Tuesday, September 6, 2011

Hari Raya Aidilfitri 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Mood raya..so nak update blog yang dah berbulan dilupakan
Raya tahun ni seperti biasa,,giliran HB
Walaupun tahun lepas sepatutnya giliran rumah mak sya, pagi raya kami dirumah MIL atas sebab2 tertentu
Mak HB ni org Jawa, keliling rumah ni kebanyakan sedara & jiran yg juga orang Jawa
Jadi memang dah jadi adat, lepas bersalam & maafan,kami akan ronda kg
Menapak hokey..penat jugak
tapi satu je jiran2 kg Hb ni memang tak hidang ketupat rendang pada tetamu
depa hanya hidang kuih & air je
sebabnya adat mereka, sehari sebelum raya lepas masak lauk( biasanya Jawa ni lauk depa ayam masak sambal or kicap,kuah lodeh,kuah kacang & sambal goreng) & ketupat, depa bungkus & bahagi jiran tetangga
Sebab tu pagi raya bila kita pi ziarah rumah jiran x de yg hidang juadah
masa mula2 kawin sya rasa pelik gak..maklumlah kita biasa pi beraya akan dapat makan ketupat & rendang
skali raya belah Hb tak dapat..hanya hidang kuih
tapi sekarang dah paham adat depa
lagi satu orang Jawa ni kalau bermaafan yg tua2/veteran ni lain sikit caranya
depa akan dok rapat2, bisik2 kat telinga..gobrong Jowo..hehehe
apa yang depa cakap haram sepatah x dengar..kalau dengar pun bukan sya paham
tu lagi satu tradisi unik orang Jawa

So raya pertama memang sya kat rumah MIL je lah..
walaupun rumah parents sya dekat je..dalam 20 minit berkereta
tapi sya hanya dapat beraya dengan mereka rya ke-2 je..
takpe..sabar..hehe...biar HB puas2 raya dengan kluarga dia
Sebab tahun ni sya nak balas dendam..hehe
dah 2 tahun sya tak beraya lama2 dengan belah family sya
sebab HB nak beraya dengan belah dia..dari raya 1,2 & 3..ada je depa nya planning
nak ziarah family belah Abah HB
Tapi tahun ni awal2 sya dah bgtau yang sya lak nak bawa Ummi & bapak sya beraya ziarah family kat Ipoh & penang

So raya ke-2 kami bergerak ke Ipoh..
crite next entry lak

Layan pic raya pertama dulu lah ye


Hb bersama ipar,adik & sepupu lelaki

Sya bersama MIL, adik2 ipar, Makcik & sepupu HB




No comments: