Saturday, May 29, 2010

Minggu Peperiksaan


Maaf lah dalam minggu ni tak dapat nak update blog sebab anak-anak nak periksa minggu depan. Sya terpaksa duduk dengan anak-anak study.

Nanti dah free sya update ye.

Tuesday, May 25, 2010

Pengorbanan Dalam Kehidupan

Pernah kah kita terfikir, berapa banyak pengorbanan yang telah kita buat

Pernah kah kita terfikir, berapa banyak pengorbanan yang telag orang buat demi kita

Kenapa kita perlu lakukan pengorbanan untuk mencapai sesuatu

Kenapa hanya kita sahaja yang perlu bekorban

Kenapa susah untuk orang lain berkorban untuk kita

Kenapa..kenapa..kenapa...

Jawapannya ada ..namun terlindung disebalik realiti

Kita harus mencari jawapan

Namun jika jawapan yang ditemui tidak memuaskan

Apa yang perlu kita lakukan..

Perlu berkorban demi jaga hati orang..

Perlu berkorban demi memuaskan hati orang sekeliling

Perlu berkorban demi menjaga air muka orang lain

Namun diri sendiri yang merana

Monday, May 24, 2010

Kasihan Anakku..

21 Mei 2010 memahatkan peristiwa hitam 

Kerana kelalaian, anak aku yang tidak berdosa itu jadi mangsa

Marsya telah dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah

Kerana....

Minum pencuci lantai yang diisikan dalam botol air mineral

Apa lah tau anak yang berumur 3tahun 8bulan itu

Pada fikiran anak itu, apa-apa saja yang diisi dalam botol itu adalah air yang untuk diminum

Sya tak salah kan sesiapa

Tapi ada kata-kata dari seorang yang menyalahkan Marsya

Buat sya sedih

Kenapa nak salahkan anak sya itu

Note: Ada yang terpaksa sya edit kerana permintaan dan kerana terpaksa untuk jaga hati. Tanpa kerelaan hati,sya delete. Namun hanya Allah yang Maha mengetahui. 

Tuesday, May 18, 2010

Huwaaaaa.....mengantuk...


Pernah tak korang rasa hari tu betul-betulnya mengantuk

Padahal rasanya tidur dah awal

Bangun pagi pun macam biasa, tak terawal seminit  or terlewat seminit

Tapi rasa mengantuk jugak

Haa...itu lah yang sya rasa

Punya lah mengantuk

Sampai driving pun rasa nak terlelap

Skali sampai traffic light

Jenuh tahan bijik mata ni

Jangan terlelap

Tiba-tiba

Pon..Pon..Ponnnnnn

Ooo mak kau...terkejut sya

Rupanya sya dah tertidur kat traffic light

Dan lampu tu dah tukar ke merah

Depan sya punya lah kosong

Dah tak de kereta

Jauh lak tu jarak antara sya dengan traffic light

hahahaa...

Mesti orang belakang sumpah seranah sya

Agaknya baru sekali kot lampu tu tukar dari hijau ke merah

hehe...

Friday, May 14, 2010

Jumpa EYNDA


Hari ni setelah setahun berkenal-kenal, berkawan dia alam Cyber..akhir nya hari ni saya dating dengan Eynda.

Kami dating kat Giant, Shah Alam. Mulanya janji dalam 3pm..skali hujan punya lah lebat. Kami jumpa lewat sikit.

Gembira rasanya dapat jumpa Eynda..Ramah, tak sombong. Berborak macam dah lama kenal,sampai kan sya terlupa sesuatu..hehe..minta halal ye Eynda..

Eynda bawak Adam & Hannah. Kedua-duanya friendly..terutama Hannah..Hari ni punya la keletah dia..menyanyi lah, bercerita lah..skali tup..tup...angin speaking dia mai..amik ko..segala dialog Power Puff Girl, Princess, Barbie keluar.hehe.

Sya bawa marsya..Marsya ni lak, bila jumpa Hannah punya la dia diam..tak bercakap sepatah pun..Alahai anak ummi kenapalah jadi pemalu lak hari ni..Tapi masuk je kereta dia siap komen.."ummi,budak tu muka macam Afriena kan"..hehe..Afriena tu cousin dia..memang Hannah ada iras skit dgn Afriena.

Kami berborak hampir satu jam..tak leh lama..Eynda nak beli barang, sya pun nak balik..Insyaallah ada rezeki kita jumpa lagi yer

Semoga persahabatan kita ni berkekalan..

(p/s: pic nanti letak ekk..lembap tahan gaban berukband)

Masak-masak..

Untuk Jawab pertanyaan Mama Miraki apa sya masak malam tadi..hehe

Dalam minggu ni dah 2 kali Sya masak..hahahaha

Permintaan HB nak makan Kari Kepala Ikan & Asam Pedas

Jadi Hari isnin sya masak kari kepala ikan dan malam tadi masak Asam pedas Kepala Ikan Tenggiri

Tapi disebabkan masak kat rumah MIL

Lepas hidang, segan lak nak amik PIC

Kari kepala ikan sya masak mcm biasa je..tumis bawang merah,bwg putih yg diricih dgn biji sawi,jintan,.dah garing masuk rempah kari ikan yg dibancuh dgn air asam jawa + daun kari..sampai garing baru masuk air, ikan, terung..dah empuk baru masuk santan & perasa..didhkan & siap..ngap..:)

Tapi Asam pedas ni saya amik resepi dia dari myresipi

Dah penah beberapa kali masak ikut resepi ni

HB paling suka masak ikut resepi ni

Jadi ini je lah resipi yang akan sya masak jika HB minta asam pedas

Lagi satu bila tengok kat blog pic asam pedas LG  yang ambik dari kotak ajaib dia tu, buat lagi teringin nak makan asam pedas

Disebabkan pic tak de sya pinjam dari Pokcik Google pic asam pedas ikan tenggiri


Tuesday, May 11, 2010


Hari ni tak tau nak letak tajuk apa
Jadi posting without title

Setelah 6 tahun tak termasuk 3 tahun tadika
Sya kejut Izzati bangun tiap-tiap pagi
Akhirnya hari ni berjaya buat dia bangkit sendiri
Ini semua gara-gara HB pasang Jam Loceng yang amat membingitkan telinga
Sya sendri akan campak cepat-cepat jam tu kalau dia berbunyi
Mau satu taman dengar jam loceng ni

So pagi tadi tengah syok sya tido dengar Izzati ketuk pintu
Rupanya dia dah bangun & nak mandi
Sya tengok alarm sya sendri 5.15am belum bunyi
Bagus..tak yah nak kejut dia lagi pagi-pagi

Moga berkekalan lah