Thursday, October 29, 2009

Rumah Ku Syurga Ku

Hari ini tak tahu nak tulis apa..Bila sya belek-belek camera tengok ada sygua ambil gambar ruang tamu dan ruang makan rumah sya.

Ok lah hari sya tepek gambar rumah sya lah kat sini. Rumah sya ni tak de lah besar mana. Rumah teres dua tingkat je. Cuma sya rasa bangga sebab kami berjaya membeli rumah ni masa usia kami suami isteri masih muda lagi

Sya masih ingat lagi, kami bayar wang pendahuluan rumah ni 2 hari sebelum sya bersalinkan anak no.2 iaitu pada tahun 2000. Masa tu sya berumur 25 tahun. Duit muka dari hasil simpanan sya. Bakinya baru kami suami isteri berkongsi. Untuk pengetahun semua, sya dengan suami kongsi bayar segala-galanya. Macam duit kereta & rumah, kami akan bayar sorang separuh. Insuran anak-anak pun kami tanggung bersama.

2 tahun kemudian rumah ni siap. Lewat sedikit dari jangkaan. Yang seronoknya, rumah sya phase 1 lewat siap, phase 2 siap awal. Yang phase 2 kena bayar beribu2 jugak lah untuk dapatkan kunci. Sya pulak dengan suami dapat hampir 12ribu claim sebab developer lambat siap..hehe..itu pun bila kami semak S&P baru perasan ada clause tersebut. Kami pun apa lagi, siapkan kerta kerja , bersama kiraan lewat berapa hari, berapa kami dapat. Mulanya developer berkeras tak mahu bayar sebanyak mana yang kami claim. Kami bawa kes ke Tribunal Pengguna. Masuk mahkamah, kami menang. Ada ke alasan developer mereka hanya nak bayar 20% dari tuntutan kami kerana merasa dalam proses memohon kelulusan extension of time dari Syarikat Perumaha Negara. Hakim tak setuju dengan mereka. Jadi Kami dapatlah tuntutan yang sepatutnya kami dapat.

Rumah sya ni ada lah buat sikit renevation. Tapi semua HB sya buat sendiri. Kami tak mampu nak buat sekali arong, yang kami ada kepandaian &kemahiran.Maklumlah seuami isteri kerja contractor.jadi HB ambil keputusn renovate sendri. Tapi tak lah cantik mana.Buat sikit2. Sya tak kisah. Biarlah orang mengata , bagi kami, kami ikut kemampuan.



Ni ruang tamu. Jangan tak caya, langsir dan sarung kusyen tu semua HB sya jahit yer. Langsir tu sya kirakan & ajar macamana nak gunting dan sambung, Hb jahit. Sya belajar dari mak sya yang memang pernah buka kedai langsir.

Nampak tak PC tu..kat situ lah selalu sya lepak malam2. Kalau tak kat situ, sya guna lappy. Sya sedang berjinak-jinak dengan sesuatu yang memerlukan kami online. Maklumlah nak tambah pendapatan. Nanti sya ceritalah apa yang kami buat yer.
Ni ruang menonton. Sebenarnya atas ada ruang keluarga, tapi Hb tak nak. Hb nak biar menonton kat bawah. Ruang atas tu Hb jadikan tempat letak barang2 sekolah anak. Tv atas pun jarang guna. Hanya Qimie yg rajin guna untuk main PS2.


Ni ruang makan. Sya sebenarnya lebih suka letak kat dapur. Tapi Hb tak nak. Hb lak suka dapur lapang.

Ni jer lah buat masa ni. Nanti2 sya tepek pic dapur lak ye.

Harap jangan ada yang salah sangka yer. Niat sya hanya nak berkongsi kehidupan sya dengan rakan-rakan. Takkan lah bila rumah banglo baru boleh tunjuk kan. Rumah teres pun boleh gak kan.kan..kan.

6 comments:

Ibuhani said...

salam sya......puashati kan kalau beli umah dgn titik peluh sendiri! Buat apa yer utk tmbh pendptn :)

uMMisYa said...

Wsalam..memang puashati sesangat. Maklumlah kita bukan dari keluarga senang, jadi bila dapat sesuatu dari hasil titik peluh sendri rasa bangga sangat.
Untuk tambah pendptn tu nanti2 sya crita ye :P

Topsy-Turvy Mum said...

Hi Sya..

cantik rumah sya..tak kisah rumah apa pun..janji anak2 dpt berlindung dgn selesa.

uMMisYa said...

Thanks Rox..
Kita ni semua buat untuk anak2kan..

eynda said...

Rumah sya nampak lapang...kaler pun main peranan kan...langsir & sofa kaler cerah so nampak ruang luas...tak kisah la sya rumah cemana pun...rumah besar2 pun kalau tak reti deco tak lawa jugak kikiki....(sebenarnyer nerves kat rumah sendiri tuh)

uMMisYa said...

eynda..Hb sya memag suka rumah lapas..sya nak letak coffee table kat tgh tu pun dia tak kasi..lagi konon2 dulu nak susun sofa tu ikut mcm dlm majalah..hb bising, kata dia tak best,dia nak umah lapang...

umah eynda nanti lagi lah cantik.