaafkan kerana dia kali ini dia tak dapat memberi keputusan

Sya peluk Izzati..sudahnya kami berdua menangis..dia tersedu2 dalam pelukan sya..
Sya tenangkan dia..memberi kata-kata nasihat dan perangsang untuk Izzati bangkit dari rasa bersalah dan kekesalan itu
Sya Tak mau rasa bersalah dia itu  membawa kesan negatif dalam diri dia
Semoga Izzati Bangkit dan terus berusaha untuk kejayaan yang dia impikan.


Sebilangan IBU bersama anak2 mereka

Buat Anak Ummi Yang Tersayang....
Ummi sentiasa Mendoakan Kejayaan Kak Yong
Kak Yong dan adik2 sentiasa ada dalam doa ummi setiap hari
Ummi mau anak-anak ummi menjadi anak yang soleh & solehah
Menjadi anak2 yang berjaya didunia dan akhirat
Ummi tidak mampu untuk berikan kekayaan melimpah ruah untuk anak-anak ummi
Namun ummi hanya mampu berika didikan dunia dan akhirat
Buat bekalan kalian dihari muka












6 comments:

eynda said...

Sedihnyer baca entry ni...bergenang air mata eynda...eynda paham sangat2...macam adam sekarang perlukan tumpuan lebih dlm pelajaran...ibu bapa kena participate bila ada setiap perjumpaan...tapi sedih bila ada ibu bapa yg tak ambik kisah....sampaikan hari tu guru besar sendiri menangis sebab ramai ibu bapa tak hadir....

Bagus la acara macam ni...memang kita perlukan sesuatu yg touching macam ni utk kita sedar sentiasa...

uMMisYa said...

eynda...mmg sya sedih tgk anak2 yg [arents tak datang..
eynda bayangkan lah, bila penceramah suruh depa pi cari parents depa..semua serbu kebelakang tmpat kami duduk..tup-tup anak2 yg parents tak datang jln lemah kedpn balik sambil mata melilau2 cari mak bapak mereka..sedih tau..cikgu2 kelas masing2 dtg kat anak2 murid depa..cilgu2 tu pun menangis bila anak2 murid tu baca aku janji depa, apa yg depa janji nak buat semua...sedih sangat..

rie_theone said...

akak, very touching entry. naluri keibuan yg telah lama hadir dlm hidup ros membuatkan ros nangis dpn pc ni...

uMMisYa said...

ros..thanks sudi baca..tak lama lagi awak bakal melahirkan lagi awak akan rasa naluri keibuan tu menebal

YM ID : azhar8082 / adilah82 said...

sedihnya entry kak sya ni.. tak pasal2 air mata ila ni kuar jugak..walaupun ila bukan seorang ibu.. tetapi naluri ibu tu menyentuh persaanku.. brtambah sedih juga bila ingt zaman kanak2 dulu...

uMMisYa said...

sabar ila..insyaallah suatu hari nanti ada rezki ila..semua kenangan itu indah sebenarnya walaupun dulu kita rasa ianya sangat pahit, sbnrnya dgn kenangan yg pahit tu lah mengajar kita kini