21 Mei 2010 memahatkan peristiwa hitam
Kerana kelalaian, anak aku yang tidak berdosa itu jadi mangsa
Marsya telah dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah
Kerana....
Minum pencuci lantai yang diisikan dalam botol air mineral
Apa lah tau anak yang berumur 3tahun 8bulan itu
Pada fikiran anak itu, apa-apa saja yang diisi dalam botol itu adalah air yang untuk diminum
Sya tak salah kan sesiapa
Tapi ada kata-kata dari seorang yang menyalahkan Marsya
Buat sya sedih
Kenapa nak salahkan anak sya itu
Note: Ada yang terpaksa sya edit kerana permintaan dan kerana terpaksa untuk jaga hati. Tanpa kerelaan hati,sya delete. Namun hanya Allah yang Maha mengetahui.
5 comments:
Ya Allah kesiannya dia.
Semoga Marsya cepat sembuh dari segala kesakitan yang sedang dilalui. Semoga Allah lindungi dia.
Kesian Marsya. Semoga cepat sembuh dan Sya, semoga tabah.
Susah betul diorg nak mengaku kesalahan sendiri. pelik. Yang menanggung tu pulak budak umur 4 tahun..bukan kucing atau anak ayam. Mana la pergi sifat kemanusiaan...
moga Marsya cpt sembuh. Sabar akak, ada hikmah di sebalik ini.
LG: Thanks..Alhamdulillah Marsya dah sihat. Dah kesekolah macam biasa
Rox: Aku tak salahkan sesiapa,tapi orang yang terasa sgt, kata2 yg keluar dari mulut tu betul2 buat aku kecik hati.Namun syukur anak aku tak apa2.Tapi yg kena tahan telinga kat wad tu aku lah,sbb aku yg jaga anak aku kan,pastu dr dtg jumpa aku.panas telinga.
Ros: Thanks ros. Syukur bln 6 dah dok rumah,jaga dia.
Alhamdulillah nasib baik tak jadi apa-apa kat marsya...
Post a Comment