Monday, June 29, 2009

Hanya ALLAh Yang Tahu

Hanya ALLAH yang tahu mengapa semua ini terjadi pada kami.
Namun tidak sesekali pun kami rasa marah pada NYA..kerana memang hanya ALLAH yang maha mengetahui

Kami ditipu oleh A yang sya kenal dari sekolah menengah.
Kerana A kami menanggung beban hutang
Tapi tidak sesekali pun kami menyalah kan ALLAH atas semua ini
Kerana Hanya DIA yang lebih tahu

Kami berusaha menjejaki A itu.
Sya masih bernasib baik ada sahabat yang senggup bersusah payah.
Sahabat sya itu sanggup mengambil risiko dibenci oleh A demi untuk membantu sya
Maka seperti yang dirancangkan, sya ke JB bersama HB & 2 orang anak sya yg kecil
Kami ke tempat yang sahabat sya rancang untuk jumpa A
Kami sampai seperti yang dijanjikan
A sedang rancak menerangkan pada sahabat sya itu
HB sya pergi kemeja mereka
Sya ketoilet dahulu, kemudian sya join mereka
Muka A berubah, Suara A berubah
Serta merta A membuat panggilan telifon
Sya & Hb dah jangka A akan panggil kawan dia
Benar..tak lama adik A datang.Ambil beg laptop dari A,kononnya nak guna sebentar
Tak lama A pula keluar untuk jumpa adik dia kononnya untuk ambil beg tersebut
Hb sya dah keluar, tapi tak sempat tangkap A, kerana A dengan pantas lari keluar ikut pintu belakang,dan terus membonceng motor adik dia.
A lari..A cabut dari kami.

Kami kerumah A, namun wife A boleh kata itu bukan rumah A.
Padahal kami cam muka wife dia.
A dah ajar anak bini dia MENIPU
Kesian sya pada anak dan bini dia kerana dapat bapa dan suami PENIPU.
Kesian anak bini A kerana diberi makan hasil dari duit menipu orang

Sms sya pada A dibalas dengan kata-kata kesat,
A marah kami
Bukan ke sepatutnya kami yang marah
A salahkan kami kerana tak mahu faham masalah dia
Bukan kami ker yang patut salahkan A kerana dia kami ditimpa masalah
Masalah kami siapa pun nak faham.

A sms Hb sya pula, kata jika dia ada duit untuk pulangkan RM kami, dia nak bersemuka dengan HB sya
A nak bertumbuk dengan HB sya
A kata kaki dan tangan dia dah kuat..A kata dia bukan A yang dulu, yang lemah
Pelikkan dengan A, dia yang menipu duit kami, tapi yang diugutnya
Bukan sepatutnya kami yang marah ke.

Baiklah..kami tunggu masa dan ketikanya
Jika Allah mengizinkan berjumpalah kami dengan A
Jika memang Allah dah kata rezeki kami & anak-anak..dapatlah semula duit kami sebanyak RM6600 itu..

Ya Allah, sesungguhnya hanya kau yang maha mengetahui atas segala yang terjadi
Aku redha Ya ALLAh..
Aku terima Ya ALLAh
Kerana aku hanya makhluk mu yang kerdil
Aku tahu banyak dosa yang telah kulakukan
Jika ini balasan yang harus aku terima kerana dosa-dosa ku..aku terima Ya ALLAh
Hanya pintaku..Kau berilah balasan pada A yang menganiaya kami
Kau turunkanlah balasan pada A yang menyebabkan keluarga kami susah
Kau turunkanlah balasan pada A yang menyebabkan anak-anak kami yg menderita juga kerana perbuatan dia.
Ya ALLAH, kau murahkan lah rezeki ku
Ya ALLAH kau gantikan lah segala musibah ini dengan kenikmatan dan kebahagian kepada kami
Ya ALLAH kau berikanlah kekuatan iman kepada kami untuk menempuh dugaan ini

Ya ALLAH..SESUNGGUH KAU MAHA BERKUASA, KAU MAHA MENGETAHUI ATAS SEGALA YANG TERJADI..AKU REDHA YA ALLAH..TIDAK SEDIKIT PUN AKU MENGELUH, TIDAK SEDIKIT PUN AKU MENYALAHKAN KAU DAN TAKDIR..KERANA KAU YANG MAHA ESA..KAU YANG MAHA MENGETAHUI...

AMIN..

Hutang Tagged

Sya ada 2 hutang tagged..1 dari eynda & 1 lagi dari Roxy..nanti yer lepas sya siap tender 2hb sya buat..tapi 3hb sya nak keLumut lak ada treasure hunt & team building 3H2M..ermmm...
Sya cuba buat tagged lepas balik dari Lumut yer kawan2...

Friday, June 26, 2009

Member's of BabyAndKids Collections


Sya dah jadi follower dan member pada BabyAndKids Collections. Sebab kan sya suka shopping online.

Penipu Besar

Ni seorang kawan sekolah sya dulu..punyalah penipu besar. Kelmarin sya call hp dia tak jawab, pastu sya sms tanya duit sya kat dia RM6K yang dia janji nak bayar bulan jun ni..tup-tup bini dai sms on behalf dia, kata member sya ni masuk wad, Pastu RM tak dapat lagi sebab rumah yang dijual ada problem dengan buyer lak.

Sya tak puas hati, sya suruh member kat JB call dia. Member ni pun call lah si penipu tu. Elok jer dia jawab cakap ada jumpa client. Kan ke penipu besar.

Nanti sya letak link blog dia yer..tapi bukan sekarang sebab sya ada planning baik punya nak kenakan penipu ni

Dah settle sya akan update dan letak muka dan nama penipu ni sekali, Supaya jangan ada lagi yang kena tipu dengan dia. Dia ni buat MLM, jadi memang kerja dia nak cari prospek, pandai belit

Patutkahhhh

Sya dah tak tahan sungguh keja sini. Stress..tension..dah tak tahan jadi balaci Cha Ya Nun Aliff. Ada saja yang tak betul, ada saja yang salah. Ada ketua melayu pun BODOH, Lembik dah jadi macam LEMBU dicucuk hidung. Ikut saja cakap cha ya nun alif. Kita mengadu pada dia pun tak de respon dan tak guna. Sebaliknya kita kena juga ikut telunjuk Cha Ya Nun Alif.

Tapi macamana ni.Sya tak dapat kerja baru pun. Commitment banyak. Bukan senang nak cari kerja sekarang. Lagi-lagi line sya..construction dah lah slow.

Patutkah sya hantar saje surat resign. Nekad?

Tapi bagaimana dengan segala commitment bulanan sya. Mana nak cekau duit nanti. Aduiiii..pening sangat dan buntu otak sya ni.

Nak try pergi tekun minta loan untuk bizz..tapi bizz apa yang sya nak buat. :(..

Nak mulakan bizz online, tapi tak tahu apa yang nak jual.

Buntu lah..dah bosan dengan segala ni. Kerja dengan cha ya nun aliff, gaji bayar ciput, kederat kita abis dikerah semua. Apa yg tak kena buat, nama je QS, tapi semua kena buat. Mentanglah kita ni melayu, depa tak kasi assisstant. Kaum depa berlambak assistant. Kerja kerani pun kita kena buat.

Co pakai nama sya sebab nak kan taraf bumioutera, tapi habuk pun tak dapat. Janji ada projek, kita dapat %, projek dah banyak habis, habuk pun tak dapat. Nak guna nama kita pun cara mafia, suruh kita sign surat resign dari co sediada, pastu sign form daftar co baru yg guna nama kita. Tak sign form register co baru, nama kita dah dibuang dari co sediaada. Jadi nak tak nak sya kena gak bagi nama ni diguna.

Apa yang patut sya buat..buntu sesangat

Monday, June 22, 2009

AWARD DARI EYNDA




Yeh..yeh..dapat Award lagi..Sya ambil cepat-cepat sebab takut terlupa ..yer lah orang dah bagi kan..tak baik menolak..hehehe

Thanks Eynda..semoga persahabatan kekal selama-lama yer..bila lah nak terserempak lagi kan..hehe

Award Ni Sya Pass Pada Semua member blog dan follower sya..ambil yer..

Tuesday, June 16, 2009

AWARD DARI EYNDA & RL & SALMIE



Task 1:Accept the award, post it on your blog together with the name of the person who has granted the award and his or her blog link.


Task 2:Pass the award to 7 other blogs . Remember to contact the bloggers to let them know they have been chosen for this award.


Thanks Eynda kerana bagi Sya Award ni... Dan juga RL..Dan juga dari SALMIE (walaupun sya dah bagi salmie dulu, tp mungkin dia tak perasan, dia bagi sya semula....bermakna ramai2 sahabat2 yang ingat dan sayang kat sya..Thanks..:))..


Jadi Sya Bagi Award ni Pula Pada
POSH
VOGUE
BIM
MAIRA
ESES aka SALMIE
YUN
APIQ